SET MENGANDUNG SHAKLEE

• SET HAMIL PILIHAN RAMAI •


Hai hai semua. Harini nadim nak share again pasal set kehamilan yang sangat membantu nadim sepanjang mengandung yang pertama dan yang kedua kali ni.

Nadim memang ambik full set mengandung yer. Since daripada awal lagi, daripada sebelum mengandung pon.

Set penuh untuk mengandung ni terdiri daripada Energizing Soy Protein, multivitamin Vitalea enriched with iron, Sustained Released Vitamin C, Bcomplex, Ostematrix dan Omega Guard.

💛 ESP 💛

ESP merupakan sumber protein daripada soya yang bermutu tinggi dan non-GMO biologi yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan 9 asid amino penting yang diperlukan oleh badan kita .

Setiap serving ESP ni bekalkan 14 gram protein yang sangat sangat penting untuk nutrisi ibu hamil.

Apakah kepentingan protein pada ibu hamil?
1. Membantu mengekalkan jisim otot supaya berada di tahap optimum untuk support kehadiran orang baru di dalam rahim
2. Membantu memperbaiki sel tisu badan yang rosak dan hampir rosak
3. Membantu menghasilkan sel tisu baru yang lebih sihat dan tahan lasak
4. Membantu menghasilkan sel badan yang mempunyai sel membran yang lebih kukuh dan padat
5. Mengelakkan ibu terlalu craving pada benda-benda manis
6. Mengawal selera makan ibu supaya tak kerap lapar dan nak makan sokmo
7. Mengambil ESP tanpa minuman bergula membantu mengawal gula dalam darah
8. Membantu pertumbuhan, janin dan kulit yang sihat
9. Memberikan tenaga berpanjangan kepada ibu hamil
10. Protein yang cukup membantu mengelakkan masalah stretchmark yang sangat teruk


💙 VITALEA 💙

Ni adalah multivitamin yang mengandungi zat besi dan beberapa unsur penting umsepanjang kehamilan. Zat besi amat diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah. Sel darah merah ini membentuk hemoglobin yang berfungsi menghantar oksigen ke seluruh badan termasuklah pada bayi

Ibu hamil yang menghadapi masalah hemoglobin rendah sangat perlu mengambil supplement zat besi. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan oksigen kepada bayi berkurang kerana hemoglobin yanh sedikit. Ni boleh menjejaskan bayi samaada pertumbuhannya sukar atau bayi lemas sewaktu dalam kandungan.

Masalah utama zat besi yang dibekalkan oleh pihak klinik, baunya sangat kuat sampaikan ramai ibu menolak untuk makan pil zat besi ni. Ada yang terus muntah, ada yang terus tak bileh makan.

Beza dengan multivitamin Vitalea ni, dia disalut khas dengan spirulina untuk mengurangkan bau dan rasa yang membantu ibu hamil tetap boleh menelannya walaupon dalam keadaan perut kosong.

Chromium yang ada dalam multivitamin ni juga membantu insulin dalam darah kita bekerja dengan sebaiknya menukarkan gula kepada tenaga. Kekurangan insulin yang bekerja secara efektif boleh menyebabkan ibu hamil mudah terkena masalah gestational diebetes ketika hamil.

.
💛 VITAMIN C 💛

Untuk kesihatan gusi dan gigi semasa hamil dan untuk menyokong pembentukan kolagen dalam badan ibu yang semakin berkurang akibat penyerapan daripada anak. Vitamin C juga membantu ibu meningkatkan daya imunisasi melawan penyakit daripada luaran kerana sewaktu hamil, imunisasi ibu akan jatuh teruk supaya tidak melawan kehadiran bayi

Vitamin C juga sangat diperlukan untuk membantu penyerapan zat besi secara optimum. Gabungan vitalea dan Vitamin C adalah sangat serasi diambil bersama-sama.

.

💙 B COMPLEX 💙

Mengandungi asid folik yang sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan beberapa kecacatan serius termasuklah spinal bifida atau masalah saraf tunjang dan juga masalah sumbing. 

Ibu hamil memerlukan 400mcg asid folik sehari untuk bantu mengurangkan risiko bayi dengan kecacatan tube neural. Kecacatan saraf tulang belakang juga boleh menyebabkan kematian bayi. Ia juga boleh mengurangkan masalah MORNING SICKNESS

Bcomplex juga dilengkapi dengan beberapa vitamin B yang lain yang mana ianya juga penting untuk membantu membina sel darah merah dan antibodi ibu serta anak.

.

💛 OSTEMATRIX 💛

Sumber kalsium, vitamin D dan magnesium untuk menjaga kesihatan tulang ibu. Semasa hamil sumber kalsium sangat diperlukan untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan.

Masa ini keperluan kalsium sangat kritikal dan jika ibu tidak cukup bekalan kalsium, bekalan kalsium yang tersimpan dalam badan ibu akan digunakan sehingga boleh menyebabkan kerapuhan tulang.

Kekurangan kalsium sahaja boleh menyebabkan beberapa masalah seperti sakit gigi yang terlalu teruk, fasa awal keguguran rambut, dan sakit belakang.

Manakala sakit seperti otot menegang di bahagian kaki (simpul biawak) dan sembelit pula menunjukkan ibu mengalami kekurangan magnesium yang penting untuk membantu pengecutan dan pengembangan otot yang sempurna


💙 OMEGA GUARD 💙

Kandungan DHA, EPA dan Omega-3 dalam Omega Guard sangat bermanfaat untuk otak dan mata bayi.

Apabila ibu mengambil sumber DHA, EPA dan omega-3 yang cukup, bayi anda akan lebih cepat belajar dan mempunyai minda yang sangat positif. Penglihatannya juga lebih tajam dan mampu mengelakkan daripada risiko mata yang juling.

Pengambilan omega guard yang konsisten oleh ibu setiap hari especially pada peringkat ketiga kehamilan mampu membantu mengurangkan masalah kulit dan imunisasi pada bayi selepas dilahirkan.

Pengambilan minyak ikan ini juga membantu ibu untuk mengawal berat badan supaya tidak naik mendadak, mengelakkan masalah edema dan bengkak kaki yang teruk semasa hamil, juga mengelakkan daripada masalah tekanan darah tinggi semasa hamil.

Jom ibu - ibu semua , berikan nutrisi yang terbaik untuk kita sendiri dan juga si kesayangan yang sedang membesar dalam rahim kita tu 👶🏻

Ayah - ayah pula , jom beri kejutan pada isteri anda dengan hadiahkan SET HAMIL SHAKLEE ni pada isteri dan anak anda 😊




Rakan Shaklee Anda
Nadimah Muhammad (Nadim)

♥ WhatsApp : 014-9408215♥ Call / message: 011-10408215
♥ FB Page: gerobok Sihat
♥ FB : Nadimah Muhammad
♥ COD : Jalan Kebun, Kg Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning, Shah Alam, Subang Jaya dan sekitarnya

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN