CARA MENGELAKKAN GASTRIK KETIKA BERPUASA

Penyakit gastrik sering melanda bila menjelang waktu berpuasa. Sentiasa puasa kene berganti walaupon bagi lelaki hanya kerana gastrik! Jom ketahui apakah cara mengelakkan gastrik ketika berpuasa supaya anda berpuasa penuh tanpa keuzuran bulan ramadhan tahun ni. Abah saya pernah gastrik di bulan puasa. Sampai sekarang puasa tak pernah penuh. Sebabnya terpaksa berbuka. Pedih ulu hati, sakit perut yang amat dan pernah sampai muntah-muntah jugak kerana perut kosong. Husband saya pon ada masalah yang sama. Apakah Gastritis dan punca berlakunya gastrik? Gastritis adalah keradangan yang berlaku pada lapisan perut. Keadaan gastrik boleh berlaku kerana beberapa punca: Penggunaan ubat-ubatan anti-inflamatory (anti radang) yang terlampau banyak . Ubatan yang banyak ni selalunya perlu diambil oleh orang yang ada banyak penyakit seperti darah tinggi, jantung, asthma dan kencing manis. Ubat-ubatan memberikan kesan acidic pada perut Kerap mengambil makanan bersifat asid . Makanan bersi...