CARA MEMILIH BABY CARRIER YANG SELAMAT

Ramai sekarang ni memilih untuk menggunakan baby carrier pada bayi. 

Ada pelbagai jenis baby carrier dalam pasaran. Macam mana nak pilih baby carrier yang selamat untuk bayi dan ibu?

Tahukah anda, pemilihan baby carrier atau babywear yang tidak sesuai boleh menyebabkan kecederaan tulang bayi?

Baby carrier yang selamat dan selesa adalah jenis yang berbentuk ergonomik.



Apa itu ERGONOMIK dalam babywearing?

Ergonomik ni sebenarnya ialah satu cabang dalam design (rekabentuk). Design yang ergonomik  boleh bantu mempertingkatkan keselesaan, kesihatan dan memudahkan pelaksanaan kerja sebab dia memaksimakan potensi anggota badan manusia.

Okay, sekarang kita fokus pada babywearing dan alat gendong bayi. Tujuan pakai alat gendong ialah untuk memudahkan ibu-ibu membawa anak ke sana sini sambil tangan bebas untuk melakukan tugas-tugas lain.

Dalam masa yang sama, pemakaian babywears ni juga membantu anak untuk lebih selamat dan selesa berdakap dengan ibu mereka😊

Memakai babywears juga membantu ibu untuk mengurangkan rasa lenguh di bahu dan tangan apabila mendukung bayi dengan masa yang lama.

Cuba kita bayangkan bila kita dukung anak tanpa bantuan alat gendong. Macamana cara kita dukung anak?

1. Kaki anak yg dah besar, kita kangkangkan supaya kaki dia paut kat pinggang atau pinggul kita. Dukung kat depan ke, encang kat belakang ke, dukung kat sisi ke, semua macamtula jugak.

Kita nak bukaan kaki dia cukup luas utk tolong kita kurangkan rasa berat masa dukung dia dan senang nak paut.

2. Kalau baby baru lahir sampaila dalam 3-4bln, sama ada kita tegakkan, support belakang dan leher dia. Kaki dia kita tak kangkangkan sangat sebab nanti nenek dia marah. Sakit peha anak, katanya =).

Atau kita baringkan dia kat tangan kita, dagu dia tak menekan dada.

3. Kita peluk rapat.

4. Kedudukan anak tu tinggi kat badan kita sebab kalau rendah nanti kang terasa berat anak tu dan tangan/badan mak ayah jadi lenguh.

5. Bila anak nak pandang depan, biasa kita dukung dia kat sisi atau encang kat belakang. Ada tak yang sanggup pusing hadapkan anak ke depan, tangan duk ampu je punggung anak tu berjam-jam macam front facing dalam baby carrier?

Ok, dah bayangkan dah? Betul tak apa saya tulis tu?

Jadi, alat gendong yang MEMUDAHKAN, MEMBERI KESELESAAN dan TAK SAKITKAN BADAN mesti ada ciri-ciri yang saya tulis kat atas tu tadi.

Perlu ada cukup support (padding bagus dan selesa). Jadi inila perlunya untuk kita guna baby carrier yang designnya ergonomik.

Supaya bayi selesa, kita juga selesa. Kaki yang ke dalam bagi bayi bakal membuatkan kakinya mengalami masalah.

Narrow based carrier tidak sesuai untuk bayi

Kalau narrow based carrier, a.k.a NBC (kat sini kita biasa panggil crotch carrier (CC)) macam Anakku, Tollyjoy, Fiffy, Bjorn, design dia tak menepati ciri yang memberi keselesaan. Base carrier perlu luas supaya kaki bayi tidak sakit bila duduk lama-lama. Penggunaan berjam-jam yang kerap mungkin menjadi punca kepada masalah hip dislexia



Front facing antara baby carrier yang popular digunakan. Tapi sebenarnya dia kurang sesuai. Kerana apa? Cuba bayangkan kita menaiki motor 2-3jam, lenguh kan pinggang? Sama juga pada bayi yang diletakkan dalam front facing carrier ni.


Namun begitu, adalah digalakkan ibu-ibu untuk mencuba dahulu setiap babywears yang dijual oleh pihak penjual sebelum membeli. Anak sesetengah bayi mungkin tidak selesa apabila diletakkan di dalam babycarrier bersama ibu. Tapi jika ayah pakai, baby okey je.

Alat gendong ni mesti ergonomik pada kedua-dua pihak. Anak yang dibawa, juga pada ibu-bapa yang membawa.

Ergonomik ni berkait dengan ANTROPOMETRIK.

Apa beza ERGONOMIK dengan ANTROPOMETRIK?

1. Ergonomik ni berkaitan dengan posisi badan.
2. Antropometrik ni berkaitan dengan ukuran badan.

Ada banyak pilihan carrier yang ergonomik. Antaranya:
wrap
ring sling
soft structured carrier
mei tai, pouch sling
kanga piece
rebozo piece
Onbuhimo

Jika anda mempunyai kekangan bajet, anda juga boleh untuk menghasilkan sendiri babyweares menggunakan kain batik lepas!

Jom saksikan bagaimana membuat babyweares menggunakan batik lepas:




Bagi ibu-ibu yang sering menggendong anak ke mana sahaja untuk bekerja especially yang bekerja sendiri, anda digalakkan untuk mengambil suplement asas wanita supaya tulang dan badan anda sentiasa kuat untuk support berat bayi juga berat anda. Kita mudah jatuh sakit jika badan over used!

Antara suplement yang menjadi keperluan ibu adalah:



1. Kalsium- untuk tulang belakang yang kuat, menghilangkan rasa kebas dan sakit pinggang
2. Omega guard- untuk bendalir lutut yang baik dan menguatkan otot kaki dan lengan
3. ESP- untuk bekalan tenaga dan protein pada otot tangan serta kaki
4. Vitalea multivitamin- multivitamin bekerja bersama kalsium untuk mengelakkan osteoporosis
5. Vitamin C- membantu ibu berada dalam keadaan sihat selalu
6. Alfalfa-membantu menyahkan toksin dalam badan serta mengelakkan kegemukan

Kekalkan keaktifan dan kecergasan badan dengan suplement ibu sihat!

Jom dapatkan set ibu sihat sekarang.

Hubungi saya:
Instagram: Nadimah_Muhammad
Whatsapp: 0149408215
COD: Meru, Kapar, Klang, Shah Alam

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)