Cara tambahkan susu badan supaya anak tidak minum susu formula



Untuk menjayakan perjalanan penyusuan si manja anda sehingga dua tahun atau sekurang-kurangnya 6 bln, banyak faktor yang mesti diambil perhatian. Ramai ibu sentiasa cepat mengalah untuk menyusukan anak hatta hingga 6 bulan sekalipon bila susu mula berkurang atau anak menangis-nangis tidak cukup susu.

Tahukan anda bahawa..tiada isitilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita yang kurang tentang ilmu penyusuan.

Menyusu bayi Nampak mudah. Nampak je ibu-ibu susukan anak, senangnyaaaaa.


Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Janan peduli dengan acik yang suka mengata yer.


Lengkapkan ilmu tentang penyusuan. Disini saya kongsikan tips bagaimana cara untuk menambah susu badan.


Pemakanan penggalak susu (milk booster)

Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster. Antaranya ialah:

Lobak putih
A

- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

Buah longan kering


- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.


Kurma

- Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu


Pucuk betik/Betik muda

- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

Halba/Fenugreek

- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.


Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed

- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah. Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Jantung pisang

- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

Daun pucuk manis

- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.

Kacang soya

- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini. Pastikan soya yang dipilih adalah berasaskan soya bukan bahan genetik terubah (non-GMO)


Your favourite food

Bila kita makan makanan favourite, kita akan rasa happy kan. Ramai ibu suka makan durian. Nyum nyummm. Susu berperisa durian lag





Pengambilan Air

- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang


- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Psikologi


Susu saya cukup untuk bayi saya!

Dari sudut psikologi pula, ibu mesti sentiasa positif. cakap pada diri sendiri, SUSU SAYA CUKUP UNTUK ANAK SAYA. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.


Kekerapan mengepam


- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY. Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. 

Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.

Jika bayi bersama, set alarm sejam sekali supaya kita sentiasa alert untuk berikan si manja susu. Jangan tunggu si anak merengek baru angkat bagi susu. 

Ada ibu suka anak tidur lena di malam hari tanpa perlu kacau ibu berehat. Padahal sebenarnya, waktu malam jika anda menyusu sejam sekali, automatik susu anda akan sentiasa banyak dan cukup untuk bayi.

Doa


- Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.




Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu,jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. 

Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barula penyusuan dapat berlangsung dengan lancar. Nutrisi yang penting ketika menyusu adalah protein, kalsium, vitamin C dan juga zat galian. Penting untuk baby dan juga ibu yer. Ada ibu yang menghadapi pelbagai risiko penyakit kerana kekurangan nutrisi dan zat galian taw


Dapatkan supplement yang terbaik, dijamin halal dan berkesan serta bebas bahan kimia untuk membantu penyusuan exclusive pada bayi anda.


Kami di Shaklee sentiasa menggalakkan ibu-ibu untuk mengambil protein ESP dan alfalfa sebagai milk booster terbaik untuk susu yang lebih banyak dan pekat demi keperluan bayi yang sihat dan sempurna.


Hubungi saya,


Nadimah Muhammad di 014-940 8215 untuk sebarang pertanyaan dan order.


COMBO SET MILK BOOSTER PROMOTION sehingga 29FEBRUARY 2016!


cdt info to:Marissa Shop


Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)