Posts

Showing posts from July, 2017

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA

Image
Ramai ibu sekarang ni mula menggunakan sterimar untuk legakan anak yang selsema. Banyak video viral. Tapi cara dalam video buat tu SALAH! Ikuti perkongsian daripada seorang doktor di laman sosialnya, Dr Fyda Noh.  Terkejut tengok video yang dah viral anak selsema kena tembak sterimar berkali-kali kat hidung. Bukan sebab anak tu menangis jadi kesian. Tapi ingin saya nyatakan dengan terang dan jelas, cara tu sangat2 salah. JANGAN SEKALI-KALI TRY KAT ANAK. Kalau anak yang batuk selsema, yang berkahak tu, kahaknya bukan dalam hidung. Tapi mukus tu dalam paru-paru. Buat macam tu takkan legakan kahak dia. Makin sakit adalah. Dan sterimar tu dia tak pergi direct ke paru-paru, dalam hidung saja untuk legakan sumbat hidung ja. Nasal spray tu air dia lebih pekat daripada cecair sel manusia. Bila kita spray, dia akan tarik air dari sel & melembutkan hingus yang kental. Jadi senang nak buang. Hingus tu boleh mengalir keluar. Bukan bertujuan nak tolak hingus dari hidung ke...

ISTERI MENOLAK SEKS SELEPAS BERSALIN

Image
Tempoh berpantang dengan suami selalunya dicadangkan selama 100 hari selepas bersalin. Ini untuk memberikan waktu pada isteri untuk pulihkan tenaga, tempat berjahit dan juga dalaman isteri. Namun, ada yang extend sehingga 120 hari atau 150 hari kerana takut ada bahagian yang masih belum sembuh sepenuhnya serta fobia kesakitan terutamanya yang ada masalah sembelit teruk ketika berpantang.  Bagi suami yang memahami keadaan isteri yang masih lemah, suami juga bersetuju akan hal sama. Inilah rumah tangga bahagia.  Tapi ada yang ambil kesempatan, menyekat kemahuan sehingga berbulan dan bertahun lamanya.  Soalan lazim diutarakan.... "Dia tak kisah ke suami diorang cari orang lain?" Jawapan tutup mulut "I kisah." Masalah ni sangat common pada masyarakat kita sekarang. Cuma tidak dibicarakan depan orang ramai je. Didiamkan kerana hal rumah tangga.  Tapi ramai suami mula ambil langkah keluarkan diri daripada masalah.  Melayan kehendak...

UJIAN AIR KENCING KETIKA MENGANDUNG

Image
Kenapa pergi klinik ibu mengandung selalu kene buat ujian air kencing? Dahla awal pagi, nak kencing air pon takde. Leceh betul. Puan, di Malaysia ni bila seseorang wanita disahkan hamil,si ibu perlu ke klinik berdekatan pada usia 3 bulan ke atas untuk membuka buku rekod kehamilan atau lebih dikenali sebagai “buku Pink” Antara item yang perlu ibu bawa untuk register kehamilan adalah: 1. IC ibu 2. Kad Nikah 3. Alamat pekerjaan suami kalau tak ingat (Untuk nurse tulis pada buku rekod) 4. Buku rekod kehamilan sebelum jika pernah hamil Sebaiknya buat temujanji terlebih dahulu kerana ada beberapa klinik ada tarikh dan masa tertentu serta kawasan jajahan masing-masing untuk pemeriksaan Adakah nurse akan minta buat ujian air kencing setiap kali lawatan ke klinik? Bagi kebanyakan klinik di Malaysia, sample air kencing akan diambil setiap kali pemeriksaan prenatal. Tetapi, ada juga klinik yang tidak menjalankan ujian air kencing ni kecuali ibu ada sebarang symptom masalah k...

PENGEDAR SHAKLEE JALAN KEBUN, SHAH ALAM DAN PANGLIMA GARANG

Image
Bagi anda yang berada di sekitar Jalan Kebun, Teluk Panglima Garang dan Shah Alam, boleh dapatkan suplement Shaklee secara Cash On Delivery (COD) dengan kami. Bagi anda yang masih mencari-cari suplement untuk kesihatan, boleh hubungi kami. Pengedar Shaklee Jalan Kebun InsyaAllah, penghantaran boleh dilakukan dengan cepat terus ke rumah anda.

5 MAKANAN PALING TERUK UNTUK ANAK 2 TAHUN KE BAWAH

Image
Hai semua. Harini kita dah ke fasa Akhir bulan syawal. Tapi raya kan sebulan, weekend ni mesti ada banyak lagi rumah terbuka kan? Jom ketahui apakah makanan paling teruk untuk anak kecil berusia 2 tahun dan ke bawah yang kita tak patut bagi mereka makan. 1. Kerepek Kerepek biasanya bersifat keras especially kerepek ubi dan pisang. Bila anak-anak yang baru tumbuh gigi ni menggigit dan patahkan kerepek, bahagian yg kecil-kecil ni berkemungkinan akan membuatkan anak-anak tersedak. Perhatikan mereka supaya tidak tersekat di kerongkong. Elakkan bagi makan kerepek yang ada banyak perisa dan garam yang banyak. Ibu-bapa boleh spare biskut beras dan roti jejari sebagai gantian. Bila kita main terjah je ke rumah sedara, diowang pon tak sempat nak prepare, pilihan yang ada adalah fast food seperti piza dan KFC. Makanan ni sangat perlu dielakkan untuk anak-anak bawah 2 tahun kerana kandungan garam, gula dan pemprosesan yang tinggi. Sosej jugak perlu dielakkan untuk memastikan a...

NAK MENGANDUNG PERLU MAKAN FOLIC ACID KE?

Image
SYUKUR ALHAMDULILLAH positive! Ehhh! Saya belum makan folic acid. Macam mana ni, ok ke? Cop2, bukan anak kedua dah taw. Zayyad masih nak bermanja dengan mama. Bila awal-awal tau pregnant, benda yang paling penting adalah kene ambil folic acid. K enapa FOLIC ACID penting untuk mereka yang NAK MENGANDUNG?  Kesilapan ramai orang, bila disahkan hamil baru nak ambil folic acid which is yang klinik bekalkan. Sepatutnya, folic acid perlu diambil sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum hamil. Kenapa folic acid perlu dari sebelum pregnant lagi? Folic acid adalah unsur yang sangat penting ubtuk pembentukan dan perkembangan janin di peringkat awal kehamilan. Kekurangan folic acid boleh menyebabkan beberapa keadaan bahaya pada bayi. Cuba bayangkan, kalau si ibu tidak alami apa-apa perubahan dalam 3 bulan kehamilan, dan ibu tak noticed pon yang dia mengandung, apa akan jadi sekiranya folic acid dalam badannya rendah? Ini adalah risiko bakal terjadi jika level folic acid dalam b...

Resipi Home-Made Play Dough menggunakan bahan dapur

Image
Assalamualaikum semua. Harini excitednya nadim nak share resipi home made play dough yang nadim ubah daripada resipi asal by Kek Lin Mudah dan sangat cepat taw nak buat play dough ni. Kalau dulu, nadim hanya kenal plastesin (betul ke eja?) je untuk main ni. Tak pon guna tanah liat. Hihi. Tapi sekarang dah makin canggih dan makin ramai concern baby termakan benda2 ni. Baby dulu tak main lagi, baby sekarang banyak entertainment. Hihi. Okey okey, meh tengok resipinya. Home-made play dough warna pink 1 cawan tepung gandum 1 cawan air masak 2 sudu besar minyak masak 2 sudu besar garam 2 sudu besar krim tartar 4 sudu sirap rose Home-made play dough warna purple 1 cawan tepung gandum 1 cawan air masak 2 sudu besar minyak masak 2 sudu besar garam 2 sudu besar krim tartar 6 sudu besar perisa anggur Home-Made play dough warna kuning 1 cawan tepung gandum 1 cawan air suam 2 sudu besar minyak masak 2 sudu besar garam 2 sudu besar krim tartar 1 sudu be...