SUPPOSITORY JANGAN TERSILAP MASUK BUBUR

Perkongsian harini daripada Pegawai Farmasi, Puan Maryam Jamilah tentang ubat suppository, UBAT JANGAN SILAP MASUK BUBUR Zayyad demam 2 minggu lepas jugak daoat ubat suppository ni sebab demamnya melebihi suhu 38 degree Celcius. Guna hanya bila perlu sahaja. "TIPU BETUL ubat hospital bagi ni. Kenapa makan, tapi tak baik-baik? Makan dah ikut cara yang betul dah macam cik farmasi ajar. Masuk dalam bubur. 4 kali sehari atau apabila perlu" 🤔 . Nampak macam lucu kan? Tapi itu lah hakikatnya. Kisah benar. Umie saya seorang jururawat (sekarang dah matron agaknye). Ada pesakit mengadu tak kebah-kebah tapi makan dah ikut seperti yang diajar. . Bila tanya macam mana, dia kata masuk ke dalam bubur dan gaul sampai larut lepas tu makan. Bertukar hijau muka jururawat. Salah bagi arahan ke ni? Ke pesakit salah dengar? . Itu kes orang dewasa. Kadang-kala, baby dan juga kanak-kanak akan diberi ubat seperti ini (suppository atau singkatannya supp) terutama kalau demam terlal...