CARA MENGELAKKAN BUAH PINGGANG ROSAK

Assalamualaikum semua. Harini nadim kongsikan input berkaitan cara mengelakkan buah pinggang rosak yang dikongsikan oleh salah seorang jururawat di Unit Hemodialisis Hospital. 

Umum tahu, statistik mereka yang perlu dibuat dialisis kerana buah pinggang rosak semakin meningkat setiap tahun. Tapi kenapa buah pinggang rosak? 

Pesakit hanya diberitahu, jaga kencing manis dan darah tinggi. Jangan bagi tinggi selalu, nanti buah pinggang rosak. Itu sahaja! 

Tapi, macam mana pula dengan kanak-kanak pon dah ada yang kene jalani rawatan dialisis ni? Takkan lah dah ada kencing manis, darah tinggi bagai🙁🤔

Sebab apa buah pinggang rosak?

-Kencing manis & darah tinggi yg diabai/tak dirawat. 
- Cedera pada bahagian buah pinggang. 


- painkiller berlebihan
- Diserang penyakit SLE atau autoimmune, dan degenerative disease yang jarang-jarang berlaku
- Pengambilan minuman dalam tin (tinggi gula + sukrosa) yang sangat kerap
- Pengambilan makanan mengandungi pengawet dan perasa sangat tinggi sangat yang kerap

Apakah yang terjadi apabila kedua-dua buah pinggang rosak?

  1. Perlu buat dialisis sepanjang hayat
  2. Perlu makan ubat sepanjang hayat
  3. Antibodi badan semakin lemah
  4. Terpaksa berpantang banyak jenis makanan
  5. Belanja duit sangat banyak setiap bulan
Dialisis terbahagi pada dua. Sama ada dialisis darah atau dialisis air. Kebanyakannya perlu membuat dialisis darah di pusat hemodialisis yang disediakan samada tempat swasta mahupon di unit kerajaan.

Bagi pesakit yang perlu menjalani dialisis darah, waktu rawatan adalah 4 jam setiap sesi selama 3 kali seminggu.

Beruntung kalau mereka yang kakitangan kerajaan atau ahli keluarga ada yang bekerja kerajaan. Dialisis adalah percuma setiap sesi. Jika bekerja swasta atau tidak mendapat apa-apa pembiayaan, bayangkan.

Kos rawatan rm200-350 setiap sesi. 
Rm2000-4200 sebulan‼️ 

Leher anda akan ditebuk, dimasukkan tiub untuk tujuan cuci darah dan ianya sangat tak selesa. Jika tidak dijaga dengan baik, tempat yang ditebuk sangat mudah dijangkiti kuman. Bila dah biasa, dialisis pula akan dijalankan dengan mencucuk jarum di lengan pesakit. Ni lagi azab. Tak kene cari urat darah, bengkak la tangan pesakit.

Bila dialisis perlu dijalankan, tekanan darah juga menjadi satu faktor utama samada pesakit boleh buat dialisis atau tidak. Kalau tekanan darah sangat rendah, dialisis tak boleh dijalankan dan terpaksa ditunda atau pesakit perlu dimasukkan ke dalam ward untuk pantauan.

Antara kekurangan dan risiko akibat kegagalan buah pinggang: 

-mata cepat kabur. 
-Tulang mudah reput. 
-Risiko serangan jantung. 
-warna kulit berubah. 
-Terpaksa makan ubat sepanjang hayat. 
-Mandul.
-Mati pucuk.
-Kena PANTANG air dan makanan
-Tak boleh lakukan aktiviti lasak/kerja berat.  
-Susah nak travel. 

Apa yg anda perlu lakukan untuk elak 
Hemodialisis?

-Amalkan pemakanan seimbang. Lebihkan buah & sayur setiap hari. 
-Digalakkan makan supplement 
-Minum air mineral/suam dengan cukup setiap hari
-Senaman kardio minimum 30min smggu (jogging, cycling & sbgnya). 
-Tidur cukup (12am-3am waktu tidur terbaik) tidur 5-8 jam. 

KURANGKAN‼️
-'processed food' seperti sosej, burger, dan lain-lain
-'Fast food'/makanan segera.
-Makanan tinggi garam/gula/lemak. 
-Air gas/manis, susu pekat, garam, gula.
-Painkiller.  
-Makanan dlm tin. 
-Stress

*inilah punca utama diabetes, hypertension & diakhiri dengan kegagalan buah pinggang. 

Jika anda menghidap darah tinggi, kencing manis, jangan skip ubat/insulin seperti yg diarahkan doktor. Amalkan gaya hidup sihat. Masih belum terlambat. 

Tapi jika ditakdirkan buah pinggang rosak, terimalah dgn redha ALLAH maha mengetahui. 

Jaga badan, tegas dlm penjagaan makanan & sayangilah keluarga anda. Cegah sblm terlambat! Menyesal kemudian tiada guna. 




Dapatkan supplement untuk menjaga buah pinggang dan mengelakkan dialisis segera.

Facebook: Nadimah Muhammad
Whatsapp : 014-9408215
Cod: Jalan Kebun, Kota Kemuning, Teluk Panglima garang, Klang, Shah Alam dan sekitarnya

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)