DAH TAMPAL GIGI TAPI MASIH RASA SAKIT GIGI BERDENYUT-DENYUT LAGI? INI CARA KURANGKAN SAKIT GIGI YANG SANGAT BERKESAN SEBELUM BUAT RAWATAN AKAR

Apa cara paling berkesan nak hilangkan sakit gigi? Sakit gigi ni ada banyak. Salah satunya adalah disebabkan berlubang. Paling sakit bila berlubang sedalam-dalamnya. Dah tampal 3 lapisan pon masih sakit. Seksanya sampai minum air pon rasa ngilu teruk! 

Selama hidup 29 tahun, rasanya ni lah kali pertama nadim sakit gigi. Adoiii. Selalu dok tertanya-tanya je macam mana rasa sakit gigi. Sekali, tahun ni sendiri yang kene. Maka mulalah meng"Google" cara efektif untuk hilangkan sakit gigi. 

Okay, sebelum nadim cerita pengalaman nadim sendiri lah kan. Nadim kongsikan tips yang nadim dah baca daripada beberapa website. Well, google la katakan. Tak tanya doktor gigi lagi ni😆. Maaf Dr Shukriah dan Dr Munirah Talib. Ku masih ingat kawan-kawanku ini. Tapi masa mencemburui untuk tidak contact kalian. 

Cara kurangkan sakit gigi yang berlubang sebelum ke klinik gigi: 

Ni cara cepat eh. Keesokannya mesti ke klinik gigi untuk tampalan gigi taw. 

1. Gigit bunga cengkih beberapa biji kat kawasan gigi yang sakit. Kalau lubang tu boleh dicapai dengan tangan kita, tumbuk beberapa biji bunga cengkih jadikan halus-halus dan letak kat kawasan gigi berlubang. 

Buat la selama mana yang korang boleh tahan. Untuk nadim kejap je, sebab air liur meleleh keluar! Ahahahaha. Tak tahan dehhh. Memang sakit gila. Tapi berkesan la jugak cara ni. Cumanya kesan dia tu sekejap je masa gigit. Lepas tu datang balik sakitnya. 

2. Berkumur dengan "listerine" untuk beberapa minit. Listerine ni akan bilas and buang mana bakteria yang boleh dicapai ye. Tapi kesan dia tu memang sangat sekejap..kene berulang kali buat la jawabnya. Haha 

Tapi, ada jugak yang suggest gunakan mouthwash yang special ni. Mana jual jangan tanya okey. Nadim tak cari. Brand ORADEX. Kalau korang dekat dengan farmasi, sila lah pergi cari benda ni😍


3. Takde mouthwash di rumah, ada lagi cara lain untuk matikan kuman. Gunakan air GARAM! Bancuh sesudu air garam dalam air panas, pastu tambah air sejuk untuk suamkan. Dan gunakanlah ia untuk berkumur beberapa minit. 

4. Gunakan berus gigi yang lebih halus dan lembut bulunya. Dan kerapkan lagi berus gigi. Rasa sakit je berus gigi. Dan kau mula akan rasa letih dan malas nak berus gigi dah lepas tu. Hahaha

Cara ni semua nadim buat. Tapi masih tak menyebabkan sakit tu hilang. It was seriously sakit. 

Ha tu laaaaaa. Dah tahu gigi berlubang, kene cepat-cepat tampal. Jangan biarkan macam nadim ni. Sampai 3 lapisan taw kene tampal gigi😆😂 dan kosnya sangatlah mahal untuk satu gigi😭😭. Kalau ada masa untuk ke klinik kerajaan, memang ke kerajaan la lebih baik daripada segi kewangannya😍

So inilah 4 cara mudah yang boleh digunakan dan barangnya ada di rumah kita. 

Tapi seriously, korang kalau sakit gigi kene pergi cepat-cepat ke klinik. Tampal gigi yang berlubang lebih baik daripada kene buat rawatan akar! 

For me myself, memang ke klinik lepas beberapa bulan taw mengadu sakit gigi. Kekangan masa. Dok biar lama-lama, sampailah memang tak tahan sangat sakitnya baru lah ke klinik jugak. 

Tertiary stage dah doktor kata. Kene tampal 3 lapisan. Fuhhhh. 1 gigi memakan kos RM 380 di klinik area shah alam. Huhuhu. Tapi lepas tampal, still sakit lagi. Huaaaa. Sebab dah terkena saraf!

Dan nak buat rawatan akar gigi, memang makan ribuan ringgit la kalau klinik gigi private wehhh. Sekarang ni nak guna duit untuk benda lain dulu. So, terpaksa cari jalan untuk lambatkan rawatan akar tu. Hehe. Tangguhkan lagi!

Bila ditangguh lagi rawatan tu, memang azab laaa..sakit gigi yang macam nak tercabut rahang!

Since semua cara di atas masih tak works on really fine on me, nadim cuba cara lain plak.

Tarraaaa. Ni cara ke lima nadim buat. Gunakan OSTEMATRIX. Ni adalah pil kalsium, magnesium, vitamin D yang dihasilkan secara semulajadi dan khusus untuk supplementary nutrients. Ni memang ada kat rumah sebabnya nadim memang makan ni tak minum susu untuk bekalan kalsium nadim.

Mengikut website oversea yang nadim bacalah kan, pengambilan kalsium dan vitamin D sangat membantu mengurangkan sakit saraf gigi. Pengambilan yang berterusan juga mampu merawat masalah akar gigi yang rosak taw. So tanpa berlengah, nadim makan ostematrix! Total kalsium sebanyak 1250mg, 500 magnesium, 500IU vitamin D.


Selama 3 hari berturut-turut nadim ambik ostematrix ni lebih daripada biasa. Alhamdulillah, hari ketiga keempat kelima keenam dah totally takde sakit gigi dah weh. Lepas berus gigi and kumur pon kurang dah rasa ngilu walaupon masih gunakan ubat gigi biasa bukan ubat gigi untuk gigi sensitif.

Dan harga ostematrix ni hanya RM 61 sahaja. It was so amazed! Jimat banyakkk ni kalau memang totally cured masalah akar gigi yang rosak ni. Yelah jika nak dibandingkan dengan rawatan akar kat klinik gigi private, jauh sangat la beza. Tapi klinik kerajaan, dan korang ada masa memang wajar la ke klinik kerajaan je. Hihi

So, insyaAllah nadim akan update lagi entry ni mungkin pada next entry kalau rasa sakit tu kembali datang. Nyut nyut nyutt!

Kalau korang dah cuba segala kat atas tu tapi masih sakit lagi, mohla contact nadim untuk dapatkan ostematrix ni. Serius jimat dan berbaloi. Tidur lena dan banyak lagi kebaikan ostematrix yang badan akan dapat. Contohnya takde masalah sembelit dah, kebas kaki and cramp dah berkurang, sakit badan pon kurang!


Bagi anda yang tak tahu lagi apa tu ostematrix, jom tengok poster ni. Sangat membantu kalau korang tak minum susu taw. Lagi lagi pada ibu mengandung dan menyusu. Jangan risau, ianya selamat dan berkesan!
Berminat nak dapatkan ostematrix dan set vitamin Shaklee boleh la hubungi nadim lanjut di details di bawah:


Rakan Shaklee Anda
Nadimah Muhammad (Nadim)

♥ WhatsApp : 011-10408215
♥ FB Page: gerobok Sihat
♥ FB : Nadimah Muhammad
♥ COD : Jalan Kebun, Kg Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning, Shah Alam, Subang Jaya dan sekitarnya

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Comments

  1. sy tgh alami skrg...skit yg tramat..mnysal plk p tmpl.lps tmpl jd tmbh2 sakitt...allahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camne skarang. Dah ok ke sakit tu sebab saya pun sakit sgt lepas tampal..rasa nk deman pun ada

      Delete
    2. Sy pun sama .. semalam tampal gigi kt private clinic rm120 ..tapi hrini still sakit lps tampal .. apa patut sy buat ..sakit dia tu mmg smpai ke otak .. tolong bantu sya

      Delete
    3. Sabar dulu..gigi sy pun berlubang tp dan kena tampalan sementara..dr ckp mungkin x perlu root canal klu da seminggu makin kurang sakit..2 ke 3 hari lps tampal mmg sakit tp sakit lg masa sblm ambik antibiotik..sekarang hari ke 4 dan 5 da x sakit cuma berdenyut2 yg x selesa je..lps hilang denyut ni nk kena jumpa dr utk tampalan kekal pula..nasib baik ada kwn yg pernah kena camni..ngam2 hari ke 7 trus da x sakit..dia x jumpa dr pun pastu utk tampalan kekal

      Delete
    4. Sy sdg me ngadap kesakitan itu..
      Dh 2 mggu tampal ni.. Sakitnya msih terasa😭
      Esok nk g cabut arr.
      Ok ke cabut..? 😬

      Delete
    5. Samala. Makin sakit lepas tampal. Dah 2 minggu lebih ������

      Delete
    6. Sama lah saya dh seminggu tampal sampai skrg masih sakit berdenyut

      Delete
    7. Ya Allah cerita uols sama la dengan saya. Saya dah 2 hari tampal tapi masih sakit, sakit berdenyut denyut gitu. Its normal ke? Saya rasa cam nak pi cabut je gigi ni 😭

      Delete
  2. Saya tengah alami sekarang ni. Lepas makan pain killer dan antibiotics, masi sakit.. So sya akan kumur air garam untuk membantu.. Mmg lega lega.. Bila denyut datang lgi, kumur air garam.. Dan berterusan.. Mmg betul2 membantu air garam tu. Buat pekat skit air garam tu.. Simpan kat botol atau gelas.. Bila sakit, terus kumur air garam.. Time sakit tu datang, nak meletup je rasa kepala ni.. Ni hari ke 2 sya buat tampalan.. 😢😢😢

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)