TUKAR NAMA GERAN KERETA OWNER DAH MENINGGAL DUNIA

TAK BOLEH RENEW ROADTAX KERETA ORANG YANG DAH MENINGGAL

Alhamdulillah, semalam sampai rumah kul 12 mlm. Turun dari rumah dari 8.30pagi. Huhh

Alhamdulillah, balik kali ni dengan misi settlekan urusan pertukaran nama kereta arwah abah pada nama adik 40% done!

Adalah movement kan, daripada takde movement apa-apa walaupon dh 3 bulan berlalu. Lagi 3 bulan untuk renew roadtax.

Untuk pengetahuan yg masih belum taw, KERETA ORANG YANG DAH MENINGGAL hanya boleh renew ROADTAX dalam masa 6 BULAN selepas meninggal dunia.

Lepas 6 bulan, kene ke banyak tempat untuk mohon SURAT KEBENARAN RENEW ROADTAX sebabnya roadtax yg lama masih menggunakan insurans penama si MATI. Paling lama boleh mohon surat untuk extend menggunakan nama si mati adalah 12 bulan. Lepas tu??

KERETA TU AKAN JADI BESI BURUK!
Berjalan tanpa ROADTAX. Kene saman, kene sita.

Kat sini nadim tulis sikit catatan apa yang perlu korang buat kalau jadi kes contohnya parents meninggal dunia, dan masih ada kereta yang DAH HABIS BAYAR LOAN BANK. 

Kalau masih ada LOAN BANK, sorry. Kereta ditarik balik oleh pihak bank.

Saya tulis berdasarkan pengalaman ke hulu ke hilir sepanjang minggu lepas sebab setiap tempat dan negeri berbeza cara pengurusan dan dokumen yang diminta.

1. Ke mahkamah SYARIAH DAERAH yang didaftarkan IC SI PEMOHON. 

Contohnya, IC saya beralamat Paloh Rawa, Machang Kelantan.

So, saya perlu ke MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH MACHANG, KELANTAN.
Tempatnya di Kompleks Islam Daerah Machang, Jln Bahagia.

Sila abaikan alamat-alamat lain okayh. Alamat yang ada di internet semuanya belum update. Jenuh den berpusing sana sini dengan si anak kecil merengek, melompat, menjerit dan macam-macam.

Jangan ke mahkamah daerah lain yer. TIDAK DITERIMA.

Anda akan diberikan satu borang permohonan SIJIL FARAID untuk diisi.

Dokumen yang diperlukan (salinan)
1. Dokumen si mati

  • IC si mati
  • Surat beranak si mati
  • Sijil kematian
2. Jika masih ada isteri/suami
  • Surat kahwin
  • IC suami/isteri
  • Jika sudah meninggal, sijil kematian
3. Dokumen anak dan waris
  • Ic semua anak
  • Ic semua yang berhak dapat harta pusaka (mak, ayah, pak sedara, mak sedara, adik beradik)
4. Pengesahan anak mukim, perlu dicopkan oleh Imam tempat alamat IC sahaja. 

Serahkan kembali pada mahkamah. Anda akan dapat tarikh untuk perbicaraan. Sila hadir bersama 2 orang saksi lelaki. 

5. Geran kereta

Ada fees mengikut jumlah kertas lampiran yer. Saya kene RM 70. 

2. Ke Pejabat Amanah Raya berdekatan. Ni tak kisah nak buat negeri anda tinggal, negeri anda dilahirkan atau di mana- mana. 

Anda akan diberikan satu borang amanah raya untuk diisi. Isinya lebih kurang borang daripada mahkamah tadi. 

Cumanya, anda perlu dapatkan pengesahan daripada Pihak SURUHANJAYA SUMPAH berdekatan. Ada fees yang perlu dibayar sedikit. 

Dokumen yang diperlukan masih sama dengan yang mahkamah perlukan. Kecuali pengesahan anak mukim. Jadi, copy banyak-banyak terus. 

Dah siap cop pesuruhjaya, kembalikan borang yang dah lengkap bersama sijil faraid dan dokumen lain kepada pihak amanah raya. 

Proses ambil masa di amanah raya 3-6 bulan mengikut kes berbeza. 

3. Ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan kereta. Ni carta aliran yang nadim dapat daripada mysumber JPJ. 

Tapi nadim belum buat la. Tunggu perbicaraan mahkamah bulan 2 nanti dulu. Tak buat awal, sebab kat kelantan! 

Cuti Chinese New Year baru i buat yer. 



4. Ke JPJ untuk renew roadtax. Pemohon kene hadir sendiri ke JPJ untuk penukaran nama untuk memudahkan kelancaran proses dan pengesahan identiti. 

Jangan lupa bawa surat kematian asal pemilik yer. 

Yangni nadim belum buat jugak lagi. Nanti nadim update entry lepas dah buat yer. 

Ha okeyh la, kita jumpa lagi bila nadim dah selesai urusan tukar nama ni. 

Doakan Nadim dapat tukar dengan mudah yer. Sian si adik pulak kalau tak dapat tukar nama. Nanti jadi besi buruk la kereta arwah abah tu nanti. Huhu. RM 4000 uolss dia bayar, untuk langsaikan hutang arwah yang lama..anggapannya macam dia adalah pembeli baru harta yang ada. 

Note: setiap perjalanan dan dokumen berbeza ikut daerah dan negeri. First of all, sila ke pejabat yang nadim sebutkan tu untuk tanya dokumen yang perlu yer. Ikut step yang nadim tulis dah. InsyaAllah xyah pusing banyak kali. 

Untuk memudahkan urusan, harta yang kita ada ni tulislah wasiat dan pengurusan harta pusaka siap-siap. Letak penama pada harta yang kita ada. InsyaAllah urusan tidak sesusah ni😅😂





Comments

  1. Salam,boleh saya tahu ke mahkamah syariat untuk dapatkan apa ye?saya baru kematian ibu dan tak sempat nk tukar nama kenderaan.boleh saudara email saya di nuriesahfadzilah@gmail.com untuk saya bertanyakan beberapa soalan atau macamana saya boleh contact saudara..terima kasih

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, selepas buat dimahkamah, dah dpt surat perintah faraid, di amanah raya nnti waris kena turun tak? atau pun selepas bayar duit fee tu terus dpt surat pemilik baru?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)