APAKAH PERSEDIAAN UNTUK MENUNAIKAN HAJI?

Assalamualaikum semua. Ramai yang tengah bersiap-siap untuk berangkat pergi haji kan? Malahan, ada yang dah pon sampai di Mekah untuk jemaah awal.

Tahniah saya ucapkan kerana dijemput menjadi tetamu Allah. Moga Allah permudahkan urusan kalian dan mendapat haji yang mabrur.

Belum lagi daftar haji? Alhamdulillah, seawal usia lagi kami dah daftar haji anak dengan tabung haji.



Perkongsian harini saya ambil daripada  Tuan Engineer Zainudin Omar dalam posting beliau.

Saja nak kongsi tips haji:

 1. Bawak berus & sabun basuh untuk basuh baju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar.

2. Bawa extension cord. Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk caj telefon.
Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter two pin.

3. Bawa tali ampai & kepit baju. Buat gantung baju dalam bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga. Angin di sana kuat kalau tak kepit baju.

4. Bawa ubat panadol dll . Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Terutama di kem Mina.



5. Bawa Quran kecik yg sendiri punya. Senang nak baca di mana-mana. Niat nak khatam di Mekah.

6. Makanan di sana tak pedas, banyak guna sos tomato. Bawa cili sos, kicap, sambal dah siap dibotolkan/diplastikkan.

7. Masa ke Muzdalifah bawa sudu untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar) dan jangan cari di Mina. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap2 dlm uncang. Lampu suluh kecil jangan lupa. Siap melontar, batu yang lebih dibuang. Haram bawa balik ke Malaysia.

8. Di dalam Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat. Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain, jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain, janji dgn isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan (pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pergi dalam kumpulan rakan sebilik. Jika terpisah pun tak risau.

9. Ingat mercu tanda dan bangunan semasa ke masjid, supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.

10. Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up saperti Zain dan Mobily tetapi STC agak susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile, kena top up. Jika top up 100Riyal boleh guna Whatsapp untuk whatsapp ahli keluarga. Pakej Mobily dan Zain ada yang 10GB data berharga SR120. Boleh topup di kaunter Mobily/Zain di dalam Zam Zam tower.

11. Di hotel ada perkhidmatan tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll.

12. Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH, boleh keluar duit hari hari yg mampu nak shopping. Kalau lebih boleh simpan balik.

13. Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk
duit poket.

14. Bila ke masjid pakat kawan-kawan sebilik siapa gilir gilir boleh ambil nasi makanan tengah hari dan malam ikut bilangan kawan-kawan sebilik. Ambil letak di bilik.

15. Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa apa, jgn takut minta tawar.

16. Patuh pada arahan TH. Masa pergi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.

17. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru dan hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkan diletak didalam masjid.

18. Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat, solat sunat taubat dll dan minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah mudahan dimaqbulkan.

19. Seelok nya sepanjang masa menunaikan Haji, jangan banyak bercakap dan cuba 'vow of silence', bercakap jika perlu sahaja.

20. Sabar, sabar dan sabar. Kesabaran setiap jemaah Haji akan diuji di tanah suci.

21. Semasa di Mina tentu ada jemaah degil yang akan melaksanakan lontaran dahulu dan tidak mengikut nasihat TH. Jangan ikut mereka ini dan tunggu arahan TH bila masa sesuai untuk melontar.

22. Bawa botol spray air kecil jika selalu terbatal wudu dalam masjid. Belajar cara mengambil wudu menggunakan sapuan air dari botol spray.

23. Jangan menolak jemaah lain dengan sengaja walaupun ditolak. Setiap niat buruk, Allah akan balas secara cash.

24. Jangan terlalu gigih melaksanakan umrah sunat sebelum wuquf kerana dikhuatiri demam urat semasa wuquf. Selepas haji, buatlah seberapa banyak umrah yang boleh.

25. Ada makanan/minuman 'diuretic' yang menyebabkan kerap untuk buang air kecil dan menyusahkan semasa didalam masjid saperti teh, tembikai, limau dll. Cuba elakkan.

26. Belajar berkompromi dengan rakan satu bilik selama lebih sebulan bersama. Ada yang tak tahan sejuk aircon dan ada yang tak tahan panas.

27. Semasa wuquf di Arafah jangan buang masa bersembang kerana waktu sangat suntuk untuk beribadah/berdoa/berzikir antara gelincir dan terbenam matahari.

28. TH ada menyediakan bilik baraqah untuk jemaah yang berkelamin tetapi queue nya panjang.

29. Kedai money changer yang paling bagus rate adalah di GF Safwa tower bersebelahan pintu masuk ruang parking.

30. Datang awal ke masjid sebelum masuk waktu untuk elakkan kesesakan.

31. Kalau nak ubah selera ada food court di Hilton tower menjual ikan yang digoreng bersama bawang, lada dan spices atas hot plate bersesuaian dengan selera kita dengan harga SR25.

32. Selipar jepun adalah selipar yang paling tidak comfy dan orang jepun sendiri tidak memakainya. Cari selipar yang comfy di Malaysia kerana akan memakainya setiap masa ditanah suci. Lagi pun 50% jemaah Haji serata dunia (1 juta orang) akan memakai flip flop serupa dan akan senang hilang atau bertukar.

33. Sekarang pendaftaran simcard perlukan nombor visa dan pengimbasan cap jari. Sila ambil gambar visa dengan hp sebagai rekod kerana paspot akan disimpan oleh muassasah. Ada pekerja bangla menjual simcard 'Lebara' telco tanpa perlu pendaftaran. Celcom ada pakej Haji unlimited data (bersama Mobily) dengan rate yang berpatutan.

Selamat berangkat dan semoga Allah permudahkan semua urusan mendapat Umrah dan Haji yang Mabrur. Aamiin.

*tambah lah lagi tip yang berguna dari kekawan yang pernah menunaikan Haji.

Sila share untuk panduan semua.

......

Untuk jemaah haji, ada suplement khas yang dikongsikan oleh ayahanda Haji Roslan Ghazali.


Oleh kerana jemaah perlu menempuh perjalanan yg panjang dalam cuaca yg tidak biasa serta keadaan bersesak dgn muslims dari pelbagai negara dan bangsa, tambahan tenaga sangat-sangat diperlukan ketika ini.
Saat inilah semua jemaah sentiasa nak bertenaga dan sihat untuk mengerjakan ibadat bersungguh-sungguh.

Hadiahkan mereka suplement, insyaAllah hidup kita akan lebih diberkati.



1. Herbal blend Cream merupakan krim untuk urut kaki yang lenguh, boleh juga disapu pada bibir yang kering dan pecah.

2. Nutriferon sangat penting untuk menguatkan immune. Cuaca berubah dan tak sama dengan negara kita. Orang tua terutamanya akan cepat rasa tak sihat. Kos rawatan di sana mahal. Cegah awal-awal supaya tetap boleh beribadah sepenuhnya.

3. Performance drinks untuk bancuhkan air masak yang jadi bekalan jemaah beribadat. Ia penting untuk menggantikan elektrolit badan yang hilang.

4. B complex dan vitamin C untuk menguatkan lagi sistem pertahanan badan dan bagus untuk saraf yang halus.

5. Ostematriks sangat sangat penting u tuk kuatkan tulang dan hilangkan lenguh kaki. InsyaAllah jemaah akan tetap boleh berjalan dan berdiri, bersolat sebanyaknya tanpa lenguh dan kebas yang melampau.

Utk makluman anda, Dato' Ust  Daud Che Ngah bekas pengarah Tabung Haji adalah pengguna setia shaklee lebih 17 thn..dia ambik vita lea 4 bj sekali gus!

Jika rasa tak termakan banyak2, boleh sekadar mengambil VIVIX dan ostematriks sahaja untuk tetap berikan tenaga, hilangkan lenguh-lenguh dan kuatkan imunisasi badan.

......

Anda berminat nak mendapatkan set Haji untuk bekalan sendiri dan hadiahkan kepada bakal jemaah haji?

Boleh hubungi
Puan Nadimah Muhammad
Whatsapp: 014-9408215
Cod: Meru, Shah Alam, Jalan Kebun


Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)