LAPAR JE MINUM AIR! IKUTI PENJELASAN DR ZUBAIDI

Lapar lapar lapar. Bila lapar makanlah. Apesal pulak nak minum air?

Ni perincian kenapa kenapa lapar kita mesti minum air yang diperincikan oleh Dr Zubaidi Ahmad

LAPAR ATAU HAUS?

Bila sudah kurang makan refined atau processed carbo, mmg rasa lebih bertenaga. Dapat kekalkan berat badan.

Dulu memang cepat penat. Apa tak nya, 20 kg berlebihan berat badan. Macam pikul 2 kampit beras.  Rasa penat, mengah dan cramp kaki bila panjat tangga, berjalan jauh dan berdiri lama.

(Baru sedar perasaan wanita yg hamil mengalami penambahan berat badan.  Teringat emak yg mengandung saya dalam rahem. Terima kasih emak. Terima kasih my wife 😊)

Saya faham masalah yg selalu dihadapi oleh mereka yg mengalami berat badan berlebihan adalah rasa cepat lapar.

Sebenarnya kadang kala otak kita tersilap membaca mesej yg dikeluarkan oleh tubuh sebagai rasa lapar. Jadi kita mula cari makanan dengan cepat. Capai biskut, roti, cookies dan apa saja.

Pada hal sebenarnya kita haus. Kita perlu minum, bukan makan.

Untuk menghasilkan tenaga dari nutrien yg kita makan, kita perlukan air sbg salah satu bahan utk proses metabolisme menghasilkan tenaga.

Bila tak cukup air, tenaga akan berkurangan. Bila tenaga berkurangan, kita akan rasa lapar.

Fahamkan?  Ok soalan tak de hadiah. Agak-agaknya kita perlu makan atau minum bila kita lapar?

Makan? Hmmm kena menuntut dan berguru lg dgn saya.

Lapar hanya akan berlaku bila kita tidak makan selama 4-6 jam. Masa ini berlakunya penurunan tahap gula tetapi  masih dalam julat yg normal.

Bagi yg tidak berfikir, akan terus cari makanan. Makanan yg banyak dijual pula makan processed atau refined carbo. Itulah yg menyebabkan tahap gula melambung tinggi sebelum insulin dikeluarkan.

Bagi pesakit diabetes pula, makan refined carbo contohnya sekeping biskut pun gula dah melonjak hingga bacaan berbelas-belas. Suntik insulin atau ambil pil baru gula turun semula. Tapi rasa lapar akan datang semula bila bacaan gula menurun. Sbb itu pesakit diabetes rasa cepat lapar.

Apa nak buat?  Ramai yg mencari makan lagi. Baru td makan, nak makan lagi?  Adoi macam yo-yo bacaan gula tu. Macamana nak dapat bacaan yg terkawal? Pening doktor nak adjust ubat.

Jadi bila rasa lapar cuba minum air kosong dulu terutama bila kali terakhir kita makan belum lagi cukup 4 jam.

Kalau masih lapar, mungkin kita mengalami penurunan tahap gula dalam julat yg normal. terutama pesakit diabetes yg ambil ubat.

 Carilah makanan. Cuma elakkan ambil refined carbo yg banyak. Ambil banyak compleks carbo seperti sayur2 dan buah2an.

Contoh buat sandwich dari roti wholemeal, letakkan sayur, telur rebus dan campurkan dgn minyak zaitun. Ini kebih baik jika kita makan cookies, kek atau junk food utk mengelakkan rasa lapar.

Ramai yg tak tahu minyak dan lemak dan fiber (sayur2an dan buah2an)  membuatkan kita rasa lambat lapar. Sementara refined atau processed carbo menyebabkan cepat lapar. Baru dua jam dah lapar semula.

Sarapan pukul 8am, pukul 10am dah lapar. Pukul 1 noon nak lunch, pastu 3pm nak tea break, malam nak dinner dan supper. Bila masa tahap gyla nak turun dan bila masa kita nak bakar lemak.

Minyak zaitun adalah minyak yg terbaik kerana mengandungi byk antioksida polyphenol dan moniunsaturated fatty acid.

Saya suka ambil satu sudu di awal pg dan sebelum tidur. Alhamdulillah memberikan tenaga sepanjang pagi. Boleh saya fokus untuk membaca dan nenghafal.

Pilihan saya tetap OLIVIE.  Kenapa?
Nanti saya cerita lagi..

Dr Zubaidi Hj Ahmad

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)