AKU BEKERJA DI RUMAH, TAPI KERJAKU TAK PERNAH HABIS

Anda Setuju?

Nadim setuju. Harini Zayyad Zikri masih lagi bersama sepupu-sepupunya menikmati hari cuti kemerdekaan dan cuti hujung minggu.

Satu nikmat di era selepas negara kita Malaysia merdeka. Anak-anak kita bebas berjalan ke mana tanpa rasa takut menyelubungi mereka.

Tak sama macam kanak-kanak di waktu penjajahan dahulu. Aha, nadim pon tak pernah rasa. Maklumlah, lahir pada akhir 80-an sudah. Negara kita dah pon merdeka ketika itu.

Bilamana Zayyad takde, agak kurang sedikit kerja nadim. Takdelah rushing here and there. Lebih relax sebab masa untuk tumpukan pada si dia dah teralih untuk siapkan kerja rumah.

Biasalah, Zayyad tu usianya baru 2 tahun 5 bulan. Seorang anak lelaki yang sangat aktif dan bijak haruslah meneroka setiap inci rumahnya dan semestinya mama diheret sama dalam pengembaraannya. Kini adik pulak diheret walaupon si adik Nada Nadeera baru je nak mencecah 4 bulan usia.

Harini Nadim belajar tentang teknik #SAVERS. Satu teknik untuk menciptakan kejayaan dan perlukan bermain dengan minda bawah sedar.

Actually dah lama belajar benda ni masa join kelas Dr Azizan dulu dalam Rahsia Kuasa Minda Jutawan. Tapi biasalah, ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah. Hahaha. Sia-sia je bayar beribu tapi balik kelas tak praktis dengan konsisten. Tulah masalahnya.

Mohon konsisten wahai Nadim!

Esok hari pertama nak buat secara serius. Mohon berjaya..insert dalam minda bawah sedar esok bangun jam 5 pagi untuk memulakan SAVERS ni.

Keep it up!!

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)