KURANGKAN SAKIT SENDI DENGAN OMEGA-3



Sakit sendi sering muncul bila usia meningkat pada 30-an. Bermula dengan fasa mengandung ketika umur ini, hinggalah usia menganjak kepada 40-an, 50-an dan 60-an. Aha, anda yang pernah ambil Panadol Extend untuk kurangkan sakit sendi dan tulang wajib baca ni!

Tahukah anda, pengambilan asid omega-3 sangat membantu mengurangkan masalah sendi? 

Sebelum tu, jom kita lihat apa kebaikan asid lemak omega-3 ini. 

Asid lemak omega-3 mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan dan diperlukan untuk fungsi normal tubuh badan manusia. 

Omega-3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya kepada badan kita. 

Antara manfaat asid lemak omega-3 kepada kesihatan ialah: 

1. Kesihatan jantung

Jantung adalah organ terpenting untuk mengepam darah ke seluruh tubuh badan. Ia memerlukan nutrien tambahan untuk memenuhi keperluan tubuh badan kita. 

Asid lemak omega-3 sangat terkenal untuk mengawal keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. 

EPA dan DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut: 
  • Membantu merendahkan paras trigleserida dalam darah
  • Meningkatkan HDL (lemak baik) dalam darah
  • Mengurangkan risiko pembekuan darah dalam saluran darah dan di bahagian organ-organ badan
  • Meningkatkan aliran darah dengan menormalkan pengembangan dan penyempitan saluran darah
  • Mengekalkan ritma degupan jantung yang sihat dan mengurangkan risiko kematian mengejut
  • Mengawal tekanan darah yang normal
2. Makan omega-3 untuk fungsi otak 

Omega-3 memainkan peranan sangat penting untuk menjadikan otak sebagai pusat kawalan yang beroperasi selama 24 jam setiap hari tanpa henti

Otak kita mempunyai hampir 60% lemak dan padat dengan asid lemak omega-3

Antara fungsi Omega-3 kepada otak adalah:
  • Meningkatkan prestasi mental
  • Mempunyai kesan positid terhadap pemikiran, memori dan tumpuan perhatian
  • Menyokong pembelajaran optimum dan kemampuan membaca
  • Meningkatkan penghantaran signal di antara saraf otak
  • Meningkatkan kesejahteraan emosi 
  • Memperbaiki mood secara positif
  • Merendahkan risiko penurunan kognitif
  • Mengelakkan risiko alzheimer sebelum usia
3. Kekal aktif di usia emas

Sendi adalah sambungan antara 2 tulang yang membolehkan kita bergerak, memusingkan kepala, membengkokkan siku, berjalan dan duduk. 

Tapi, bila usia semakin bertambah, kita akan mula rasa sakit di bahagian sendi ni dan mungkin membuatkan kita tak selesa dalam membuat kerja-kerja harian. 

Berita baik! Omega-3 mampu membantu kita buatkan sendi ni kembali normal tanpa rasa sakit bila bergerak dan bergesel antara satu sama lain

Ramai orang fikir, dengan mengamalkan meminum susu setiap hari mampu atasi masalah sendi dan sakit-sakit ni. Ye, susu salah satu caranya. Tapi jika digabungkan dengan pengambilan asid lemak omega-3, anda pasti lebih teruja dengan hasilnya😊

Antara fungsi omega-3 kepada sendi badan adalah: 
  • Membantu mengurangkan pengeluaran ekosanoid dan cytokine yang menyebabkan rawan antara sendi semakin berkurang
  • Mengurangkan pengeluaran tanda-tanda keradangan seperti memerah, bengkak dan sakit
  •  Omega-3 bergabung bersama rawan untuk membantu mengawal proses ketebalan rawan
  • Bertindak sebagai cecair sinovial yang melindungi dan melincirkan sendi
  • Membolehkan pergerakan sendi yang selesa tanpa geseran kerana omega-3 bertindak sebagai pelincir

4. Membantu kehamilan yang sihat

Asid lemak omega-3 sangat penting masa kehamilan dan penyusuan susu ibu. 

Ketika sebelum kehamilan, omega-3 sangat penting untuk membantu kesuburan suami dan isteri dengan cara menyeimbangkan pengeluaran hormon dan kitaran haid bagi wanita, serta membantu kesihatan dan kepekatan sperma. 

Pengambilan omega-3 semasa hamil membantu ibu dan bayi melalui fasa kehamilan yang sangat baik. 
  • Menurunkan risiko bayi pramatang
  • Mengurangkan risiko pre-eklampsia
  • Mengawal tekanan darah ibu
  • Membekalkan darah secara optimum kepada bayi
  • Mengelakkan kekejangan dan gejala kaki bengkak di trimester akhir kehamilan
  • Mengurangkan masalah hormon dan mood swing di sepanjang fasa kehamilan
  • Menggalakkan pembentukan otak dan mata yang sihat pada bayi
  • Membantu penghasilan otot dan saraf yang sihat pada bayi
  • Mengelakkan risiko mata bayi juling
  • Mengurangkan risiko alahan dan eczema selepas bayi lahir
  • Mengukuhkan koordinasi mata dan tangan bayi
Selepas bayi diahirkan, omega-3 sangat berperanan dalam membantu:
  • Perkembangan otak dan fungsi imun dalam tempoh 5 tahun pertama untuk anak
  • Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas kelahiran
  • Mengurangkan risiko kemurungan postpartum pada ibu
  • Mengelakkan risiko alahan pada makanan dan eczema
  • Menyokong perkembangan penglihatan yang baik
  • Menggalakkan pola tidur yag lebih baik
Apakah makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3?

  • Walnuts
  • Salmon
  • Canola Oil
  • Sardin
  • Chia Seeds
  • Mackerel
  • Flaxseeds
Campurkan makanan yang kaya asid omega-3 ni setiap hari sangat membantu untuk mendapatkan asid lemak omega-3 yang cukup. 

Pengambilan supplement omega-3 juga sangat membantu anda atasi masalah sakit sendi. 

Promosi Omega Guard untuk Januari 2018, dapatkan 3 botol dengan penjimatan 5% dan keahlian. 

Kenapa Omega Guard Shaklee bukan Omega-3 jenama lain? Jom perhatikan carta ini. Yang kita nak, Omega-3 tinggi, DHA tinggi dan EPA tinggi. Ini lebih baik. 

Selain itu, Omega Guard jenama Shaklee juga diiktiraf HALAL oleh JAKIM untuk persijilan halal badan luar negara 


Dan paling penting, kandungan asid lemak omega-3 ni sangat sangat kurang merkuri disebabkan proses penghasilannya memerlukan penyulingan sebanyak 3 kali. 



Testimoni Omega Guard 


Sekiranya, anda berminat untuk mendapatkan Omega Guard Shaklee, boleh terus menghubungi saya di: 

Facebook: Nadimah Muhammad
Instagram: Gerobok_sihatz
Whatsapp/call : 011-10408215
Cod: Jalan kebun, Kota Kemuning, Teluk Panglima Garang, Klang, Shah alam, Petaling Jaya, Subang Jaya

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)