CARA KAWAL CYST KETIKA MENGANDUNG SUPAYA MENGECUT DAN TAK PERLU OPERATE

Cyst biasanya akan dikesan apabila scan yang pertama dilakukan untuk tujuan buka buku pink. Kebiasaannya pada 10-12 minggu pertama kehamilan. Pasti ramai nak tahu cara cara kawal cyst masa mengandung supaya tak perlu operate kan?


Perlu risau tak ada cyst masa mengandung ni? 


Kebanyakan cyst terjadi masa mengandung ni adalah Ovarian cyst. ia terbentuk di ovari. Manakala bayi membesar di dalam uterus atau rahim. So dua-duanya di tempat yang berbeza. 


Namun, bahaya boleh wujud apabila 2 keadaan. Cyst semakin membesar dan menyempitkan rahim, dan ianya memintal. Keguguran bayi atau kematian pada ibu boleh berlaku dengan pendarahan yang makin banyak. 


Cyst terjadi semasa mengandung mungkin disebabkan beberapa perkara, dan ianya tidak semestinya disebabkan pemakanan semata-mata. 

1. Stress melampau

Stress tak semestinya terjadi pada orang yang bekerja sahaja atau suri rumah sahaja. it can be both. Biasalah, wanita dan stress itu biasa. Hormon wanita sangat unik. Kalau boleh control, dia sangat optimis. kalau tak boleh control, dia akan jadi lebih garang daripada singa😆


2.  Ketidakseimbangan hormon

Ianya sangat kompleks. Macam mana perubahan hormon ni berlaku, hanya Allah je yang tahu.  Progestron dan estrogen tinggi terlebih salah satu pon boleh menyebabkan cyst wujud ketika hamil atau pon tidak


3. Korpus Luteum yang tertinggal selepas persenyawaan dipenuhi dengan cecair. 

Korpus luteum melepaskan telur apabila disenyawakan. Korpus luteum akan menghasilkan progesteron yang membantu kehamilan nanti.  Korpus luteum ni akan hilang selepas minggu ke-14 hingga ke-16.  


4. Pemakanan of course. 

Makanan kita sekarang ada macam-macam benda yang boleh membuatkan kecelaruan hormon. 


Cara mengawal saiz cyst supaya mengecut dan tidak membesar sehingga memerlukan pembedahan:

  1. STOP makan makanan yang mengandungi gula putih. Gula putih ada banyak kesan pada kesihatan termasuklah menjadi 'makanan' kepada cyst
  2. Tukarkan roti putih kepada roti wholemeal
  3. STOP makan ayam yang dicucuk hormon. Senangnya takyah makan ayam la. Susah nak cari ayam yang betul-betul organik
  4. STOP makan makanan segera dan fast food. Makanan-makanan ini banyak mengandungi perisa dan pengawet tambahan
  5. Definitely NO JAJAN
  6. Banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan
  7. Makan semua pil yang klinik bekalkan especially zat besi, multivitamin, asid folik dan vitamin C


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)