UBAT BERHENTI MEROKOK
Baru-baru ni tular isu artis wanita Malaysia yang merokok dalam siri live di instagramnya. Menjawab isu tersebut, beliau akui susah untuk berhenti namun sedang berusaha untuk mengurangkannya. Persoalannya, ada ke ubat nak berhenti merokok? Sebenarnya, tak perlu pon ubat untuk berhenti merokok. Tengok saja di bulan Ramadhan siang harinya semasa berpuasa, boleh je tak merokok kan? Atas diri kita kuat atau tak kuat untuk melawan nafsu dan ketagihan untuk merokok. Ketagihan tu termasuklah 'withdrawal effect' tidak merokok. Jom nadim kongsikan perkongsian seorang isteri bekas perokok tegar, Puan Puteri Yusof . *************** Semalam masa mengemas almari buku, terjumpa dokumen check up jantung Aznin, dibuat pada tahun 2015, tahun bersejarah apabila Aznin ambil keputusan berhenti merokok. Sebulan selepas berhenti merokok, dia terus buat appointment di IJN untuk thorough check up, dan doktor sahkan dia bebas dari sakit jantung, tetapi masih be...