Posts

KEISTIMEWAAN SKINCARE YOUTH SHAKLEE

Esok dah buley order YOUTH!  Cepat cepat book korang punya starter set mana yang baru nak acah2 pakai skincare.  Bukan apa, ada orang takut beli set yang intensive and repair tu sebab banyak kan. Takut tak terpakaii.  Ha, book cepat taw. Last week tak dan seminggu SOLD OUT 1 MALAYSIA YOUTH ni. Esok akan sampai dari US. SO KENE CEPAT PRE-ORDER dengan Nadim Jom tengok apa bezanya dengan skincare lain yang setaraf harganya dengan YOUTH ni 1. Dihasilkan melalui 8 tahun R&D dan ada 8 PATENT termasuk patent pending Produk biasa yang korang boleh beli dengan harga full set below RM 200 tu, insyaAllah lah takde kriteria ni.  Semuanya dihasilkan melalui kilang yang offer buat kosmetik jenama tempatan di kilang mereka. Formula sama, cuma tambah bahan additive sedikit berbeza mcm contoh pewarna, dan percent ingredients.  Tapi dengan YOUTH, saintis YOUTH yang specialize untuk cosmetic ni which is actually saintis daripada banyak2 company...

FAEDAH POLIFENOL PADA KESIHATAN

Hai semua. Jumpa lagi kita harini. Nadim nak cerita sikit pasal polifenol/polyphenol dan faedah polifenol ni pada kesihatan kita. APAKAH ITU POLIFENOL? Polifenol/polyphenols ni adalah 1 phenolic compound yang sangat bagus untuk tindak balas badan kita. Kajian dia sangat banyak kebelakangan ni. Kenapa? Sebab sifatnya yang anti kanser, antiradang dan mampu mengelakkan sel kita daripada penuaan yang sangat cepat. Ye, kita perlu akui sekarang ni proses penuaan berlaku sangat cepat. Sebabnya dunia kita sekarang dipenuhi dengan pelbagai jenis pencemaran. Tak sama dengan dulu-dulu. Sekarang ni, radikel bebas, asap rokok, sinaran UV, semua tu  dah berlebih-lebihan berbanding suatu ketika dulu. Daripada mana nak dapatkan polifenol ni? Ada few sources. Antaranya: teh, coklat gelap, buah-buahan dan sayur-sayuran..cumanya jumlah setiapnya je lah tak sama. Tahukah anda, ada beberapa produk shaklee yang ada polifenol ni? Yeszaaa..salah satunya of coursela Vivix, dan kemudia...

TESTIMONI YOUTH™ SKINCARE

Image
Harini nadim nak tunjuk testimoni mereka yang dah pon memulakan rutin memakai skincare baru, Testimoni YOUTH™ Skincare.  MAHAL, TAPI ADA YANG LAGI MAHAL DAN TAK OKEY PON PADA HUSBAND SAYA YANG ADA PSIORASIS Kata salah seorang customer YOUTH™ What?  Beli produk skincare mahal kononnya sebab kemahalan tu mungkin disebabkan kandungannya yang lebih organik tanpa bahan kimia kannnn.  UOLS, orang yang ada masalah psiorasis ni lagi teruk daripada tahap ECZEMA taw. On steroid dan ubat pon, kadang-kadang masalah tu datang je.  Mengikut customer ni, dia sentiasa mencuba skincare baru tak kira even daripada luar negara sekalipon dan harganya mahal pada suaminya kerana suami menghidapi masalah psiorasis. Setiap kali cuba, mesti muka husbandnya akan break out dalam masa sehari jer. Takde satu pon yang berjaya! Itu tandanya setiap produk tu even claim "natural" pon tetap juga ada bahan kimia.  Tapi sebenarnyaaaaaaaa.... Sekarang ni dah tak perlu r...

SUPPLEMENT, PERLU ATAU TIDAK?

Image
Pagi pagi jumaat ni scroll fb mereka yang bermanfaat. Supplement, perlu atau tidak? Kalau bertanya pakar nutrisi, katanya perlu. Kalau bertanya pada doktor yang tak belajar pasal nutrisi, katanya cukuplah makan makanan sihat je.  Setiapnya mesti ada hujah masing-masing seperti mana juga mazhab yang berbeza pandangan berbeza.  Ni lah gaya hidup seorang yang berjuang dalam industri pemakanan tambahan dan nutrisi sihat. Mencedok ilmu yang tak pernah habis. Sungguh, ilmu makanan itu sahaja pon sangat meluas. Apatah lagi makanan yang baik untuk otak dan keseluruhan fungsi badan.  Makanan utama dan supplement.  Sebab saya percaya dengan ilmu yang dipelajari, "Ambil suplemen untuk mengisi nutrisi yang lompong daripada pemakanan seharian". Tapi dalam masa sama, kita perlu mengubah corak pemakanan agar tidak berlebih-lebihan dan takde yang kekurangan. Makan kita, dulunya mungkin padat dengan nutrisi dan kita tak terdedah dengan pencemaran yang p...

5 TIPS KULIT CANTIK DAN AWET MUDA

Image
Assalamualaikum semua. Harini nadim nak share 5 tips untuk mendapatkan kulit yang cantik dan awet muda.  Setiap orang especially perempuan yang berusia antara 10 tahun hingga 50 tahun suka nampak cantik dan muda.  Kan?  Ada orang sampaikan sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk membuat sedikit pembedahan serta mencucuk vitamin C, kolagen dan sebagainya hanya kerana nak nampak cantik, putih, kulit tegang tanpa sebarang kedutan.  Tapi itu bukan sahaja cara yang ada!  Jom cantik, kelihatan muda dan awet muda dengan tips ni!   1. Minum air yang banyak setiap hari Air adalah komponen yang sangat sangat penting untuk badan kita. Lagi-lagi bila cuaca panas, badan kita akan dehydrate terlalu banyak.  Dehidration boleh menyebabkan kulit semakin kering dan kusam. Bila kulit kering, muka akan hasilkan minyak untuk mengawal kelembapan. Minyak ni lah yang akn buatkan kulit muka kita cepat break out.   2. Ambil sup...

KESAN PENUAAN JELAS PADA BADAN KITA

Image
Hai assalamualaikum semua. Harini nadim nak ceritakan tentang beberapa kesan penuaan yang terjadi pada badan kita. Yang mana kesan ini akan semakin ketara bila umur mencecah 30 tahun dan ke atas. Ada 4 tanda penuaan yang jelas dapat dilihat pada badan kita. Antaranya ialah: 1. Kulit mula kendur, dan timbul garis-garis halus. Ianya semakin ketara bila kita semakin tua dan lagi bertambah teruk kalau terdedah pada haba yang terlalu lama.   Selain kulit yang mula kendur, tak semestinya pada muka je yer. Pada bahagian badan pon sama. Muka kita akan mula alami masalah tompok-tompok hitam jeragat. Ngeri!  2. Rambut mula gugur lebih serius daripada sebelumnya.  Perasan kan, bila kita mula berkahwin, mengandung dan menyusukan anak, rambut ni semakin hari semakin banyak pulak yang gugur. Especially bila lepas bersalin dan anak umur sekitar 4 bulan ke atas.  Yup, ini juga tanda penuaan!  3. Kuku mulai rapuh. Sekejap sekejap patah, sekejap ...

KETIDAKSEIMBANGAN NUTRISI PADA KANAK-KANAK

Image
Anak saya susah nak makan sayur.  Anak jagaan saya tak suka makan nasi. Makan roti dan minum susu je setiap hari Anak saudara saya, buah tak makan, sayur tak makan, lauk tak makan. Makan nasi dengan kuah jer.  Ni situasi REAL anak-anak kita sekarang.  Hatta Zayyad Zikri yang baru nak mencecah ke usia 2 tahun ni pon sama. Makan banyak main. Kalau nak habiskan portion dia betul-betul, memang habis masa sejam!  Buah makannya memilih, nak pisang, oren, epal and anggur je. Kadang makan elok, kadang makan kunyah-kunyah buang. Cukup ke zat nutrisi? Ada pulak iklan susu, zat nutrisi penuh untuk si manja. Nak bagi susu berapa kali sehari? 4 kali, 5 kali? Tu jugak punca anak menolak real food.  Menurut UNICEF, 25% kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah pertumbuhan yang bantut (daripada segi fizikal dan kognitif) berpunca dari malnutrisi. Boleh rujuk video yang baru sahaja diupload pada minggu lepas Malnutrisi di sini bermaksud ke...