ANAK JAUNDIS TAPI IBU KURANG SUSU







Pengalaman penyusuan anak yang pertama dalam masa sebulan yang pertama adalah amat sukar bagi saya.


Stress sangatt2.. dengan jaundisnya.. dengan anak yang acah2 menyusu - minum sekejap dah tertidur tapi tak kenyang. Sebab tak lama lepas tu dalam 10 minit kemudian, mesti dia bangun balik. Tak sempat saya nak mandi, anak dah nangis. Sebelah tangan menyuap, sebelah tangan lagi memangku anak yang minta disusukan. Belum lagi tidur sambil duduk tersengguk2 kerana bangun menyusukan.


Masa kena kuning, usia anak masa tu dah 10 hari. Pergi KK hari2 amik darah sampai hari ke 14. Mmg nangess 😭


Orang kata makan jamu penyebab jaundis. Tapi saya memang tak start makan apa2 jamu atau set berpantang lagi pun masa tu. Shaklee pun tak kenal lagi. Jadi, JM suruh jangan makan apa2 rempah ratus yang dimasukkan dalam makanan. No lada hitam, no halia sampaikan bawang merah bawang putih pun dia tak benarkan juga! 😱😱


Tapi, dia suruh saya keep breastfeeding. Bayangkan masa tu lauk pantang saya hanya ikan rebus dan sawi dengan garam je. Tapi anak mesti disusukan setiap sejam sekali.


Mujur jaundisnya hilang tapi saya betul2 under nourished. Masa sebulan check up pun berat badan anak hanya naik 300gram sahaja. Masih dalam graf tapi sipi2 aje.


Saya dah panik. Macam mana nak buat stok kalau direct feeding pun susu macam tak cukup je! Jadi, dalam masa sebulan yang kedua cuti bersalin, puas saya cari cara nak tambah susu. Fenugreek, longan dan kurma cina, mil*lea dan macam2lah saya cuba dan akhirnya dengan Set Menyusu Shaklee jua saya berkekalan jodoh akhirnya.


Susu ibu bertambah. Dah boleh buat stok. Boleh hantar nursery. Dan yang penting sekali, anak saya dah mula nampak chubby! Tak debab macam anak orang lain takpe, janji tak kurus macam orang tak cukup zat di Somalia sana. Tidurnya lebih nyenyak dan lebih lama. Saya pun kurang stress jadiknya. Alhamdulillah, kedua2 ibu dan anak dapat manfaat bersama2 dengan set menyusu ini.


Saya tak menyesal tak jumpa Shaklee lebih awal. Sebab pengalaman inilah yang boleh diambil oleh orang lain sebagai pengajaran. Nak berjaya menyusu bukan hanya dengan consume milkbooster. Selain kena faham konsep demand and supply, badan sendiri kena pastikan dapat cukup zat juga.












Sebab tu kalau orang tanya pasal set menyusu, saya jarang suggest ESP dan alfalfa sahaja. Vitamin C, Vitalea, Bcomplex dan Ostematrix pun penting juga kerana mereka adalah nutrisi asas untuk badan kita.


Saya tahu ramai lagi ibu2 menyusu di luar sana yang sedang dan pernah mengalami masalah seperti saya. Ibu2 muda. Yang baru melahirkan anak pertama. Ibu2 lama. Yang baru nak menyusukan anak buat kali pertama. Ibu2 angkat. Yang sungguh mulia nak menyusukan anak2 angkat mereka.


Jadi, sebab itulah saya masih di sini. Bercerita kepada anda tentang kebaikan Shaklee.


Yang tak mahu, tak apa. Yang mahu itu yang perlu saya bantu sebaiknya. Kalau anda rasa post ini bermanfaat untuk orang lain, sudilah kiranya tekan like dan share agar sama2 kita dapat pahala membantu mereka.


Nadim

014-9408215

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)