TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU

Ramadhan bakal tiba. Pastinya ramai ibu menyusu especially yang baru anak sorang dua akan gelabah. 

Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran; susu drop, susu takde, baby lapar, mak menggigil tak tahan lapar, mak tak larat, gula dalam badan drop dan sebagainya. 

Beza yer..kalau tak larat sangat boleh berbuka, dengan orang yang terus tak puasa sebab takut tak larat. Ni semua ibu menyusu kene faham. Dan seharusnya bila berbuka disebabkan alasan-alasan yang dibolehkan atau sengaja berbuka, nanti kene puasa ganti seorang diri kemudian hari lagi mencabar teruk! 

So kat sini nadim kongsikan beberapa tips yang nadim sendiri amalkan sepanjang 2 tahun menyusukan anak tanpa susu drop. 

TIPS BERPUASA BAGI IBU MENYUSU

1. MAKAN SAHUR DI AKHIR WAKTU
Sahur adalah benda wajib untuk setiap ibu menyusu. Dan mesti makan nasi sebagai sumber karbohidrat yang utama.

For your info kan, nadim makan sahur sama macam makan tengahari. Nasi, sayur dan lauk. Adakalanya buah. Hahahaha. Adakalanya. Nampak tak zat tak cukup di situ.

Lepas makan nasi, nadim akan minum air protein blend dengan kurma dan badam. Bancuhan yang sangat senang, tapi padat dengan protein, kalsium, minerals dan zat besi. Nadim gunakan ESP..soy protein yang isolated daripada kacang soya non-GMO.

2. MINUM AIR SEDIKIT² TAPI CUKUP 2 LITER DI MALAM HARI
Air memang nadim angkut je g mana pon. Hatta cuckoo kat dapur secoet tu je dekatnya. Lagi senang, terus minum je anytime. Letak siap² air dalam botol 2 liter. Jeling-jeling dia tengok banyak ke tak dah aku minum air malam ni😆

Lagi best bancuh performance drinks dengan air tu. Jadi lagi motivasi nak minum sebab sedap and bantu kawal elektrolit dalam badan kita😍

3. Wajib makan kurma sebelum tidur, masa sahur dan berbuka. Sebab kurma ada banyak nutrisi dalam tu👍

4. Tetap teruskan menyusu macam biasa dan buat biasa je. Bukan penat pon berpuasa. Hihi. Mind set tu penting!

5. Elakkan menggunakan tenaga terlalu banyak di siang hari. Rasa macam banyak naw kerja, postpone ke malam lepas berbuka. Atleast badan kita tak kehabisan tenaga.

6. Supplement sangat penting! Nadim tak pernah skip few supplements ibu menyusu di bulan puasa. Sebabnya, kita sendiri tahu kita makan sekadar makan. Bukan ikut keperluan tubuh.

Supplement penting yang nadim wajib ambik adalah, protein which is ESP tadi, bcomplex sebab dia ada 8 spektrum vitamin B and asid folik untuk keperluan badan kita dan jugak pembesaran anak yang menyusu, multivitamin which is Vitalea. Dan ostematrix. Ni adalah sumber kalsium magnesium yang utama nadim tak pernah tinggal sejak mengandung anak pertama hingga sekarang sulung dah pon berusia 3 tahun lebih.

Bagi yang mengepam susu, jangan risau. Teruskan macam biasa. Memang akan sedikit drop pada awal-awal puasa. Sebab body kita tengah adjusted. Tapi kalau drop banyak, cuba amalkan tips nadim ni. InsyaAllah stok pam akan kembali seperti biasa dan kita pon macam tak puasa je rasanya bila gunakan tips atas ni.

Selamat berpuasa semua.

Jika nak dapatkan supplement menyusu, boleh terus hubungi nadim di bawah.


Nadimah Muhammad
011-10408215
Cod area Jalan kebun, Teluk Panglima Garang, Subang Jaya, Shah Alam. 
Pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Comments

Popular posts from this blog

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

5 CARA KELUARKAN SUSU BADAN YANG SEDIKIT SELEPAS BERSALIN

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA