BAHAYA MENGANDUNG BERAT NAIK BANYAK

Nurse selalu bising kan kalau berat masa mengandung naik lebih daripada sepatutnya kan? Orang kata berat 6 bulan mengandung ke bawah mesti naik 1kg sebulan. Kita punya naik 3-4kilo. Dah tu buku merah tu nurse tanda warna merah. Jeng! Tak nak nurse bising punya pasal, timbang sendiri tulis sendiri, ubah sendiri. Hahahah. Bijakkkkkkk. Nope! Itu tindakan tak bijak ye ibu-ibu. Tabiat macam ni bakal menyusahkan ibu dan bayi kalau sebenarnya itu adalah petunjuk bahawa mungkin ada sesuatu risiko yang tengah terjadi. Yelah. Berat naik banyak, nanti nurse bising. Kene ambik appointment untuk minum air gula pulak. Takut nanti ada kencing manis atau nama famous dia adalah GDM. Dah kene minum air gula, nak kene check lagi tekanan darah. Kalau ada kencing manis, lagi berpuluh kali la kene datang klinik cek gula, check BP. sibuk betul lah misi ni. Wei wei. Ingat misi nak sangat ke hadap muka kita? Lagi tambah bebanan kerja dia ada lah. Dia, kalau kita takde masalah lagi dia suka...