SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

Susu badan cair adalah sebenarnya berpunca daripada beberapa perkara. Hanya dengan betulkan cara, insyaAllah susu badan akan kembali pekat dan sangat membantu baby kenyang dengan cepat. 


Susu badan yang cair, berwarna putih cair atau sedikit kehijauan ni sebenarnya dinamakan sebagai "foremilk" manakala yang lebih pekat dinamakan sebagai "hindmilk"

Terlebih dulu nadim ceritakan apakah itu foremilk dan hindmilk?

Foremilk ni adalah susu yang ada di paling hadapan kilang susu kita. Bila anak menyusu, atau kita pam susu, foremilk ni dulu yang akan keluar. 

Lazimnya, dalam 3-5 minit pertama penyusuan dan pam, foremilk yang akan kita dapat. Foremilk ni sangat tinggi dengan air, karbohidrat dan beberapa vitamin. 

Selepas 5minit yang pertama, kita akan mula lihat susu badan berubah kepekatan dan warna dia. Semakin pekat, semakin putih dan susah nak "see through". Ha, waktu ni sesungguhnya semua ibu akan rasa sangat gembira. "Anak aku pasti akan cukup kenyang, sebab susu pekat". 

Hindmilk sangat tinggi dengan kalori dan lemak. Mana satu lebih penting, hindmilk sahaja penting atau foremilk sahaja cukup untuk bayi? 

Jawapannya kedua-duanya sangat penting.

Foremilk guna dia untuk hilangkan dahaga pada bayi. Sebab itulah, bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dan bawah 6 bulan, memadai hanya sekadar susu ibu. Tak perlu berikan air masak dah untuk dia. 

Manakala hindmilk, semua ibu tahu bahawasanya ia sangat penting untuk buatkan anak kenyang, dan naik nerat badan dengan baik. Lemak yang terkandung dalam hindmilk juga sangat penting untuk menguatkan tisu-tisu serta otot badan selain daripada penghasilan sel yang sangat tahan lasak. 

Kenapa susu badan cair atau banyak foremilk? 

Antara punca ibu dapati susu foremilk lebih banyak adalah kerana:

1. Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya

Ni lazim berlaku. Samaada pada ibu yang hanya direct breastfeeding atau ibu yang combine direct breastfeeding dan pam.

2. Jarak menyusu dan mengepam terlalu jauh

Jarak penyusuan direct yang melebihi 2 jam, dan senggang masa mengepam melebihi 3 jam, insyaAllah memang akan banyak foremilk dihasilkan. Sebab itu, ibu akan rasa biasa je kalau tak bagi susu direct atau pam walaupon tempoh yang lama. 

Sepatutnya, lebih daripada 2 jam je, memang breast akan jadi sangat berat dan rasa nak melimpah!

3. Membiarkan payudara berat dan penuh dulu baru susukan anak atau pam.

Ni pon banyak berlaku. Alaaaaa, baby dah minum. Biar la dulu. Sampai la breast dah rasa berat, sakit. Baru nak paksa baby minum atau pam. 

4. Ibu kerap menukar payudara ketika menyusu atau mengepam

Kekerapan menukar payudara masa menyusu juga jadi sebabnya. Bayi menyusu 5 minit di kanan, kemudian tukar ke kiri pulak. Belum sempat nak dapat hindmilk lagi dah ditukar. Jadi, hanya foremilk sahaja yang keep on ditambah kedalam payudara. 


Sebenarnya, keempat-empat sebab susu badan cair ni sama je konsepnya. Tak kosongkan breast dalam masa yang optimum dan biarkan breast bengkak dulu. 

Cara mendapatkan susu lebih pekat dan banyak hindmilk: 

1. Susun balik jadual mengepam

Walaupon bayi anda hanya minum direct, lazimnya suri rumah la kan. Buat apa nak bagi susu dalam botol. Lecehhh. 

Tak, pam je. Supaya susu anda lebih pekat! 
Baru baby dapat seimbang air dan kalori. 

Apa ibu yang direct boleh buat adalah, masa anak minum di sebelah payudara, teruskan hingga payudara betul-betul kosong. Sementara tu, di sebelah lagi payudara, kosongkan dia dengan cara menggunakan alatan mengepam. Boleh menggunakan collector, atau pam manual atau pam elektrik. 

Sejak menjadi suri rumah, saya lebih selesa menggunakan collector sahaja. Sparepart yang nak kene basuh tak banyak😅

Tapi masa bekerja dulu, memang saya gunakan pam elektrik sebabnya lebih cepat dan rushing untuk ke tempat kerja dan buat stok fresh. Saya jarang berikan stok frozen untuk bekalan anak di rumah pengasuh. Yang frozen bagi pada anak susuan. 

Jika di tempat kerja, jadual pam perlu disusun. Wajibbbb gap dalam 3-4 jam sahaja.

Bangun pagi subuh, dah bermula jadual pam. Ni jadual saya.

  • 7 pagi
  • 10 pagi (5 minit je)
  • 12 tengahari
  • 3 petang (masuk toilet kejap kalau masa free takde)
  • 5 petang
Pukul 10 pagi dan 3 petang memang masa curi. Curi ke toilet, untuk keluarkan susu dengan tangan je. Kalau banyak masa baru saya ambik botol dan tadah. Pam normally sangat jarang. Curi masa kan, tak baik! Heeee. 

Kalau bagi mereka yang memang boleh pam, pam lah seperti biasa. Tak perlu lama. 5-10 minit dah mencukupi. Kekerapan yang penting, tempoh mengepam tak penting. 

2. Kerap kosongkan payudara bersama bayi. 

Tindakan bayi menghisap sesungguhnya sangat power. Bagi je anak hisap sampai betul-betul kosong. Biarla dia ngempeng lama-lama😊

Kalau dia nak sekejap je, continue selepas menyusu tu dengan keluarkan susu melalui pam. 

Bagi ibu yang mengepam sahaja, gunakan sebaiknya waktu yang tidak ada sekatan masa untuk mengepam hingga betul-betul kosong. Sebaiknya dilakukan 3 kali sehari. 


3. Seimbangkan penyusuan bagi ibu yang susukan baby secara direct sahaja di kedua-dua belah payudara.

Kekerapan memberi sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu juga boleh menyebabkan susu anda lebih banyak foremilk. Terutamanya yang kurang diminum oleh bayi.

4. Pam dulu untuk keluarkan foremilk kemudian baru susukan bayi

Ni untuk mereka yang ada masalah anak tolak sebab banyak sangat foremilk. Ibu boleh pam dulu sekejap, keluarkan foremilk awal-awal tu kemudian susukan bayi. Baru bayi dapat foremilk dan hindmilk sekata.

5. Ambil pemakanan sihat dan amalkan gaya hidup tanpa stress

Pemakanan yang sihat ni lebih pada suku-suku-separuh. Separuh karbohidrat, separuh sayur, separuh lauk. Baru lah cukup portion sihat😊

Stress memang perlu dielakkan. Nanti susu badan akan drop.

Pemakanan sihat juga memerlukan supplement untuk topup keperluan ibu menyusu.



Nadim suggest ambiklah supplement yang lengkap mengandungi protein, kalsium dan vitamin C. Penting untuk ibu elakkan stress, badan sentiasa bertenaga dan sentiasa cergas untuk menghasilkan susu badan yang terbaik.

Tanda-tanda bayi mengalami ketidakseimbangan foremilk-hindmilk:
1.Bayi selalu meragam
2.Bayi kembung
3. Bayi lebih banyak kencing daripada berak
4.Bayi kerap menangis sebab lapar
5.Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya

Semoga bermanfaat.

Jika perlukan supplement untuk ibu menyusu dan nak sentiasa cergas, boleh hubungi saya di bawah.

Facebook: Nadimah Muhammad
Whatsapp: 011-10408215
Cod: Jalan Kebun, Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Shah Alam, Kota Kemuning, Petaling Jaya

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA KELUARKAN SUSU BADAN YANG SEDIKIT SELEPAS BERSALIN

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA

SENARAI PANTANG LARANG G6PD