CARA TAMBAH SUSU BADAN DENGAN CEPAT

Susu badan drop, macam mana cara nak tambah susu badan dengan cepat? 

Esok dah mula kerja, stok susu untuk bayi tiada?

Setiap kali pam, saya hanya dapat 2 oz sahaja. Apakah cara untuk saya tambah susu supaya boleh menyusu sampai anak 2 tahun?


Pertama sekali, TAHNIAH! Anda memilih untuk menyusukan anak anda sendiri dengan susu yang terbaik.

Susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk bayi. Kolostrum yang keluar di awal kelahiran adalah sangat penting untuk imunisasi dan antibodi terbaik melawan kuman dan jangkitan bakteria.





Kolostrum mula keluar seawal 28minggu kehamilan bagi sesetengah ibu. Ada yang hanya keluar apabila bayi dilahirkan. Ada pula bila bayi mula menghisap baru kolostrum dikeluarkan. Ianya berbeza bagi setiap individu. Tapi susu badan tetap ada untuk setiap ibu kepada bayi😊

Secara fitrahnya, bayi akan bergerak mencari payudara ibu dan menyusu dengan lekapan yang sempurna tanpa perlu bantuan. Kerana puting payudara menghasilkan bau yang hampir sama ketika bayi berada di dalam rahim. Dan keadaan ini membuatkan bayi sangat selesa.

Menyusukan bayi dengan susu ibu menjadi kepuasan kepada setiap ibu.


Tapi peredaran zaman dan perubahan masa semakin membuatkan ibu sukar untuk menyusukan anak kerana kesibukan kerja, stress dan faktor pemakanan sekarang.



Ada ibu menyerah kalah pada penyusuan seawal dalam tempoh berpantang. Kononnya susu tidak keluar dan tidak cukup. Susu ibu dihasilkan mengikut keperluan bayi. Mereka menangis mungkin tidak selesa, kurang lekapan menyebabkan kurang susu keluar, atau hanya ingin ibu memeluknya😍😍

Bagi ibu yang mula kekurangan susu, ada beberapa faktor yang perlu dikenal pasti supaya membantu anda untuk menyelesaikan masalah..jangan give up dulu.




KENAPA PERLU SUSAH PAYAH MENYUSUKAN ANAK?

Dah susu tiada, susukan sahaja dengan susu formula. Janjinya, anak masih minum susu dan dia kenyang. Kan mudah?

Semalam saya sempat mendengar tafsir ayat al-Quran dan hadis daripada ustaz yang bersiaran di radio Ikimfm. Maaf, sedikit terlewat untuk mengetahui siapa ustaz tu dan ayat surah mana.

BAYARAN UPAH MENYUSU PADA BEKAS ISTERI


Bagi suami isteri yang sudah bercerai, anak kecil masih perlu disusukan dengan susu ibu. Jika bekas isterinya menyusukan sendiri anaknya dan bekas suami, bekas suami WAJIB memberikan sedikit upah yang dipersetujui bersama kerana menyusukan anaknya.

Jika ibu tidak mahu menyusukan anak tersebut, bekas suami perlu mencari orang lain untuk menyempurnakan hak bayi tadi. Dan upah perlu diberikan kepada orang lain yang menyusukan anaknya.

Dan bagi suami isteri yang masih bersama, saguhati perlu diberikan kepada si isteri kerana menyusukan anak mereka.


Subhanallah, begitu teliti dah sebenarnya Allah dah tulis dalam Al-Quran dan diceritakan lagi dalam hadis Nabi pasal penyusuan susu ibu. 

Semoga ibu, ayah dan bakal ibu ayah take note pasal ni. 

Carilah ilmu di awal2 lagi untuk mengelakkan masalah penyusuan. Jumpa pakar laktasi jika anda pernah mengalami masalah penyusuan dengan anak terdahulu. Bertindak awal, hak anak tanggungjawab bersama dan jadikan ianya sebagai ibadah. 

5 CARA TAMBAH SUSU BADAN DENGAN CEPAT TERBUKTI BERKESAN 100%

1. PAM DENGAN KERAP DAN KONSISTEN

Perkara paling asas DEMAND  DAN SUPPLY. Semakin kerap kita pam dan kosongkan breast, semakin banyak susu akan dihasilkan. 

Paling ideal 2-3jam sekali pam. 

Kalau baby bersama, kerapkan penyusuan sekerap SEJAM SEKALI. Harus diingat, sedutan baby lebih POWER daripada PAM. 

TANDEM pam dan nursing juga boleh dilakukan untuk hasil berganda kerana payudara ketika ini mengalami rangsangan hormon prolaktin pada kedua-dua belah. Anda juga boleh menggunakan milk collector jika leceh untuk menggunakan pam yang ada banyak spare parts untuk dibasuh. 

Jika anda belum pernah membuat power pumping, ini juga masa anda untuk mencubanya. Power pumping bertujuan meningkatkan supply dengan mewujudkan demand extra. 



2. MINUM AIR SEBELUM DAN SELEPAS PAM/ MENYUSU

Komponen utama susu adalah air. Kalau badan kita kurang air, badan bukan setakat jadi lemah dan lesu, kulit kering, bibir menggelupas, tapi susu ibu jugak akan cair dan sedikit. 

Minum air manis hanya membuatkan anda kenyang tetapi badan lebih dehidrasi. 

Cuba gores kuku anda pada kulit tangan. Jika nampak kesan putih garisan kuku tadi, anda perlu tambahkan minum air lebih banyak. 

Minum lah air sekurang-kurangnya 3 liter sehari secara berperingkat2. 

3. JANGAN BERANGAN UNTUK DIET

Makan setiap kali tiba waktu makan. Dan makan nasi 3x sehari sebenarnya tak akan buat anda gemuk jika anda sedang menyusukan anak. 

Ambik nasi cukup 1 genggam, lebihkan sayur dan buah untuk bantu kekal kenyang lebih lama. Pengambilan protein shake semasa waktu lapar juga membantu anda atasi masalah kerap lapar di tempat kerja. 

Skipped nasi hanya akan mengurangkan susu badan anda! 

4. JANGAN STRESS

Cool je mommies.. Bos marah pon rilekss. Husband marah pon rilekss. Baby nangis pon rilekssss. Cakap pada diri, aku kene sabar. Aku tak boleh stress. Aku kan ibu menyusu. 

STRESS hanya akan mengurangkan susu anda!  Hormon oxytoxin dan prolaktin menjunam di saat anda stress. Apabila kita dalam keadaan tenang, anda akan perasan, masa memerah akan lebih singkat untuk mendapatkan hasil yang banyak. 

Mendengar alunan zikir dan ayat al-Quran membantu anda untuk bertenang. Jangan lupa berselawat dan berzikir juga😊

5. AMALKAN SUPPLEMENT UNTUK MEMBERIKAN ANDA TENAGA

Amalan menganbil suplement sebenarnya bukan bertujuan milk booster. Tapi sebenarnya untuk badan kita kekal cergas dan bertenaga walaupon kita penat bekerja dan menyusukan anak. 

Penattt wei bila nak pam susu ni. Tenaga kita keluar melalui masa nak pam ni. Kene duduk tak boleh baring. Susu plak korek tenaga daripada makanan yang dimakan tadi. Dah tu nak pegang anak lagi. Habis kebas tangan kaki. Sakit badan. 

Sebab tu suplement penting. Untuk bantu topup balik nutrisi badan kita yang dah hilang setiap kali menyusu. Bila period datang menjengah, nutrisi lagi banyak hilang. So topup dengan suplement. 

Antara suplement yang perlu anda ambil adalah: 
1. ESP
2. Ostematriks
3. Vitalea
4. Alfalfa complex 
5. Vitamin C
6. Bcomplex

Pilihan boleh dibuat mengikut bajet anda. 

Saya paling suka cadangkan ostematriks, esp, alfalfa dan vitalea untuk ibu-ibu menyusu kerana saya sendiri mengambilnya. Alhamdulillah, setahun penyusuan tanpa sebarang masalah susu drop. Sekali pam dapat sekitar 7-11oz dengan kadar pam sehari 3x sahaja. 

Antara testimoni lain set penyusuan ni, 




Anda urgent nak menambahkan susu badan dan nak susu yang lebih berkhasiat lengkap untuk bayi? 

Anda perlukan suplement untuk bantu atasi kebas, sembelit dan rambut gugur sepanjang penyusuan? 

Hubungi saya untuk dapatkan set penyusuan exclusive anda. 


Hubungi saya:
Fb: Nadimah Muhammad
Instagram: Nadimah_Muhammad
Whatsapp: 0149408215
COD: Meru, Kapar, Klang, Shah Alam

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)