KISAH KEJAYAAN SEORANG SURI RUMAH BUAT SHAKLEE

Okey, harini nadim nak ceritakan kisah kejayaan daripada seorang suri rumah

Kisah saya dan Shaklee bermula apabila berpantang anak pertama.

Pada waktu tu, saya beli Set berpantang dengan sepupu iaitu upline saya sekarang. Sebelum saya hamil, saya bekerja di Lembaga Lebuhraya Malaysia dan saya tamatkan kontrak dan kembali tinggal bersama-sama suami.

Selepas itu, saya menjalankan perniagaan menjual handbag, kosmetik secara online sehingalah saya bersalin.

Dalam masa berpantang, waktu itu anak dah berusia sebulan tak silap saya, sepupu saya mengajak untuk menyertai Shaklee. Katanya, bisnes Shaklee ni masyuk sangat. Memandangkan saya tiada pekerjaan dan sudah ada tapak bisnes online, saya bersetuju untuk sign up sebagai ahli Shaklee pada Jun 2013.

Berkobar-kobar semangat saya ketika itu. Saya cari maklumat di laman web rasmi Shaklee, buat poster sendiri dan juga mula mempromosikan Shaklee di Facebook saya. Tak sangka dapat sambutan daripada kawan-kawan dan Vitamin Shaklee yang saya jual ialah Set menyusu sebab saya amalkan sendiri.

Saya ingat lagi, waktu mula-mula nak buat stok Shaklee, saya buat modal dengan duit simpanan yang ada. Habis waktu pantang 44 hari, saya keluar ke kedai upline saya untuk beli stok. Tinggalkan anak dengan emak sekejap bersama susu perahan.

1st time drive selepas 44 hari berpantang sangat kekok & saya hadapi juga. Saya mulakan seorang diri tanpa bantuan suami pada awalnya.

Tidak lama kemudian, upline suruh belajar untuk buat pembelian sendiri dengan Shaklee. Masa tu bagi saya agak sukar kerana terpaksa buat order dengan menelefon Shaklee. Fax memang saya takde, hanya telefon sahaja. Menunggu lama untuk dapat order vitamin kerana talian agak sibuk. Memang agak mencabar dan lagi mencabar bila nak daftarkan keahlian. Kena fax borang keahlian dan kena emailkan ke Shaklee. Inilah sabaran yang paling susah buat saya.

“Shaklee barang Amerika. Yahudi, sokonglah produk muslim kita.Banyak lagi kan.”Inilah cabaran pertama yang saya terima daripada saudara sendiri yang pasti bukan adik beradik & mak ayah saya.
Mereka penyokong setia saya.

Saya butakan mata, pekakkan telinga. Kata-kata negative selalu datang, saya buat tak tahu sahaja.
Masa hari raya, saya diperli bonus Shaklee,bonus Shaklee. Geram bukan?

14 Julai 2013, hari bonus dibayar. Alhamdulillah, saya berjaya mendapat bonus sebanyak RM80. Lepaslah duit keahlian yang saya bayar tempoh hari. Walaupun sikit, tapi sangat bermakna buat saya. Kemudian bonus setiap bulan bertambah, dari 2 angka ke 3 angka sebulan.

Disember 2013, saya Berjaya rank up ke Supervisor. Tak percaya pun ada, saya Berjaya dapat 4 angka sebulan. Sama dengan gaji saya sebelum ini. Waktu nak closing untuk rank up ni, sepatutnya saya join Trip Family ke Cameron Highlands, tapi saya & suami tak pergi sebab anak tak sihat. Tak sangka pula Allah nak bagi hadiah besar buat saya.

Group saya berkembang, sehingga Mac 2014, saya rank up ke Senior Supervisor & seorang anak Shaklee saya, seorang student Berjaya rank up Supervisor. Alhamdulillah syukur sebab dapat bantu student untuk cari side income.

Student dapat income RM 2000+ weh. Bayangkan, best giler bershaklee nih!

7 Jun 2014, Shaklee anugerahkan Bussines Growth Award di Shaklee National Conference. Malangnya saya takdapat hadir atas urusan peribadi.

Bila anak berusia 8 bulan, saya mula join Health & Talk Shaklee yang setiap bulan diadakan di Kuala Terengganu. Saya juga menyertai Bengkel Nutrisi, New Distributor Training & kelas-kelas yang master adakan di sini.

Sangat seronok sebab dapat menimba ilmu nutrisi dan ilmu marketing.

Pernah tak Wan rasa down buat bisnes shaklee?

Cabaran besar bagi saya, ialah saya pernah down dalam bisnes sewaktu saya mengandung anak kedua pada tahun 2015.

Masa tu mood nak bisnes saya kelaut. Sales takde & GUV sikit & bonus tiada. Entah kenapa, saya rasa seperti kehilangan arah tuju. Takde matlamat. Coaching ke mana, anak Shaklee ke mana. Supervisor saya diamkan diri, tak buat Shaklee dah.

Saya dah cuba coaching, tanya dia kenapa & jawapannya fokus study. Yang ni hujung tahun 2014 beliau dah slow dalam Shaklee. Sedih kan.

Macam mana Wan boleh bangkit balik berbisnes Shaklee? 

Selepas melahirkan anak kedua, waktu berpantang saya start semula. Saya cari semula kekuatan saya seperti mana kejayaan saya sebelum itu.

Walaupun pahit, saya cuba maniskan juga. Walaupun ada downline yang tak minat bershaklee, saya redha. Kita tak boleh paksa orang buat sesuatu yang mereka tak suka.Move on.

Saya cari yang lain. Ada downline yang buat comeback, Alhamdulillah . Mereka masih yakin lagi dengan Shaklee & keberkesanannya.

Motivasi saya, senang je, saya cakap pada diri

 “Ini bisnes aku, bukan bisnes upline aku. Aku buat bisnes bukan sebab upline.”

Saya akui, saya banyak berdikari. Kadangkala bila Tanya upline banyak-banyak ada yang terjawab, ada yang tak. Kalau tak dapat jawapan, saya akan cari sendiri sampai jumpa. Jangan marah ye upline.

Keluarga & suami sentiasa menyokong. Suami adalah rujukan saya selain upline tersayang. Suami adalah penasihat saya.

Yang paling terharu, dah 3 kali kami ke Kuala Lumpur untuk conference, beliau sanggup memandu berates kilometer untuk bisnes kami. Saya Berjaya pecahkan tembok alasan taknak, tak boleh menjadi NAK & Boleh buat!.

Upline suruh buat,saya buat. Apa-apa aktiviti yang upline buat saya akan wajibkan diri untuk join. Contohnya, Supermom Shaklee Story.

Setiap musim saya akan join dengan menghantar Shaklee story saya. Walaupun orang dah jemu, saya masih tak jemu. Melalui Supermom Shaklee Story, saya dapat travel ke Indonesia bersama geng Supermom & Founder Supermom, Master Hadhatina & Master Kamarul.

Usaha upline untuk kita juga, untuk lihat kita berjaya. Upline ibarat guru kita, mentor kita. Macam kita belajar kat sekolah dulu-dulu la. Kita tak bole harapkan kepada upline 100%. Bisnes kita, kita usaha kita dapat.

Sekarang dah 5 tahun saya bersama-sama membina kerjaya dengan Shaklee. Walaupun kadangkala rasa susah, saya mudahkan dan saya selalu fikir positif. Saya sukakan persaingan dan kadangkala persaingan buat saya down. Tapi saya cuba yang terbaik untuk Group saya, iaitu RSG. Sepanjang 5 tahun memang banyak pahit manisnya.

Buat kawan-kawan yang masih buat Shaklee, yang masih belum naik rank, yang rasa susah nak berjaya dalam Shaklee, buang rasa tak boleh, buat rasa susah tu. Biar lambat asal berkat. Dalam kelambatan tu, kita akan banyak belajar sebenarnya.

Kesusahan tu buat kita belajar tau. Bagi saya, Shaklee adalah plan bisnes yang terbaik yang pernah saya buat. Kalau kita rasa macam takde sambutan tu, itu bermakna kita tak cukup sharing,orang masih tak kenal kita.

Jika nak orang kenal kita,kenalah jadi HEBAT. Barulah orang KAGUM dengan kita. Buang segala ketakutan dan pecahkan tembok. Jangan rasa segan & malu nak mengaku kita jual Shaklee.

Semoga kita Berjaya sehingga ke Master Coordinator. Sekian Terima Kasih.

••••••••••••••••••

Kuatnya semangat Nab! Sama-sama kita doakan Nab dan RSG terus sukses dan setia bersama kita, juga dimudahkan perjalanan Nab mendaki puncak Master Coordinator!! Ameen!!

Anda seorang yang kental hati? Nak berbisnes mencari income lebih 500-2000 sebulan?

Jom join kami!

Hubungi nadim untuk maklumat dan sebarang pertanyaan

Rakan Shaklee Anda
Nadimah Muhammad (Nadim)

♥ WhatsApp : 011-10408215
♥ FB Page: gerobok Sihat
♥ FB : Nadimah Muhammad
♥ COD : Jalan Kebun, Kg Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning, Shah Alam, Subang Jaya dan sekitarnya



Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)