TOPUP SUSU FORMULA, SUSU SIKIT!

Hai semua ibu menyusu. Anda masih susukan anak hanya dengan susu ibu? Ada yang dah topup separuh formula? Ke anda dah give up terus susu ibu? 

Harini nadim akan share lagi pendapat dan tulisan tentang penyusuan susu ibu daripada pakar laktasi, Puan Noorfazila Bt Abdul Rahman yang ramai orang salah paham. Terutama bila kita berpantang di kampung, ramailah mak-mak, makcik-makcik, jiran-jiran datang akan cakap tambah la susu formula. Susu kau sikit!

________
Bukan suatu yang pelik golongan nenek zaman ssekarang selalu paksa golongan ibu muda yang baru melahirkan top up susu formula dan asyik zikirkan ayat :-

"Anak tu nangis sebab tak cukup susu tu!"
"Susu ko sikit, anak tak puas menyusu tu!"
"Anak tak puas menyusu tu, mana cukup susu ibu je kene campur juga dengan susu tepung!"

Lebih sedih masuk 3 bulan ibu disuruh bancuh nestum campur susu tepung sebab katanya anak makin besar tak cukup bagi susu saja kene bagi makan jugak..

Kenapa mereka taksub dengan susu formula? Dan ada yang menggangap satu-satunya cara untuk kenyangkan anak adalah dengan susu formula.. hingga ada yang anggap adalah mustahil anak cukup hanya dengan susu ibu sahaja..

Bukan salah mereka jadi sepertini.

Tapi hakikatnya mereka golongan wanita yang menjadi ibu di saat syarikat susu formula tengah berkembang sangat pesat seantero dunia..waktu itu marketing syarikat gergasi susu formula berlaku secara besar-besaran. Pelbaga promosi dan dakyah dikeluarkan untuk melariskan produk mereka..waktu itu juga golongan wanita sudah mula bekerja..jadi ia seakan "orang mengantuk disorongkan bantal"..

Golongan ini dah berjaya ubah mindset ibu kita yang sekarang dah jadi golongan nenek bahawa susu ibu tak cukup mesti top up susu formula sedangkan moyang kita dahulu besarkan mak-mak kita sepenuhnya dgn susu ibu. 

Sebab?
Mereka tak ada pilihan susu formula waktu itu..waktu itu berapa ramai pun anak semua disusukan sendiri..

Bila ada alternatif (susu gantian / susu formula) semakin ramai yang tak yakin mereka mampu menyusukan anak dengan susu ibu (kecuali jika ibu benar2-benar mempunyai masalah kesihatan yang tidak membenarkan mereka meneruskan penyusuan)..sedangkan Allah swt sudah berjanji setiap anak yang lahir telah disediakan rezeki dalam bentuk susu ibu dalam setiap payudara yang bergelar ibu sebenarnya tidak kira bila mereka dilahirkan sama ada cukup bulan atau tidak..

Percayalah semua..kebanyakan ibu gagal menyusukan anak bukan kerana mereka tak cukup susu, tapi kerana mereka tak cukup ilmu dan faktor yg lebih utama kerana hari ini kita sudah punya banyak pilihan (susu formula)..😟😟😟

Jadi saya seru pada anda semua..sebagai golongan ibu muda..marilah kita sama-sama ubah budaya ini..berhenti menjadikan alasan itu dan ini sebagai alasan untuk kita tidak meneruskan penyusuan..percayalah 14 kali Allah swt ulang tentang penyusuan susu ibu dalam Al Quran..pasti tersirat 1001 hikmah dan kelebihan yang menanti ibu jika berusaha menyempurnakan penyusuan anak..

Moga usaha kecil kita ini mampu mengembalikan kegemilangan tamadun manusia dan membentuk ummah yang lebih berkualiti dan sempurna.. Aaminn Ya Rabbal Alaminn

#protectbreastfeeding

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)