Anda adalah apa yang anda baca
Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita di pagi yang hampir ke tengah hari ni. Apa yang kita dah buat pagi ni yer, kawan-kawan? Basuh baju, kemas rumah, makan sarapan pagi? Main dengan anak-anak? Semuanya rutin kita setiap hari kan. Bersyukur sebab kita masih diberikan peluang untuk buat rutin setiap hari tanpa ada masalah. Kesian orang yang tidak mampu melaksanakan tugasan harian mereka atas sebab-sebab kesihatan, ketidak-cukupan masa, atau aktiviti-aktiviti lain yang terpaksa mereka ikuti. Pagi ini saya terbaca status Master Coordinator Shaklee, Cerry si kelip-kelip . Anda adalah apa yang anda baca. Banyak membaca majalah hiburan dan gosip cerai-berai : kesannya minda tidak berkembang, nanti pula terikut-ikut Bukan xboleh baca, boleh. tapi kurangkan. Kan kalau kita x baca nanti, lingkuplah syarikat majalah ni pula. Hoho. Banyak membaca berita negatif, komen sana, komen sini, protes sana-sini: Kesannya minda kita tidak berkembang dan penuh den...