JANGAN BUAT 5 NI KALAU TAK NAK ANAK BIADAP!

Hai semua. Harini nadim nak kongsikan sikit tips parenting yang nadim baca daripada Dr. Taufik Razif. Kita rasa itu biasa, tapi sebenarnya kitalah punca anak biadap. 

Jom sama-sama kita baca penulisan Dr Taufik ni. 

Jangan Buat 5 Benda Ni Kalau Taknak Anak Jadi Biadap

#1 - Bagi gajet tanpa batasan

▪Saya perasan anak-anak zaman sekarang ni bukan biadap sebab mereka jahat tapi mereka biadap kerana kurang Interpersonal Skills.

▪Tiap hari anak kita duk hadap skrin smartphone dan kawan alam maya sampai skill mereka melayan orang luar jadi tumpul

▪ Tu yang mereka nampak biadap, padahal bukan sebab mereka jahat tapi mereka tak reti nak bergaul ( interpersonal skills lemah )

#2 - Bergaduh depan anak

▪ Bila tengah emosi, kadang kita lupa ada mata yang memerhati

▪ Kita lupa anak kita ni CCTV terhebat dunia. Dia akan rakam semua yang dia lihat dan sampai masanya dia akan praktik apa yang dia lihat

#3 - Komen melampau di media sosial

▪ Kita orang dewasa ni kalau kecam dan maki di Facebook ni, kita takde la pula buat perangai macam tu di dunia luar kan

▪ Kita reti la juga nak bezakan dunia maya dan dunia realiti

▪ Tapi anak anak kecil ni dia perhati je kita. Dia mana tahu nak bezakan realiti ke maya ke fantasi! 

▪ Tu yang dia bawa keluar perangai kasar, suka mengecam dan memaki keluar ke dunia sebenar

#4 - Kita Selalu Abai Anak

▪ Antara penyebab anak jadi biadap ni adalah kerana dia kurang 'emotional connection' dengan kita

▪ Yela, walaupun mungkin kita berada 1 meter je daripada anak kita tapi fikiran kita menerawang beratus ratus kilometer daripada anak kita

▪ Merasa nak rasa didengari, diperhati, disayangi baru lah perlahan lahan sifat empati dalam diri mereka akan berkembang sempurna

▪ Anak yang tinggi sifat empati ni takkan sanggup biadap pada mak ayahnya sendiri

#5 - Marah anak secara melampau

▪ Anak umur 0-1 ni ada fasa krisis psikososial yang dipanggil Trust Vs Mistrust

▪ Masa ni la dia belajar untuk percayakan mak ayahnya. Kalau masa tu pun kita dah 'break trust' diorang dengan marah melampau lampau tanpa kawalan emosi, rosak lah perkembangan anak kita

▪ Akhirnya anak jadi perenggus, suka melenting, sensitif dan keras kepala

Saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye

Moga kita jadi ibu bapa yang sangat prihatin dengan anak-anak supaya mereka tidak nanti menjadi biadap di mata sesiapa😍

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)