KELUARGA SEMUA BAGI SUSU FORMULA PADA ANAK: NI INSPIRASI BUAT ANDA

Hai semua. Tahniah anda berada di artikel ini ketika ini. 

Sudah tentu anda adalah salah seorang ibu yang hendak menyusukan anak dengan susu ibu tapi ada banyak cabaran daripada luaran dan dalaman bukan?

Harini nadim akan kongsikan pengalaman seseorang daripada ruangan perkongsian muka buku, dalam group New Happy Breastfeeding Malaysia. 

Terima kasih kepada Puan Nabilah zaki untuk perkongsian beliau. 

..........
Assalamualaikum mommies. Nervous nak tulis ni, but I think I should write this down somehow. Harap sharing saya ni mampu memberi manfaat pada kita semua. Tq in advance for pengawas nenen kalau post ini di approve 😘

Wah intro macam gempak sangat kan πŸ˜… Sebenarnya bukan kisah apa pun, just sedikit coretan mengenai bf journey saya selama 10 bulan ini. Baru merangkak nak ambik scroll degree. Belum tahap doktor falsafah lagi, hehe.

Sejujurnya saya akui teramat sedikit ilmu dan pendedahan mengenai ilmu penyusuan sebelum ini. Saya dan adik beradik saya sendiri dibesarkan dengan susu formula. Boleh cakap all of my family members semua bagi anak diorang susu formula. Alasan yang common dari mereka adalah, "Takde susu" "Susu kering" "Anak lelaki kuat menyusu, so susu tak cukup"
Boleh bayangkan tak surrounding saya semasa saya mula mula nak start bf? Hehe

Ya saya mengaku, sebelum berkahwin dan disahkan hamil, saya memang percaya 100% semua alasan mereka. And saya siap ada mindset yang oh bukan semua orang ada susu badan ni. Gitulah noobnya kan πŸ˜…

Tapi semuanya berubah bila saya start pregnant. Kebetulan KK ditempat saya ni sangat supportive dan active mempromosikan tentang breastfeeding. So since saya housewife, throughout pregnancy period tu saya selalu volunteer untuk join all the courses/talks pasal baby, pregnancy dan bf yang dianjurkan pihak mereka. And yes I have gained so much knowledge from that. SO MUCH. And itu telah mengubah mindset saya 100% tentang bf. 

Cut the long story short, betullah orang cakap ilmu dari pembacaan tak sama dengan ilmu dari pengalaman. Baby saya terpaksa bermalam di NICU untuk 2 malam kerana risiko jangkitan kuman. So lepas bersalin memang saya dipindahkan ke ward dan tido mati πŸ˜†The next morning (saya bersalin malam), barulah saya berpeluang menyusukan baby. It was the most awkward moment I have with my baby in her entire life, haha. Rasa kekok sangat. But alhamdulillah nurses kat situ sangat friendly dan 'paksa' saya susukan baby depan mereka, so they can guide me. Cara posisikan baby, lekapan, hisapan baby and all. Alhamdulillah. Punyalah mereka strict pasal penyusuan ni sampaikan baby tak dibenarkan discharge selagi nurses and doctor tak tengok live baby menyusu. Tak sure semua hospital apply benda ni ke tak. 

Fasa dalam pantang agak mencabar. I believe semua mommies pun menghadapi situasi yang sama. Maybe ada yang even worst. Cuma what we have to do, like all the pengawas always said, is to keep positive and breatheπŸ˜‚

Name it, nipple crack, baby tak tido malam, bengkak susu, tak dapat full support dari family (only my husband supports me 10000% throughout the journey, until now. Thanks to him, I owe him for that), cubaan bagi formula milk, cubaan bagi nestum, haha. Semua saya lalui. Sama seperti kebanyakan ibu disini, saya juga hampir give up. Hampir saja menggantikan susu sendiri dengan susu formula. Sebab? Penat! Ya, saya rasa ini punca kenapa ramai ibu give up sedari dalam pantang lagi. Bukan sebab susu tak cukup atau takde susu. Tapi sebab penat. Bila kita bf, baby akan kerap terjaga dan nak menyusu. Baby sentiasa nak kita ada kat sebelah, mengempeng lah bahasa mudah. And that, drained us so much. Nampak mudah je, baring, sua tek kat anak, anak hisap, kita rehat. Haha. No! It is wayyy much more than that. Badan, mental, emosi kita jadi penat. This is when we need to be really persistent, kuat semangat, tekadkan hati sepenuhnya. Once we have overcome that, believe me, rasa senang dan smooth je bf ni. Oh ya penat dengar nasihat tak diundang lagi πŸ˜† 

Bila kita dah start kentalkan hati, mental kuat tak cepat koyak, telinga pun kebal dari mulut orang suruh bagi fm/nestum, we will find ourselves at bliss and nothing else can defeat us. Gitu semangat πŸ˜† Saya suka menganggap bf ni sebagai satu memori indah dan journey yang sangat intimate diantara saya dan baby. Anggap je the first 2-3 months tu is just a phase and it will end. Tak lama pun. Perang jugak melawan perasaan sendiri at times, tapi saya suka take it easy dan fikir bf ni mudah. Memang mudah pun sebenarnya, especially for full-time housewives. Selak je dimana mana, bila bila masa πŸ˜† Yang jadi payah bila kita OVERTHINK. Eh susu aku ni cukup ke? Tak bengkak pun nenen? Ada susu ke ni? Aku takde stock penuh 1 peti pun, boleh ke anak aku kenyang ni? 

Honestly, bagi saya personally, apa kita perlu buat to maintain the supply and keep on bf anak kita ialah CARI ILMU dan BEZAKAN MITOS DAN FAKTA. Kita tak perlu unnecessary stress macamtu. Saya juga pernah terjebak dengan MB (sebab tak yakin dan terpengaruh dengan iklan), makan sekali je anak cirit, terus buang, saya jugak pernah buang duit beli pump (sedangkan saya full time hw) πŸ˜† But it's never too late nak sedar diri dan ubah mindset tu. 

Cari ilmu bf. Mula dengan prinsip paling asas. Jangan anggap bf ni complicated sangat. Perlu banyak tools lah. Bf ni senang je, keep that in mind. The first 2 months mungkin rasa mencabar sikit especially for first time mummies, sebab kita nak adapt dengan motherhood and bf itself. But keep in mind that it is just a phase. It will end before we know it. Don't loose your battle over night. Yeah, it is quite tough in the beginning but it is all worth it. Don't give up. Boleh dengar cerita dan pengalaman orang lain tapi jangan terbawa bawa. Jangan mulakan dengan fm. Just don't. JANGAN. Susu awak cukup untuk baby awak. Biarkan suara sumbang yang duk cakap susu awak tak cukup tu berlalu seperti angin. 

Sedar tak sedar dalam macam macam halangan tu, sekejap anak dah 6 bulan, dah start makan, and now sekejap je dah 10 bulan. Tak percaya dah menyusukan dia selama itu. Believe me, sekejap je rasanya. Percaya pada kemampuan diri, anggap ini adalah satu journey yang indah dan mudah. Bf tidak complicated. Kalau saya boleh, kita semua tentu boleh. Believe in ourselves k. Tbh, semenjak jadi bfmom dan faham tentang bf ni, saya rasa sedih dan terkilan tengok ibu yang baru melahirkan bagi fm kat anak mereka. Ada yang kurang ilmu dan rela dibantu, alhamdulillah. Tapi ada jugak yang relahati pilih untuk beri fm sedari lahir. Ruginya. Takpelah pilihan masing masing.

Anyway, dah panjang sangat ni, haha. To all housewives, advantage buat kita sebab 24/7 dengan anak. Mudah usaha kita nak menyusukan ni. So don't waste it. Buat epmom dan ibu bekerja yang sentiasa berdamping dengan pump, despite the extra effort you're making, you still nailed it. Hats of for you guys. I cannot imagine what would happen if I was in your shoes. 

Hope there is something positive you can get from this. Kalau ada terkasar bahasa, maaf dipinta dari saya. Till next time mummies.

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)