STATUS HALAL SHAKLEE

Salam Ahad semua.

Ramai juga yang bertanya tentang status halal SHAKLEE. Hal ini menunjukkan ramai di antara kita peka dan cakna tentang isu ini. Ye lah, benda yang kita makan akan jadi darah daging kita kan. kalau makan daripada sumber yang haram, maka gelaplah hati. Mesti semua orang muslim x nak. Dosa lain dah banyak, xkan makanan pon nk ditambahkan dosa lagi sebab tidak mencari daripada sumber yang halal. Alhamdulillah, ramai customer saya merupakan pengguna Muslim yang bijak.

Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya”.
(Hadis Riwayat Thabrani)


Penulisan status halal ini saya ambil daripada www.halalscience.com. jemput baca semua. =)



==================================================

Assalamualaikum,



Apa khabar ? Ramai pembaca yang menghantar email pada saya bercerita tentang percutian mereka. Jadi saya ucapkan selamat bercuti untuk semua guru-guru Malaysia dan selamat berkerja terutama pembaca-pembaca email saya yang berada di luar
negara. Ada yang di German, Sudan dan juga di Arab Saudi.

Saya doakan semoga anda semua sihat dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t

Ok, kali ini saya ingin kongsikan tentang pertanyaan pembaca buku "Halalkah Ubat Anda?" tentang status halal produk-produk keluaran Syarikat Shaklee.

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.


Soalan 1 :

Assalamualaikum,,
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu

Terima kasih

Ainul- Amar Dhiya


Soalan 2:

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk "Shaklee" iaitu "Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik".

Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?

Terima kasih

Cikgu Umi Kalsom.
---------------------------------------------------------------------'

JAWAPAN:


Waalaikum salam

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.

Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian, beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011 untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email beliau dan menjelaskan bahawa:

"Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin tidak dijamin bebas kandungan babi".

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal
daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012 dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007 juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.

Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk produk Shaklee pasaran Malaysia.

ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.


Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com

=================================================


Untuk pengetahuan anda sekalian, Saudara Abd Rahman Baco ini merupakan seorang penulis di halalscience.com dan juga merupakan seorang ahli farmasi. Beliau bukanlah pengamal produk Shaklee, juga bukan seorang penjual mahupon seorang pengedar. Beliau tidak pernah mempunyai sebarang kepentingan dalam SHAKLEE. 

Jawapan ini sekadar untuk menjawab pelbagai persoalan daripada pengguna dan pengedar barang supplement dan vitamin Shaklee. 

Daripada ulasan beliau, jelas terbukti Suplemen SHAKLEE edaran negara kita sememangnya halal. Dan kalau anda perasan, supplemen Shaklee untuk Malaysia diperbuat di kilang yang berbeza dengan produk SHAKLEE yang di pasarkan di US. Botol dan packaging mereka juga berbeza sama sekali. 

(From left: SHAKLEE GLA US, SHAKLEE GLA Malaysia)

Sebagai konklusinya, usah ragu-ragu lagi untuk memilih SHAKLEE sebagai suplemen utama anda. SHAKLEE creating healthier lives

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN