5 CARA KELUARKAN SUSU BADAN YANG SEDIKIT SELEPAS BERSALIN

Susu ibu adalah anugerah semulajadi sejak bayi dilahirkan. Tapi, ada ibu susunya tidak keluar walaupon dah bersalin. Di sini saya kongsikan cara keluarkan susu badan yang sedikit selepas bersalin.



First of all, ibu kene tahu. Setiap ibu dikurniakan susu badan secara semulajadi. Setiap means semua, bukan sebilangan orang je yer. Ada yang dari 5 bulan pregnant, dah pon keluarkan susu kolostrum. Tu sebabnya, jika bayi lahir secara pramatang, ibu tetap boleh menyusukan anak dengan sebaiknya.

Namun begitu, menyusukan anak bukannya mudah macam berikan anak minum susu formula.

Dalam setiap susu ibu, ada kepayahan dan cabaran yang mesti hadir bersama.

Perasan tak, bila lepas baby keluar je daripada rahim ibu tak kira la bersalin normal atau czer, baby mesti akan diletakkan atas badan ibu kan? Macam-macam perasaan ada. Gembira. Of course!

 Yup, ni adalah salah satu cara untuk tenangkan baby dan kenalkan dia pada ibunya. Dan ini juga cara untuk merangsang kalenjar susu ibu dengan penghasilan hormon prolaktin yang lebih banyak dan seterusnya mengeluarkan susu untuk bayi kita

Bagi mereka yang ada masalah susu tak keluar, apa yang perlu dilakukan?

Cara keluarkan susu badan yang sedikit selepas bersalin:

1. Kunci jam, setiap 1 jam untuk bagi alert ibu perlu susukan bayi setiap 1 jam. Walaupon bayi tak menangis minta susu, ibu tetap perlu berikan susu setiap 1 jam.

Ni adalah konsep demand and supply yang perlu ibu latih daripada awal seawal kelahiran yang beberapa jam lagi.

Yup, ianya penat. Sejam sekali, bila ibu nak rehat? Ni lah pengorbanan ibu seawal bayi lahir lagi.

Jangan risau, rahim ibu cepat kecut dan darah nifas berjalan lancar keluar bila kita menyusu lebih kerap. Jadi, ibu insyaAllah akan lebih sihat

2. Bagaimana jika anak terpaksa dimasukkan ke NICU? Ibu perlu keluarkan susu badan secara manual dengan tangan atau menggunakan pam susu setiap 2 jam.

Tapi, jangan risaukan kuantiti yang dihasilkan. Sebabnya, hari-hari pertama kelahiran, susu ibu dalam bentuk KOLOSTRUM PEKAT yang sangat susah untuk dikeluarkan. Bergembira dengan hasil walauppn cuma hanya di dasar botol sahaja. Hanya hisapan bayi sahaja yang paling ideal untuk keluarkan kolostrum ni.

Masa ni, belajarlah untuk menggunakan anugerah Allah yakni kedua tangan kita untuk memerah susu menggunakan tangan. Tangan kita sebenarnya lebih power daripada pam susu jika kene gayanya😊

3. Makan dan minumlah makanan yang sangat sangat berkhasiat lepas anda keluar daripada bilik bersalin.

Kenapa? Ye, tenaga. Tenaga yang cukup akan mengeluarkan susu dengan cukup. Badan yang ada tenaga merangsang kalenjar pituitari untuk rembeskan hormon prolaktin lebih baik daripada badan yang letih.

Kalau badan letih, macam mana nak hasilkan susu?

Makanan berkhasiat untuk ibu menyusu mesti kaya dengan 5 perkara.

  1. Kalsium
  2. Protein
  3. Karbohidrat
  4. Garam mineral
  5. Vitamin
4. Berurut susu dengan bidan yang terlatih, insyaAllah susu akan mula keluar dengan baik. 

Ada yang mula berurut susu di hari kedua bersalin taw. Dan berurut ni takde pantang larang. Bila-bila pon boleh. Bidan akan urut di bahagian payudara, atas pada payudara ke bahagian belakang dan seterusnya ke bahagian tulang yang dipanggil bidan "tulang susu"

5. Pastikan lekapan bayi menghisap dengan betul. Bantu bayi kita menyusu dengan menampung payudara dengan sebelah tangan, masukkan areola ke dalam mulut bayi sepenuhnya. 

Banyak orang fikir, susu keluar melalui puting. Jadi kene masukkan puting je ke dalam mulit bayi. Ini tanggapan salah. 

Kawasan hitam di sekitar puting ni merupakan areola yang ada banyak urat susu. Hisapan bayi pada kawasan areola merangsang susu untuk keluar sebenarnya



Pastikan juga bayi takde masalah "tongue tie" atau lidah pendek disebabkan bahagian bawahnya tergantung pada dasar rahang bawah. Kalau ada, maklumkan pada nurse dan doktor yang melawat anda. InsyaAllah, mereka akan membantu. 

Pada ibu yang teruja untuk berikan susu ibu yang sangat berkhasiat di samping nak cepat baik masa berpantang, ibu-ibu boleh cuba set berpantang Shaklee. Sangat recommended untuk ibu menyusu dan berpantang kerana ianya membekalkan vitamin dan mineral penting untuk ibu kekal sihat serta bertenaga untuk menghasilkan susu yang cukup pada bayi.

Vitamin vitamin Shaklee boleh diambil sejurus selepas kelahiran walaupon baby ada jaundis.

Ramai juga akui, dengan set berpantang shaklee. Bacaan jaundis cepat turun hanya dengan memberikan susu badan pada anak. 




Testimoni Set berpantang Shaklee oleh pengguna:






Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning

Nadimah Muhammad
Call/whatsapp: 011-10408215
Cod: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning



Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)