CARA MENGELAKKAN MUKA TERBAKAR BILA BERCUTI DI PANTAI

Ramai memilih untuk bercuti di tepi pantai dan pulau-pulau bila cuti 3-4 hari ni. Seronok !

Jom kita tengok cara mengelakkan muka terbakar atau sunburn bila bercuti di pantai. Bercuti tanpa rasa takut!

Kali ni kami memilih untuk ke Pantai Bagan Lalang, Sepang untuk simple getaway. Hanya 2 jam sahaja dari Meru ke sini. Menyelusuri denai denai alam penuh dengan kelapa sawit sepanjang perjalanan.cewahhh

So since sehari sebelum tu dah plan nak ke sini, ada beberapa cara yang Nadim buat untuk elakkan sunburn yang teruk di pantai.

Bagaimana SUNBURN BERLAKU?



Sunburn yang teruk boleh berlaku jika kita terdedah dengan cahaya matahari lebih daripada 30 minit. Tahukah anda, cahaya matahari ada 2 sinaran? Ye. Sinaran UVA dan sinaran UVB..



Sinaran UVA dan Sinaran UVB mempunyai tahap bahaya yang berbeza pada individu terutama yang mempunyai masalah kulit sensitif. UVB adalah lebih selamat dan hanya membuatkan kulit terbakar sahaja. Cuma degree of burning bergantung pada individu.

Manakala UVA, mempunyai kesan yang lebih teruk pada kulit bukan sahaja kulit terbakar, tapi boleh menyebabkan penuaan pramatang pada kulit.

Namun, keduanya berisiko untuk berikan masalah kanser kulit jika terdedah lebih daripada 8 jam setiap hari.

Sunburn atau kulit terbakar berlaku apabila melanin kulit sudah tidak mampu menahan sinaran cahaya matahari akibat terlalu lama terdedah kepada sinaran ultra ungu. Melanin merupakan mekanisme semulajadi kulit untuk melindungi kulit daripada radiasi.

Bagi mereka yang berkulit cerah, kandungan melanin adalah lebih rendah. Sebab tu lah, orang cerah lebih cepat sunburn daripada mereka yang berkulit lebih gelap.

Cara mengelakkan kulit terbakar teruk

Ada beberapa cara yang boleh dibuat sebelum anda bercuti di pantai.

1. Jangan mandi pantai ketika jam 10pagi hingga 3 petang.

Kami sampai di Bagan Lalang around 2 petang. Masih terlalu awal untuk mandi. Bahaya kulit terdedah pada sinaran UVA UVB. Solat dulu dan makan. Hampir jam 4 baru kami ke tepi pantai.


Dan zayyad hanya dibenarkan mandi-manda selepas azan Asar. Masa ni masih panas taw.

2. Bagi mereka yang ada masalah kulit sensitif, pakai lah sunblock untuk melindungi kulit daripada UVB. Tapi, hati-hati, kulit sensitif jangan tersalah guna sunscreen yer. Sunscreen ada bahan aktif yang tidak sesuai untuk anda.



Bagi Nadim, nutriwhite ultimate whitening protection dah memadai. Ultimate protection ni jugak ada sun protecting function dan istimewanya tak nampak macam kita pakai sunblock kat muka. Tak berminyak, dan teksturnya sangat light.

3. Ambil suplement atau buahan yang kaya dengan antioksidan

Fungsi antioksidan di sini sangat sangat penting untuk jaga kulit kita daripada sinaran UV.

Antara buah yang kaya dengan antioksidan adalah:
1. Burberry
2. Prun
3. Anggur
4. Kismis
5. Ceri
6. Rasberry
7. Bayam
8. Brokolli
9. Jagung
10. Alfalfa
11. Ubi merah

Dan semestinya suplement vitamin C, E dan vivix pilihan Nadim. Selepas sarapan, telan siap2 ketiga2 nya.

4. Gunakan yogurt untuk lembapkan kulit muka yang terkena sunburn.

Yogurt plain sangat best untuk dibuat masker dan merawat kulit yang kering, pedih dan melecur akibat sinaran matahari. Jika yogurt plain ni ditambah dengan betik juga akan jadi lagi best effect!

5. Hirisan timun membantu untuk sejukkan muka, redakan bengkak dan menggelupas

6. Gunakan krim malam yang khas untuk merawat dan melembutkan kulit.

Overnight renewal cream sangat bagus untuk mereka yang kerap terkena pancaran matahari yang lama dan selalu sunburn. Cream ni akan bantu pulihkan muka yang bermasalah masa kita sedang tidur. Bangun pagi esoknya, kulit akan rasa lebih sihat dan segar

7. Masker tomato bantu melembapkan kulit wajah


8. Gunakan pencuci muka yang sesuai untuk hilangkan masalah sunburn yang akibatkan kulit menggelupas teruk..

Penggunaan pencuci muka yang mempunyai bahan kimia bahaya sangat tidak sesuai bila muka sunburn. Ia akan buatkan muka anda lagi teruk. Pedih dan lebih kering.

Nadim syorkan guna nutriwhite foaming cleanser. Kawan Nadim berjaya hilangkan sunburn teruk masa LIMA haritu dalam amsa hanya seminggu. Normally ia ambik masa 2-3bulan untuk kembali cerah berseri.

Ini gambar masa awal sampai


Dan ni masa nak balik. Burn ke lighting?ahha.


Jika anda adalah salah seorang yang hadapi masalah sunburn teruk, ada beberapa cadangan produk yang Nadim boleh cadangkan.



Jika anda berminat untuk mendapatkan set produk mengelakkan muka sunburn dan merawat muka sunburn, boleh hubungi Nadim.

CARA ORDER SET SUNBURN

Sila hubungi saya Nadimah Muhammad untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya.

Fb: Nadimah Muhammad
Instagram: Nadimah_Muhammad
Whatsapp: 0149408215



Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)