BAHAYA BARANGAN PLASTIK

Jadi mak yang ada anak kecik, memang kat rumah segala pinggan mangkuk, gelas akan ditukar pada barangan plastik instead of kaca. 

TAKUT PECAH! 

Tapi, bagi Dr Hafiz Sulaiman dalam post terbaru dia menyatakan dengan tegas tentang kepentingan penggunaan bekas selain plastik untuk kegunaan harian. 


Perhatikan label. Buat piluhan bijak

................

Penyakit jantung dan strok
Penyakit metabolik seperti obesiti 
Penyakit alahan seperti ekzema, psoriasis, resdung, asma.
Masalah autoimuniti
Penyakit kanser
Gangguan hormon 
Gangguan sistem pembiakan.
-

Secara langsung atau tidak langsung, toksin persekitaran banyak menyumbang kepada perkara di atas.

Toksin persekitaran yang sering dipandang ringan ialah PLASTIK.

Paling kesian ialah anak-anak kita yang masih lemah sistem detoksifikasi, terutamanya bayi. Ramai dah generasi kita yang "matang" terlebih awal. 

Ramai jugak wanita kita yang "menopause" terlebih awal. Plastik inilah punca gangguan hormon yang dipandang remeh.

Plastik merupakan sejenis pengganggu hormon (Xenoestrogen) yang boleh mencetus penyakit-penyakit zaman moden.

Bagi mereka yang pentingkan kesihatan, ilmu ini mungkin berguna. Bagi penderita sakit yang saya sebutkan di atas, semoga ia menjadi panduan mengurangkan beban toksik badan.

PANDUAN PLASTIK MAKANAN
--------------------------------------------

Pernah terfikir tak apa makna nombor-nombor dalam segitiga di bawah bekas plastik makanan dan minuman tu?

Haa..jangan lupa check SETIAP bekas plastik kita NOMBOR RESIN ini:

Pilih plastik No 1, no 2 dan no 5. No 1 biasanya botol air mineral. Jangan gunakan kembali simpan air lain.

Elakkan plastik no 3,4,6 dan 7....Jangan guna plastik dengan no resin 7 simpan makanan!

Seterusnya, mari kita lihat beberapa tabiat yang sering diamalkan, mungkin perlu diberi lebih perhatian:

TABIAT BIASA PEMBAWA PENYAKIT
--------------------------------------------------

Pada tahun 2011 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengharamkan penggunaan botol susu mengandungi BPA.

Bahan plastik ini bukan main-main ya, ia boleh sebabkan gangguan hormon dan mungkin mencetus alahan.

Elakkan bahan racun toksik ini ke atas keluarga kita terutamanya anak-anak kecil. 


1) Jangan tuang air panas dalam cawan, jug atau bekas air plastik. Tengok sikit dapur kedai makan ada juga amalkan ni.
Masukkan air panas ke dalam bekas seramik atau stainless steel merupakan alternatif lebih baik.

2) Elakkan memanas plastik di dalam microwave.

3) Pilih botol susu lebih selamat dengan label "BPA free".  Walaupun begitu kajian menunjukkan plastik bebas BPA masih bahaya kerana mungkin mengandungi BPS atau pthalates yang juga merupakan pengganggu hormon. Saya kurang gemar teknik matikan kuman dengan rebus dalam air panas. 

Maka anak kami gunakan botol kaca yang insha Allah lebih selamat.

4) Jangan tinggalkan sudu plastik dan ?straw dalam air panas..lebih panas air, lebih cepat keluar toksik plastik ini.

5) Jangan minum air botol plastik yang disimpan di dalam kereta terutamanya yang terdedah cahaya matahari.

6) Jangan guna sudip plastik untuk memasak. Gunakan alternatif lebih selamat seperti sudip keluli atau kayu.

7) Jangan tapis air panas guna penapis plastik. Stainless steel kan ada.

8) Elakkan menyimpan makanan panas dalam bekas plastik. Kalau berniat tapau makanan, kami biasanya order macam biasa.

 Tunggu makanan sejuk sambil kacau-kacau makanan supaya sejuk dulu, baru minta bungkus.

Apa lah sangat 2-3 minit makanan sejuk tu berbanding kena warded...nak tunggu discaj tu satu penyeksaan.True story bro..
.
9) Jangan letak makanan bayi yang masih panas seperti nestum, puree atau oats ke dalam bekas makanan plastik.

10)Ini paling penting kot..JANGAN GUNA PEMANAS AIR PLASTIK! pastikan bahagian dalamnya stainless steel atau kaca.
kalau takde duit beli kaca atau heater stainless steal, pakai je periuk panaskan air atau cerek stainless steel tu.

Beberapa ringgit extra bagi membeli barang bukan plastik itu sangat berbaloi insha Allah
.
Toksah pikir sangat salasilah genetik mana yang mungkin sebabkan kanser... 
atau saka tok nenek mana yang suwei turunkan kanser kat anak beranak..

Tengok sekeliling kita, mana yang kita mampu lakukan. Ambillah langkah perubahan walaupun sedikit..dan berdoalah..

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar...dan sangat memandang berat usaha kita lakukan ke arah kebaikan..

Ingatlah badan kita ini amanah...anak-anak kita juga..Adalah tanggungjawab kita melindungi mereka.

.
Semoga Allah mencegah kita daripada bencana penyakit dan memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kita..

Ameen..Barakallah li walakum.

...... 
So, jomlah cari peralatan stainless steel plak lepas ni. No more plastik. Kaca masih not allowed, memang habis pecah nanti. 

Kalau nak beli botol susu besi, banyak dah sekarang orang jual. Klik je kat facebook botol susu besi😊

Nak supplement untuk minda dan perkembangan anak-anak, meh klik ke whatsapp Nadim. Hihi

Semoga bermanfaat!

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)