UJIAN AIR KENCING KETIKA MENGANDUNG

Kenapa pergi klinik ibu mengandung selalu kene buat ujian air kencing? Dahla awal pagi, nak kencing air pon takde. Leceh betul. Puan, di Malaysia ni bila seseorang wanita disahkan hamil,si ibu perlu ke klinik berdekatan pada usia 3 bulan ke atas untuk membuka buku rekod kehamilan atau lebih dikenali sebagai “buku Pink” Antara item yang perlu ibu bawa untuk register kehamilan adalah: 1. IC ibu 2. Kad Nikah 3. Alamat pekerjaan suami kalau tak ingat (Untuk nurse tulis pada buku rekod) 4. Buku rekod kehamilan sebelum jika pernah hamil Sebaiknya buat temujanji terlebih dahulu kerana ada beberapa klinik ada tarikh dan masa tertentu serta kawasan jajahan masing-masing untuk pemeriksaan Adakah nurse akan minta buat ujian air kencing setiap kali lawatan ke klinik? Bagi kebanyakan klinik di Malaysia, sample air kencing akan diambil setiap kali pemeriksaan prenatal. Tetapi, ada juga klinik yang tidak menjalankan ujian air kencing ni kecuali ibu ada sebarang symptom masalah k...