KAKI BENGKAK DISANGKA RETAK RUPANYA GOUT
Hai semua. Harini saya nak kongsikan kisah seorang suami yang sentiasa alami sakit kaki dan bengkak. Pada awalnya suami isteri ini menganggap mungkin kaki si suami ni ada masalah tulang retak. Kaki yang sentiasa sakit boleh jadi tanda retak. Boleh jadi juga tanda tersalah urat, terseliuh, masalah peredaran cecair dalam badan, dan obesiti. Setiap kali pergi berjumpa doktor, pasti suami akan dapat injection untuk mengurangkan rasa sakit. Pernah juga dibalut untuk elakkan kaki lagi bengkak bila angin masuk. Tapi, kaki si suami tak jugak beransur baik. Malahan, kerap lagi sakit. Hinggalah isteri menyarankan untuk membuat ujian darah. TERNYATA GOUT! Paras asid urik si suami sangat tinggi. Bahaya yer kalau asid urik dalam badan terlalu tinggi. Bukan sahaja gout selalu menyerang, malahan asid urik ni bakal menjadi pepejal yang mendap di dalam buah pinggang. Yup. Membentuk batu karang. Sendi membengkak dah satu hal, buah pinggang pulak ada benda asing. K...