SUPPOSITORY JANGAN TERSILAP MASUK BUBUR

Perkongsian harini daripada Pegawai Farmasi, Puan Maryam Jamilah tentang ubat suppository,  UBAT JANGAN SILAP MASUK BUBUR

Zayyad demam 2 minggu lepas jugak daoat ubat suppository ni sebab demamnya melebihi suhu 38 degree Celcius. Guna hanya bila perlu sahaja.


"TIPU BETUL ubat hospital bagi ni. Kenapa makan, tapi tak baik-baik? Makan dah ikut cara yang betul dah macam cik farmasi ajar. Masuk dalam bubur. 4 kali sehari atau apabila perlu" 🤔
.
Nampak macam lucu kan? Tapi itu lah hakikatnya. Kisah benar. Umie saya seorang jururawat (sekarang dah matron agaknye). Ada pesakit mengadu tak kebah-kebah tapi makan dah ikut seperti yang diajar.
.
Bila tanya macam mana, dia kata masuk ke dalam bubur dan gaul sampai larut lepas tu makan. Bertukar hijau muka jururawat.

Salah bagi arahan ke ni? Ke pesakit salah dengar?
.
Itu kes orang dewasa. Kadang-kala, baby dan juga kanak-kanak akan diberi ubat seperti ini (suppository atau singkatannya supp) terutama kalau demam terlalu panas, dan sukar untuk kebah kalau diberi minum sirap paracetamol.


Apa anda perlu tahu?
.
PERTAMA
Dos supp paracetamol tak sama macam sirap paracetamol iaitu 30-40mg/kg. Jadi kalau berat anak anda 9kg, dos sepatutnya adalah 270mg-360mg, akan tetapi kebiasaannya akan diberikan supp Paracetamol 125mg atau 250mg
.
KEDUA
Tidak digalakkan simpan dalam peti sejuk sama seperti sirap paracetamol. Tetapi misalkata terlalu panas, dan ubat macam mencair, boleh masukkan 1-2 biji standby dan keluarkan bila nak guna (basahkan sedikit dengan air supaya licin). Reminder, jangan masukkan ubat yang sejuk terus ke dalam dubur anak ye. Kesian baby, terkejut badan dia.
.
KETIGA
Supp paracetamol cepat menurunkan suhu badan anak, tapi cepat juga suhu naik kembali. Misalkata dah masukkan ubat, tak lama selepas itu panas semula, mohon lap dengan tuala basah. Jangan berikan ubat lagi (sirap atau supp) selagi belum sampai jarak minima 4 jam, atau akan ada kebarangkalian keracunan paracetamol.
.
KEEMPAT
Yang paling penting sekali. Ingat. Ubat suppository dimasukkan ke dubur. bukan dicampur dengan bubur dan dimakan. 🤗
.
Jadi, selepas baca artikel ni, teringin lagi nak TERmasukkan ubat dalam bubur tak? 😘
.
notakaki : jika anak selalu demam dan sentiasa kerap, ikhtiarkan mereka dengan suplement nutrisi lengkap untuk menguatkan daya imunisasi.

Bagi bayi yang berumur 6 bulan ke atas, minyak ikan yang mengandungi omega-3, nutriferon dan juga mealshake

Dapatkan omega guard yang kaya dengan omega-3, DHA & EPA , nutriferon dan mealshake yang dilengkapi 24 nutrisi penting anak anda sekarang








CARA ORDER SET IMMUNISASI ANAK

Sila hubungi saya Nadimah Muhammad untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya.

Fb: Nadimah Muhammad
Instagram: Nadimah_Muhammad
Whatsapp: 0149408215




.

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)