Resipi Home-Made Play Dough menggunakan bahan dapur

Assalamualaikum semua.

Harini excitednya nadim nak share resipi home made play dough yang nadim ubah daripada resipi asal by Kek Lin

Mudah dan sangat cepat taw nak buat play dough ni.

Kalau dulu, nadim hanya kenal plastesin (betul ke eja?) je untuk main ni. Tak pon guna tanah liat. Hihi. Tapi sekarang dah makin canggih dan makin ramai concern baby termakan benda2 ni. Baby dulu tak main lagi, baby sekarang banyak entertainment. Hihi.

Okey okey, meh tengok resipinya.

Home-made play dough warna pink
1 cawan tepung gandum
1 cawan air masak
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar garam
2 sudu besar krim tartar
4 sudu sirap rose



Home-made play dough warna purple
1 cawan tepung gandum
1 cawan air masak
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar garam
2 sudu besar krim tartar
6 sudu besar perisa anggur

Home-Made play dough warna kuning
1 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar garam
2 sudu besar krim tartar
1 sudu besar serbuk kunyit

ha, simple kan. Kalau korang nak buat warna hijau just gunakan daun pandan je yer. Daun pandan nadim xde so tak buat lah. If biru? Ce cuba cari bunga yang orang buat nasi kerabu tuh. Hebat!!

Okey, dah ada bahan. Sekarang jom follow step ye. Step dia semua sama je kecuali warna kuning sebab guna serbuk kunyit. Serbuk kunyit perlu dibancuh dengan air suam dulu untuk dia betul betul sebati dan tak berbiji-biji nanti.

Cara buat home-made play dough (buat satu-satu untuk setiap warna)

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam kuali non-stick.
2. Kacau hingga sebati kesemua dan hasilkan warna yang sekata
3. Hidupkan api yang sederhana sambil kacau dengan perlahan hingga adunan menjadi kental dan berbentuk paste
4. Tutup api, teruskan kaup balikkan adunan sehingga rasa lembut dan nampak halus
5. Bila adunan semakin sejuk, uli lagi hingga doh betul betul lembut dan kenyal. Dah boleh guna untuk anak-anak main!!

Jika nak simpan, boleh simpan ikut cara keklin. Masukkan dalam plasti zipbag. Tapi nadim takde zipbag, letAk je dalam tupperware kedap udara dan masukkan ke dalam peti selepas habis main.


P/s: Jangan risau anak makan play dough ni. Confirm dia keluarkan balik since masin. Zayyad pon asalnya masuk mulut, tapi keluarkan balik. 

Cream of tartar yang nadim beli tu hanya RM 1.90 je sebotol. Cukup untuk buat 3 adunan warna. Cream tartar ni penting supaya doh tetap lembut dan kenyal. Kalau tak nanti uli uli asyik terabur je!
Gambar from google. Ni untuk kanak-kanak besar je ye. Kecik takut nanti button tu masuk mulut pulak


Awesome! Buat minionnn. 

Selamat menghasilkan play dough yang mudah dan murah untuk anak-anak hanya menggunakan bahan daripada dapur. Ajar juga mereka untuk berkreativiti menggunakan otak kanan😊

Sape yang dah buat tu share la kat komen yer. 

Regards,
Nadimah Muhammad


Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA