MAKAN SUPPLEMENT ROSAK HATI: Penjelasan daripada pakar

Benarkah Suplemen Merosakkan Organ HATI...
Merujuk Kajian Sains...

Pemakanan tambahan atau suplemen berdasarkan definasi oleh FDA adalah produk yang dibuat untuk di ambil melalui mulut yang mengandungi zat makanan surih (dietary ingredient, micronutrient) dengan tujuan untuk menambah nilai nutrisi (nutritional value) kepada pemakanan asas. 

‘Zat makanan’ didalam suplemen mungkin satu atau kombinasi lebih daripada satu bahan seperti vitamin, mineral, asid lemak, asid amino, serat, probiotik, anti oksidan, herba atau bahan botanical.  

Suplemen secara umumnya terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :
1. Vitamin – Vitamin C, Vitamin B Kompleks, Vitamin E dll
2. Mineral – Magnesium, Kalsium, Zinc, Selenium dll
3. Anti oksidan – Polifenol, Karotenoids, Curcumin,flavonoids dll
4. Asid amino – Taurine, Arginine, Glutamine dll
5. Asid lemak – Omega 3, Omega 9, Asid Laurik dll
6. Herba – Ginseng, Tongkat Ali, Peria dll

Oleh kerana suplemen mengandungi zat makanan surih ianya di kawalselia oleh pihak berkuasa kesihatan sebagai ‘makanan’ dan ianya tidak dikategorikan sebagai bahan farmaseutikal. Oleh kerana ianya dianggap sebagai ‘makanan’ maka ianya tidak memerlukan preskripsi khusus oleh doktor. 

Baru-baru ini terdapat dakwaan sesetengah pihak bahawa mengambil suplemen secara umum akan merosakkan hati seseorang. Apabila dakwaan ini datang daripada professional perubatan, maka seolah-olah ianya adalah benar dan ada bukti-bukti saintifik berkenaannya. 

Oleh kerana itu kita perlu merujuk kepada jurnal-jurnal perubatan untuk melihat kesahihan dakwaan ini. Kita perlu memperhalusi dakwaan ini dengan melihat apakah agen yang sebenarnya yang merosakkan hati dan di antara agen-agen ini, yang mana satu sebenarnya mempunyai risiko yang tinggi merosakkan hati seseorang. 

Terdapat juga ubat-ubatan yang dijual secara meluas di kedai-kedai runcit seperti ubat paracetamol (acetaminophen) dan ubat tahan sakit aspirin. Kajian ,  juga menunjukkan ubat paracetamol ini juga berpotensi merosakkan organ hati jika diambil dengan cara yang tidak betul dan berpanjangan. 

Tiada yang memantau jika seseorang membeli ubat-ubatan ini secara berlebihan untuk menghilangkan masalah sakit kepala atau sakit-sakit badan. Jika suplemen perlu dipantau kerana merosakkan hati, maka ubat paracetamol juga tidak boleh dijual secara bebas dan meluas di kedai-kedai runcit secara terbuka kerana kajian jelas menunjukkan ia boleh merosakkan hati jauh lebih merbahaya daripada suplemen.

Sebenarnya, terdapat pemerhatian bahawa berlakunya masalah kerosakan hati yang teruk bagi sesetengah orang yang mengambil suplemen dan ubat herba tertentu. Ini menyebabkan adanya usaha di kalangan ahli sains untuk mengkaji samada berapa terukkah kesan suplemen merosakkan hati. 

Beberapa kajian boleh kita rujuk untuk melihat isu ini secara professional dan tidak membuat dakwaan tanpa asas kajian sains  yang kukuh atau sekadar memberikan pendapat berdasarkan ‘anekdot’ pemerhatian jumlah pesakit yang sangat terhad. Kesan kepada dakwaan ini boleh membawa kekeliruan dalam masyarakat dan merosakkan perniagaan orang lain yang berteraskan suplemen disamping  itu mewujudkan keadaan kontroversi yang melampau. 

Isu kesihatan yang lebih utama adalah kekeliruan masyarakat masyarakat tentang konsep pemakanan sihat yang sebenarnya dan isu pemakanan yang betul-betul merosakkan kesihatan masyarakat seperti isu pengambilan GULA yang berlebihan, makanan proses, lemak trans dan sebagainya. Pengambilan GULA berlebihan telah terbukti dari aspek sains merosakkan organ hati kerana menjadi punca hati berlemak

Kajian yang telah dijalankan  di USA untuk mengkaji kesan suplemen kepada kerosakan hati yang dinamakan Drug-Induced Liver Injury Network (DILIN)  yang mengkaji kesan hepatotoksik atau kesan toksik ke atas hati seseorang akibat mengambil ubat, suplemen dan ubat herba. Kajian ini dibuat diantara tahun 2004 hingga 2013 yang mengkaji pesakit yang mendapat kerosakan hati. Keseluruhannya jumlah pesakit yang di kaji adalah seramai 839 orang. Daripada jumlah ini seramai 130 (15.5%) orang akibat mengambil suplemen dan 709 (84.5%) akibat mengambil ubat-ubatan farmaseutikal. 

Daripada 130 orang yang mengambil suplemen, 45 orang adalah yang mengambil suplemen berkaitan dengan sukan bina badan dan 85 orang yang mengambil suplemen bukan daripada sukan bina badan. 

Suplemen yang berkaitan dengan sukan bina badan biasanya adalah berkait dengan penggunaan steroid yang berlebihan disamping itu penggunaan secara tidak terkawal kerana mereka menginginkan otot yang besar. 

Berlaku peningkatan kerosakan hati akibat pengambilan suplemen sejak tahun 2004 hingga 2013 kerana peningkatan jumlah pengguna suplemen samada yang terlibat dalam sukan bina badan ataupun tidak. Kita perlu menganalisa kajian lain untuk melihat sebenarnya, suplemen yang manakah yang sebenarnya menyebabkan kerosakan hati ini.

Tetapi satu fakta yang patut juga kita lihat disini adalah, jumlah pesakit yang mendapat kerosakan hati yang berpunca daripada ubat-ubatan farmaseutikal adalah 84.5% iaitu jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding yang mengambil suplemen. 

Disini ianya juga sesuatu  lebih membimbangkan kerana ubat-ubatan ini adalah ubat yang di preskripsi oleh doktor. Di sini amat penting untuk para doktor mempunyai pengetahuan yang cukup dan memberikan preskripsi ubat yang betul disamping itu melakukan pemantauan yang mencukupi untuk memastikan ubat-ubatan yang diberi tidak merosakkan hati. 

Orang ramai yang mengambil suplemen juga perlu merujuk kepada doktor sebelum mengambil sebarang suplemen terutamanya suplemen dalam bentuk herba dan suplemen yang berkaitan dengan sukan bina badan.

Satu lagi kajian yang dijalankan di USA yang dilaporkan dalam Journal of Gastroenterology pada tahun 2008  yang mengkaji kesan kerosakan hati akibat ubat-ubatan dan suplemen. Daripada kajian ini menunjukkan 73% kerosakan hati adalah berpunca daripada ubat preskripsi oleh doktor, 9% daripada pengambilan suplemen tambahan dan 18% daripada agen-agen yang lain. 

Terdapat lebih daripada 100 agen-agen yang boleh merosakkan hati, diantara yang paling utama menyebabkan kerosakan hati  adalah ubat antibiotik (45.5%), ubat berkaitan sistem saraf (nervous system) 15%. 

Kesimpulan daripada kajian ini menyatakan bahawa kerosakan hati berpunca daripada banyak punca iaitu ubat-ubatan preskripsi, suplemen herba dan suplemen makanan tambahan. Walaubagaimanapun, antibiotik adalah punca yang lebih utama yang boleh merosakkan hati. 

Disamping itu, masalah jangkitan kuman virus HCV perlu diambil kira dalam kes-kes kerosakan hati sebelum membuat andaian bahawa punca kerosakan hati adalah berpunca daripada agen-agen yang tertentu. Kematian dalam tempoh 6 bulan selepas berlaku kerosakan hati adalah 8% dan majoritinya bukanlah berkaitan dengan kerosakan hati.

Kajian lain yang dijalankan di Asia  yang mengkaji kesan kerosakan hati akibat pengambilan ubat-ubatan dan suplemen pada tahun 2006. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan Liver International tahun 2007. Dalam kajian selama 26 bulan ini saintis mengkaji punca kerosakan hati dalam konteks Asia dan mengkaji perbezaannya berbanding di Barat. Seramai 31 orang pesakit yang mengalami masalah kerosakan hati di kaji dalam kajian ini. 

Daripada jumlah ini, 17 orang mengambil herba Cina (55%) dan 5 orang mengambil herba Melayu (16%) . Produk herba ini di kaji dan didapati 29% mempunyai bahan asing (adulterants) yang dicampur. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan, kerosakan hati akibat pengambilan suplemen adalah berpunca daripada campuran bahan asing (adulterants) yang terdapat didalam suplemen yang dikaji. Jika suplemen tersebut tidak mengandungi sebarang bahan asing maka ia adalah selamat dan tidak merosakkan hati

Terdapat beberapa kajian pula menunjukkan suplemen berfungsi sebagai pelindung kepada organ hati dan mengelakkan kerosakan hati. Kajian menunjukkan Vitamin E  berupaya mencegah kerosakkan hati yang disebabkan oleh carbon tetrachloride. 

Disini, sebenarnya jelas menunjukkan sesetengah suplemen amat baik untuk menjaga kesihatan organ hati dan tidak merosakkannya. 

Jika di rujuk ke jurnal-jurnal perubatan, maka kita tidak akan berjumpa dengan kajian yang menunjukkan hati boleh rosak akibat mengambil Vitamin C dan Vitamin B Kompleks. Oleh itu secara umumnya Vitamin yang larut air seperti Vitamin C dan B Kompleks tidak akan merosakkan hati. Pengambilan suplemen mineral dalam dos yang sepatutnya juga tidak merosakkan hati. 

Didalam satu artikel yang ditulis dalam Journal  Gastroenterology & Hepatology Volume 13, Issue 4  April 2017 yang bertajuk Supplements-Induced Liver Injury yang menemuramah pakar hati (Hepatologist ) Prof Dr Victor J Navarro daripada Sidney Kimmel Medical College telah menyatakan bahawa suplemen yang merosakkan hati kebanyakannya adalah suplemen yang digunakan dalam menurunkan berat badan seperti garcinia, morinda citrifolia, chaparral, hydroxycut, ekstrak teh hijau dan juga berkaitan dengan sukan bina badan yang berkaitan dengan  steroids anabolik yang diambil secara berlebihan dan dalam tempoh yang terlalu lama.

Kerosakan hati adalah satu fenomena yang sukar dijangka dan kebiasaannya ia berkaitan dengan dos yang diambil serta pengambilan sesuatu ubat atau produk terlalu lama. 

Berlaku juga keadaan kerosakan hati berlaku akibat faktor genetik yang menyebabkan seseorang lebih mudah rosak fungsi hatinya akibat kekurangan sesetengah enzim yang menguraikan atau me’metabolisma’ bahan atau ubat tersebut. 

Jika seseorang mengambil sesuatu produk atau ubat tertentu secara tiba-tiba mengalami masalah kekuningan kulit atau , rasa letih dan lesu  serta kegatalan kulit yang melampau maka itu adalah tanda-tanda kerosakan hati berlaku.

Hendaklah ia berhenti semua pengambilan tersebut dan merujuk kepada doktor di hospital untuk rawatan lanjut. Bawa semua ubat, suplemen dan herba yang diambil untuk di tunjukkan kepada doktor yang merawat. 

Kebanyakan pesakit yang mengalami kerosakan hati akan pulih dan sangat jarang berlakunya kes kerosakan tersebut membawa maut. Selalunya pesakit perlu di masukkan dalam wad untuk beberapa ketika dengan terpaksa bercuti daripada berkerja. Hati adalah organ yang boleh pulih dengan cepat dan sepenuhnya. 

Secara umumnya kerosakan hati boleh berlaku bukan hanya kerana pengambilan suplemen dan ubat herba tetapi ia juga boleh berlaku disebabkan pengambilan ubat farmaseutikal yang biasa di berikan oleh doktor juga. Oleh kerana itu kita perlu mendapatkan nasihat daripada doktor untuk mengetahui ubat yang mana atau ubat herba yang mana atau suplemen yang mana sebenarnya boleh menyebabkan kerosakan hati. 

Adalah amat penting untuk orang ramai tidak sewenang-wenangnya membeli ubat-ubatan farmaseutikal secara sendiri di farmasi tanpa nasihat daripada doktor jika anda sakit, kerana orang ramai tidak mengetahui secara mendalam apakah ubat-ubat tersebut boleh merosakkan hati.  

Suplemen seperti multivitamin,  vitamin C, vitamin B Kompleks, vitamin E, vitamin D, mineral (kalsium, magnesium, zinc, selenium dsbgnya) dan minyak ikan omega 3  adalah selamat dan tidak akan menyebabkan kerosakan hati jika diamalkan dalam dos yang biasa sebagaimana disarankan walaupun diambil sepanjang hayat. Insyaallah

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS (Man), MSc(UCSI), 
MNM(ACNEM),FAGE (MAHE)

Rujukan :

👉N.P.E Vermuelen, J.G.M Bessem, R.Van De Straat; Molecular Aspects of Paracetamol-Induced Hepatotoxicity and its Mechanism-Based Prevention; Journal of Drugs Metabolism Review, 1992: Vol 24: Issue 3: 

  👉SBK Mahadevan, PJ Mckiernan, P Davies et al; Paracetamol induced hepatotoxicity; BMJ Archives of Disease in Childhood 2006; 91

 ðŸ‘‰ V.J Navarro, H.Barnhart, H.L.Bonkovsky et al ; Liver injury from Herbal and Detary Supplements in the US. Drug Induced Liver Injury Network (DILIN); Hepatology- Journal of American Association for the study of Liver Disease; (HEPATOLOGY 2014;60:1399-1408)

  👉N.Chalasani, R.J Fontana, H.L.Bonkovsky et al; Causes, Clinical Features and Outcomes from a Prospective study of Drug Induced Liver Injury in the United States; Gastroenterology- Vol 135: Issue 6 : Disember 2008: Pg 1924-1934.

  👉CT Wai, BH Tan, CL Chan et al; Drugs-Induced Liver Injury in Asian Centre: a Prospective Study: Journal Liver International 2007, 1478-3223

  👉M Parola, G Leonarduzzi, F Biasi et al; Vitamin E Dietary Supplementation Protect against Carbon Tetra Chloride-induced Chronic Liver Damage and Cirrhosis: Hepatology- American Association for The Study of Liver Disease,1992.

  👉Victor J. Navarro, MD Professor of Medicine Sidney Kimmel Medical College Division of Hepatology Einstein Healthcare Network Philadelphia, Pennsylvania 
246  Gastroenterology & Hepatology  Volume 13, Issue 4  April 2017


Pada nadim sendiri, lepas amalkan supplement shaklee, kesihatan nadim jauh berbeza daripada dulu yang kerap kene selsema. Bayangkan sebulan je 3-4 kali kene selsema. Bahkan setiap minggu pasti selsema. Rimas! 

Tapi, lepas amalkan vitamin C, bcomplex, vitalea, Omega guard, ostematrix, resdung yang kronik tu dah tak muncul. Selsema boleh katakan 3-4 bulan sekali je muncul. Sehari je pulak tu. 

For me, supplement is essential. Dan shaklee pilihan nadim kerana bahannya, kajiannya, dan keberkesanannya. 

Choose your brand! 

Berminat nak mendapatkan supplement shaklee, just inform nadim melalui contact di bawah. Whatsapp lebih senang. 

Rakan Shaklee Anda
Nadimah Muhammad (Nadim)

♥ WhatsApp : 011-10408215
♥ FB Page: gerobok Sihat
♥ FB : Nadimah Muhammad
♥ COD : Jalan Kebun, Kg Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning, Shah Alam, Subang Jaya dan sekitarnya

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)