PENSYARAH DAN PELAJAR PHD TETAP BOLEH BISNES

Anda seorang yang sibuk bekerja? Balik rumah nak uruskan anak lagi. Tapi duit gaji cukup-cukup makan. Kene jugak buat bisnes! 

Tapi macam mana nak buat? Mesti tak sempat nak bisnes kan? 

Jom, saya kongsikan kisah seorang pensyarah Dr Najihah yang berjaya buat income 5 angka dengan bisnes walaupon dia adalah seorang pensyarah, ibu anak 5 dan juga seorang pelajar PHD. 

_________

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5

KATEGORI : SUPERMOM SUCCESS STORY
.

TESTIMONI 11 : NAJIHAH ABDUL MUTALIB

[SIBUK SEBAGAI PENSYARAH BUKAN HALANGAN BAGI IBU ANAK 6 INI BERJAYA CAPAI INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN DENGN BISNES SHAKLEE]
.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya Dr. Najihah binti Abdul Mutalib, seorang ibu kepada 6 orang cahayamata dan berkerjaya tetap sebagai Pensyarah di salah sebuah universiti awam.
.

Kisah saya bersama Shaklee bermula secara tidak disangka kira-kira 6 tahun yang lalu.  September 2012 saya menjadi ahli Shaklee dengan niat untuk mendapatkan harga ahli pada masa itu. Kebetulan saya sememangnya telah mengamalkan suplimen Shaklee setahun sebelumnya tetapi belum menjadi ahli.
.

Pada awalnya, bila diajak oleh upline saya untuk serius berbisnes saya menolak sebab saya merasakan tak dapat beri tumpuan dan bahagikan masa antara bisnes dan kerjaya hakiki. Kebetulan, waktu tu saya sedang berpantang anak ke-5 dan akan bertugas semula lebih kurang sebulan je lagi. Jadi, saya memang tak ambil pusing sangat tentang ajakan upline saya untuk mulakan bisnes Shaklee.
.

Namun, percaturan Allah memang tak dapat kita sangkal lagi. Selepas 2 minggu saya memerhati, membaca dan mendapatkan info dalam group khas Shaklee, hati saya terbuka untuk cuba berkongsi di FB berkenaan produk Shaklee dan #ShakleeEffects yang saya dapat setelah setahun lebih amalkan Shaklee.
.

Terujanya saya apabila bulan pertama join, bonus yang saya terima ialah sebanyak RM500+! Wah, masa tu saya terus terfikir, saya boleh jana income tambahan dengan Shaklee, paling kurang pun dapat bayar gaji pembantu rumah ketika itu RM500 sebulan.
.

Alhamdulillah, sejak dari saat itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Walaupun masa tu saya berkerjaya tetap sebagai Pensyarah dan dalam masa yang sama sedang menyiapkan tesis PhD..dan di rumah pula ada 5 orang anak kecil yang perlu diberi perhatian, saya dapat bahagikan masa saya antara kerjaya, bisnes dan keluarga dengan baik.
.

Tahun 2014 adalah tahun gemilang saya dalam kerjaya dan bisnes. Saya mula mendaki rank dalam Shaklee sejak tahun 2013 sehingga saya mencapai Rank Senior Coordinator dan berjaya mendapat pelbagai award daripada Shaklee seperti Star Achiever Award, Car Bonus dan pada tahun 2014 juga saya layak menyertai International Trip Shaklee ke Long Beach, California, USA.
.

Dan pada tahun 2014 juga, saya berjaya menggenggam segulung ijazah Doktor Falsafah setelah bertungkus lumus menyiapkan tesis dengan kerjaya, anak-anak kecil dan dalam masa yang sama turut menjalankan bisnes Shaklee secara part-time.
.

Ramai yang bertanya saya pada waktu itu, macamana pengurusan masa saya? Bagaimana saya dapat bagi komitmen kepada beberapa tugas utama yang berbeza (pensyarah, pelajar PhD, isteri, ibu dan bisnes women?
.

Sebenarnya saya juga seperti tak percaya saya dapat uruskan kesemua dengan baik. Saya bukan jenis orang yang sediakan jadual sistematik untuk semua urusan saya. Saya cuba jadi seorang wanita multi-tasking. Cari masa di celah-celah masa kita yang ada. Apa yang saya pegang, jika kita jaga masa dengan Allah, Allah akan jaga masa kita sebaiknya. Dan pepatah ini juga selalu saya ingat: “Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.”



Walau banyak tekanan kerja dan family (setelah maid lari) tapi bisnes Shaklee adalah salah satu cara menyalurkan stress saya keluar..haha..saya sangat gembira berkongsi pasal Shaklee tanpa ada tekanan langsung!  Saya mula belajar berblog dan vlog sebagai salah satu medium perkongsian saya ttg pelbagai perkara termasuk bisnes. 
.

Selama 6 tahun saya hanya berbisnes Shaklee secara part-time, tapi apa yang saya dapat adalah lebih daripada sebahagian mereka yang buat bisnes ini secara fulltime. Bonus 4 angka setiap bulan, beli kereta dengan car bonus Shaklee, melancung dalam dalam luar negara percuma setiap tahun dan bermacam lagi insentif daripada Shaklee. Apa yang penting, kalau kita betul-betul hendak dan mahu, kena buat sehabis baik dan mohonlah redha suami, ibu bapa dan redha Allah juga.

___________

Tahniah kepada Dr Najihah.. Memang tepat pilihan beliau! 

Kepada anda di luar sana, yang bekerjaya tetap ataupun surirumah dan dalam masa yang sama berminat untuk berbisnes Shaklee, jangan tunggu-tunggu lagi. 

Mulakan niat anda hari ini. Sertailah team saya dibawah pimpinan Ireach dan Supermom untuk mencapai impian anda dalam Shaklee.

Rakan Shaklee Anda
Nadimah Muhammad (Nadim)

♥ WhatsApp : 011-10408215
♥ FB Page: gerobok Sihat
♥ FB : Nadimah Muhammad
♥ COD : Jalan Kebun, Kg Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning, Shah Alam, Subang Jaya dan sekitarnya

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)