ORANG MENGANDUNG DAN MENYUSU TAK PERLU PUASA?

Alhamdulillah, kita dah masuk hari kedua belas berpuasa harini. Tahniah pada anda yang berpuasa penuh tanpa keuzuran selain uzur syarie. 

Soalan famous, dan biasa kita jumpa bila masuk bulan puasa. Ibu mengandung dan menyusu tak perlu puasa ke?

YA, jika ibu hamil itu bukan Islam, gila, tak cukup umur dan ada uzur yang dibenarkan berbuka.

Dibenarkan berbuka, bukan maksudnya tak payah puasa sampai bila-bila dah guna alasan tu.

Puasa dahulu sekadar kemampuan, jika pukul 10 pagi rasa tak mampu teruskan puasa, berbukalah. Itu baru boleh guna rukhsah.

Salahnya, apabila daripada malam dah niat tak mahu bangun sahur sebab esok tak nak puasa, nanti susu anak habis. Ini kepercayaan salah. Ada susu bukan sebab mak tak puasa, tahu?

Sebab itu ayat al-Quran itu sebut: sesiapa yang sakit atau sedang musafir, maka gantikan pada hari lain; mengandung dan menyusukan anak bukan sakit yang tiada harapan sembuh, sampai mak-mak ini tidak cuba berpuasa. 

Berhentilah sebarkan fahaman tak payah puasa terus itu. Ramadan bukan mai selalu. 

KECUALI memang disahkan oleh doktor yang ibu itu tak perlu berpuasa langsung. Jika main ikut apa yang tular dalam media sosial sahaja dan main taram, ingat satu perkara ini: tak mahu dapat taqwakah?

Puasa ini tujuan utamanya menjadikan diri lebih bertaqwa dan puasa ini hak Allah. Jangan suka-suka buat hukum ikut kehendak.

Jelas?

Share-lah penerangan ini supaya tiada lagi yang meninggalkan puasa dengan sengaja.

Jika mampu, berpuasalah. Alhamdulillah, saya sendiri pernah menjadi ibu mengandung dan menyusukan anak ketika berpuasa. Dan saya tetap berpuasa penuh tanpa keuzuran, keletihan atau susu drop. 

Rancang kesihatan anda. Pengambilan makanan berkhasiat membantu anda sihat dan bertenaga setiap hari. 

Note: yang sakit dan disahkan doktor, tak perlu berpuasa kalau ia boleh menyebabkan mudarat.


Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)