PANTANG LARANG PESAKIT GOUT

Apa aku makan tadi? 
Aku tersalah makan ke?
Apa pulak pantang larang yang aku langgar ni? 

Ni lah antara soalan yang sering diajukan dalam hati pesakit gout bila gout menyerang mereka. Kaki mula panas, bengkak dan tak boleh berjalan.

Ada yang terus demam berhari-hari disebabkan kesakitan gout ni.

Arthritis Gout merupakan satu-satunya penyakit yang disebabkan kandungan asid urik tinggi dalam badan. Mungkin kerana makanan, tekanan darah tinggi, obesiti juga kerana kegagalan buah pinggang.

Keradangan pesakit gout sememangnya akan membuatkan pesakit mula bengkak-bengkak di bahagian sendi terutamanya lutut, pergelangan tangan dan kaki serta jari-jemari.

PANTANG LARANG PESAKIT GOUT

Di bawah ni adalah senarai makanan yang boleh di makan, tidak boleh dimakan, dan yang perlu diambil dalam kuantiti sedikit bagi pesakit gout

Itu tak boleh, ini tak boleh. Rimasss. Makan je lah. Ha, perbuatan makan je la tu anda sendiri yang akan tanggung, dan orang sekeliling akan mula bersimpati jika baru terkena.

Tapi jika kerap kene, orang sekeliling yang kene bersusah untuk anda akan mula mencemuh dan bosan.

Sihat itu mahal, sakit tu membawa seribu penyeksaan

Makanan yang perlu dihadkan

Purin adalah sejenis komponen kimia semulajadi yang ada dalam beberapa jenis makanan yang akan dipecahkan kepada urik asid.

Makanan yang kaya dengan purin ini akan menyebabkan kandungan urik asid dalam badan meningkat dan seterusnya merisikokan keradangan gout diaktifkan.

1. Organ dalaman daging seperti: jantung, usus, hati, limpa, otak

2. Makanan laut yang bercengkerang seperti udang, ketam, remis, kerang, dan juga sotong!

Kejadiannya, abah saya hanya makan sesudu je sotong goreng kunyit bercili, tak sampai 3 jam kakinya dah mula membengkak. Ini sotong segar. Kalau sotong yang dah lama, mesti cepat daripada tu!

3. Makanan yang tinggi garam seperti ikan masin, ikan pekasam, dan sambal ikan bilis.

Makanan tinggi garam ni juga meningkatkan kandungan asid urik dalam darah.

Biar masakan tidak masin, janji kaki tidak bengkak! Risiko darah tinggi juga kurang!

4. Daging merah seperti daging lembu, daging kambing, dan ayam belanda

Kandungan purin sangat tinggi dalam daging merah. Hari raya haji sana sini orang buat korban dan bagi daging kat kita. Pandai-pandai limit makan yer. Jangan ikut orang yang takde gout pulak!

Jangan diambil juga makanan berunsurkan daging merah proses seperti sosej dan daging burger.

Mengelakkan pengambilan daging merah juga bagus untuk merendahkan kolestrol daripada lemak-lemak daging dan juga mengelakkan kecelaruan hormon bagi sesetengah wanita yang ada masalah seperti cyst, fibroid dan PCOS.

5. Air bergas, berperisa, kopi dan arak
Keempat-empat jenis minuman ini mengandungi kandungan gula dan gas serta proses penapaian yang merangsang badan meningkatkan asid urik.

6. Kekacang seperti kacang tanah dan kacang kuda. Kekacang juga adalah salah satu alahan makanan bagi certain pesakit gout.

Jika teringin nak makan kacang, ambil kacang almond dan kacang walnut lebih bagus kerana mengandungi asid omega-3 yang membantu mengurangkan keradangan

Gantikan juga kacang tanah dengan kismis atau kurma kerana ianya mempunyai zat yang lebih banyak.

Makanan yang selamat untuk dimakan

1. Sayuran hijau dan merah seperti sawi, carrot, terung dan tomato

2. Buah-buahan  yang kurang manis. Elakkan makan durian dan rambutan dengan kuantiti yang banyak

3. Susu dan cheese

4. Low fat yogurt

Apa yang perlu dilakukan bila gout menyerang?

1. Segera berjumpa doktor untuk ambil suntikan jika keradangan semakin teruk selain ambil ubat seperti biasa

2. Minum banyak air kosong untuk melarutkan asid urik dan mencairkan kepekatannya di dalam badan. Puasa air manis dan kopi ketika ini!

3. Makan makanan yang tinggi alkali seperti daun alfalfa, anggur hitam, carrot untuk meneutralkan asid urik

4. Ambil Vitamin C 500mg. Vitamin C mampu merendahkan asid urik dalam badan.

7 Vitamin paling berkesan pesakit gout

1. Vivix



Vivix mengandungi sebatian polifenol yang sangat tinggi daripada 4 bahan utamanya.

4 bahan utama vivix adalah:

  • Japanese knotweed
  • Purple carrot
  • Elderberry
  • Anggur muscadine
Polifenol daripada jenis quercetin ni adalah sejenis flavonoid yang terdapat dalam buahan sitrus dan anggur. 

Quercetin sangat penting untuk menyekat xanthine oxidase yang mana ianya adalah sejenis enzim yang diperlukan untuk penghasilan asid urik. 

Quercetin ni lah yang menjadikan VIVIX suplement utama dan paling berkesan untuk mereka yang ada gout. 

2. Vitamin C

Vitamin C juga mengandungi flavonoids yang berperanan menyekat enzim xanthine oxidase dan seterusnya menghalang penghasilan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Vitamin C Sustained Released ni membekalkan 100mg vitamin C setiap jam selama 5jam ke dalam darah. 

3. Omega guard

Omega guard adalah suplement omega-3 yang sangat pure dan tinggi kandungannya sangat penting untuk bertindak sebagai anti keradangan.

Lemak omega-3 ni juga membantu mencairkan asid urik selain menghalang keradangan pada badan akibat kehadiran asid urik.

Pengambilan omega guard setiap hari mampu mencegah pembentukan batu karang akibat asid urik yang tinggi samaada pada buah pinggang atau pada pundi kencing

4. Alfalfa complex

Kehadiran asid urik membuatkan keasidan darah meningkat. Keadaan ini membuatkan badan semakin teruk kerana ph badan sudah mula terjejas.

Untuk mengembalikan ph dan merendahkan ph asid urik, bahan beralkali diperlukan. Alfalfa complex bersifat alkali untuk meneutralkan asid urik.

5. GLA complex

GLA complex merupakan suplement gamma linoeik acid yang kaya dengan omega-6.

Omega-6 juga membantu mengurangkan keradangan pada pesakit gout

6. Bcomplex

Bcomplex merupakan suplement yang mengandungi kesemua vitamin B yang penting untuk sintesis dalam badan.

Kehadiran vitamin B yang lengkap mampu membantu metabolisme urik asid di dalam hati dan menghalang pembentukan asid urik yang berlebihan

7. Performance Drinks


Untuk membantu kekal hidrat selain dengan mengambil air lebih 8 gelas sehari, performance drinks membuatkan badan akan lebih lambat terhidrat.

Keadaan badan yang kekurangan air boleh menyebabkan asid urik semakin pekat dan akhirnya bertukar menjadi mendapan kristal dalam badan pesakit. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mereka yang mencari info pantang larang bagi pesakit gout.

Jika berminat untuk mendapatkan set gout ni, boleh hubungi saya untuk pesanan dan cara makan yang exclusive.

Penghantaran disediakan ke kawasan sekitar Meru, Jalan kebun, dan Shah Alam .

Rakan Shaklee Anda
Nadimah Muhammad (Nadim)

♥ WhatsApp : 011-10408215
♥ FB Page: gerobok Sihat
♥ FB : Nadimah Muhammad
♥ COD : Jalan Kebun, Kg Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning, Shah Alam, Subang Jaya dan sekitarnya




Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)