PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS RUMAH DILANDA BANJIR

Alhamdulillah, banjir di Penang dah semakin pulih. Ramai dah yang boleh kembali ke rumah masing-masing. 

Banjir di Pantai Timur pula menyusul. Berjaga-jaga yer semua.

Ada beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil oleh semua mangsa banjir untuk memastikan keselematan ahli keluarga apabila kembali ke rumah. 

BAHAYA HAIWAN BERBISA DAN ELEKTRIK

Pantau semua tempat termasuk tempat yang haiwan berbisa boleh bersembunyi. Kala jengking, ular dan lipan boleh membahayakan penghuni rumah yer.

Pastikan semua suis peralatan elektrik telah ditutup. Biarkan air kering sepenuhnya menggunakan hair dryer atau dijemur di bawah matahari. Jika ada lumpur, sembur dengan air bertekanan tinggi, berus menggunakan berus cat jika perlu. Peralatan elektrik boleh digunakan semula kalau air betul2 dah kering


AWAS! RISIKO JANGKITAN KUMAN

Air banjir mengandungi pelbagai jenis kuman dan bakteria. Elakkan meminum air yang tidak di masak sempurna untuk mengelakkan cirit birit dan pelbagai penyakit lain termasuk kencing tikus.

Flush out terlebih dahulu air paip sebelum menggunakan untuk buang air yang dah terperangkap lama di dalam batang paip. Air ni mungkin ada kulat dan bakteria yang membawa jangkitan

BERSIHKAN LANTAI RUMAH MENGGUNAKAN PELUNTUR

Chlorination daripada peluntur seperti clorox mampu membunuh kuman dan kulat yang melekat di lantai serta dinding rumah. Ini sangat penting terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil yang masih merangkak dan mengutip barang di lantai.

Lantai yang berlumut juga bolrh menyebabkan penghuni rumah tergelincir. Berhati-hati apabila masuk ke dalam rumah buat kali pertama selepas banjir

Peralatan memasak dan barang mainan juga jangan lupa rendam bersama Clorox. Kemudian dibilas lagi menggunakan air bersih dan juga pembersih khusus untuk pastikan benar-benar bersih.

Buang semua makanan yang terendam dalam air banjir yer. Jangan disimpan lagi atau dimakan. Bahaya.

PAKAI PAKAIAN YANG SESUAI KETIKA AKTIVITI PEMBERSIHAN

Masa kerja pembersihan rumah dibuat, jangan lupa pakai peralatan yang sesuai seperti sarung tangan getah, penutup muka dan pakaian yang sesuai. Elakkan anak-anak bekerja bersama jika mereka masih kecil kerana immune mereka masih rendah. Keselematan bersama perlu diutamakan.

JIKA SEKIRANYA ANAK-ANAK ANDA SEDANG SAKIT, segerakan berjumpa doktor supaya penyakit cepat dirawat. Berikan juga mereka supplement penguat immune seperti minyak ikan yang kaya dengan zat omega-3 serta multivitamin.

Anda boleh dapatkan multivitamin dan supplement minyak ikan omega guard di sini. Omega guard yang sangat terkenal ni kaya dengan omega-3 yang sangat tulen dan mampu mengatasi keradangan biasa serta akut bagi pesakit. Keupayaan ni ditambah lagi dengan kehadiran multivitamin yang lengkap untuk kuatkan sistem pertahanan badan


Jika berminat, boleh terus menghubungi maklumat di bawah.

Facebook: Nadimah Muhammad
Call/whatsapp/message: 014-9408215
www.gerobok-geroboksihat.blogspot.my




Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)