KAUNSELOR LAKTASI BERI TIPS BINA BONDING DENGAN ANAK, SUSU FORMULA BUKAN PILIHAN

Menyusukan anak ramai beranggapan mudah. Tak cukup susu, takpe susu formula ada banyak di pasaran. Apa yang perlu buat hanya cari brand apa yang sesuai untuk baby sahaja. 

Betulkan itu yang ibu-ibu fikirkan? 

Sebenarnya, menyusukan anak dengan susu ibu bukan hanya sekadar untuk mengenyangkan perut bayi sahaja. Tapi, bina BONDING ibu dan anak. 

Jangan jadikan alasan tak cukup masa untuk pam, tak cukup susu hingga menyekat rezeki anak. Rugi sangat! 

Terkesan dengan posting facebook seorang kawan, nadim mencari solusi untuk membantu EPMOM ni. EPMOM atau singkatan kepada Exclusive Pumping mothers. Nadim terjumpa artikel dan posting kaunselor laktasi Nad Masrom yang boleh dijadikan inspirasi kepada ibu-ibu menyusu yang lain. 


Fitrah, terpaksa atau tanggungjawab?

Alhamdulillah. Pengalaman menyusukan Nur Khadijah selama 2 tahun tak pernah dilupakan. Banyak juga liku yang saya lalui sebenarnya.

Pernah lalui fasa stok susu 500oz cair gara-gara tertutup suis deep freezer, fasa mengais, fasa pam hari ni untuk esok, fasa susu sikit, fasa menangis dan macam-macam lagi.

Tapi alhamdulillah dalam banyak cabaran itu, penyusuan susu ibu itu berlangsung juga selama 2 tahun sepenuhnya.

Perjalanan penyusuan diteruskan pula untuk Nur Fatimah. Rutin mengepam bermula semula. Stok frozen ebm taklah banyak seperti Nur Khadijah dulu.

Tapi alhamdulillah hasil masih cukup. Dan belum pernah guna lagi stok frozen setakat ni. Cuma saya dah pernah sedekahkan stok frozen ini kepada seorang anak susuan ketika ibunya sangat memerlukan.

Ajaibnya, bila didermakan susu itu, stok tidak pernah susut dan sentiasa bertambah, walaupun mungkin tak sampai tahap penuh peti.

Kali ni, masa sangat 'mahal' nilainya dan saya juga semakin sibuk. Tak se'free' dahulu. Saya hanya rutinkan diri mengepam 3 kali sahaja sewaktu bekerja.

Perlu bahagikan masa sebaiknya untuk bekerja, handle sesi kaunseling, dan urusan lain-lain yang melibatkan penyusuan. 

Selepas tu kena bahagikan masa untuk saya spend quality time dengan anak-anak pula.

Percayalah, setiap hari saya rasa rindu nak peluk mereka lama-lama apatah lagi bila saya perlu bekerja.

Saya tak boleh nak mengeluh untuk mengepam kerana ini adalah amanah dan tanggungjawab yang saya perlu laksanakan untuk anak-anak saya.

Balik sahaja ke rumah, saya akan ambil masa berehat sambil menyusukan kedua-duanya. Saya peluk dan cium anak-anak sepuasnya waktu menyusukan mereka.

Saya tahu mereka sangat rindukan saya. Jadi saya akan guna peluang itu untuk bina 'bonding' bersama mereka.

Menyusu secara direct itulah peluang saya  untuk 'bina' hubungan yang lebih dalam dengan anak-anak saya. Waima di rumah atau di luar, bila bersama mereka, saya akan menyusu secara terus dan bukan melalui botol.

Saya perlu bersyukur dan tidak boleh mengeluh setiap kali anak nak menyusu sebab ada ibu-ibu yang tak berpeluang untuk menyusukan anak secara direct dan ada pula yang terpaksa mengepam setiap masa walaupun bersama anak di depan mata.

Penyusuan susu ibu adalah suatu fitrah? 

Ya betul. Ia fitrah untuk menzahirkan keperluan nutrisi terbaik dari seorang ibu kepada anaknya. Fitrah untuk melahirkan rasa cinta seorang ibu buat anaknya dan fitrah dari seorang manusia kepada manusia.

Tapi kenapa tak ramai yang mampu melakukannya?

Kerana penyusuan itu dilakukan dalam keadaan kurangnya ilmu dan kemungkinan ibu-ibu ini tidak berpeluang untuk menuntut ilmu disebabkan oleh kurangnya supportive system di sekeliling mereka.

Saya sendiri pernah melaluinya ketika anak pertama saya, Najla Batrisya. Kedangkalan ilmu waktu itu sangat menyedihkan dan menyebabkan saya gagal dalam penyusuan susu ibu hingga kehilangannya.

Apakah ia sesuatu yang terpaksa dilakukan?

Jawapannya YA dan TIDAK.

YA ibu-ibu akan merasa terpaksa bila tidak jelas dengan matlamat penyusuan atau kerana anak tidak boleh menerima susu lain selain susu ibu.

TIDAK bila ibu-ibu melakukannya dengan persediaan dan mental serta jiwa yang 'rapi' untuk menjayakannya sehingga 2 tahun dengan matlamat yang jelas.

"Breastfeeding is not a choice but a responsibility" - satu pepatah bahasa inggeris yang sering diungkapkan.

Bukanlah bermakna ibu-ibu yang memberi susu formula itu melepaskan tanggungjawab mereka. Saya yakin setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka.

Cuma jika difahami maksud ayat ini dengan hati dan fikiran yang terbuka ialah tentang bagaimana kita mengutamakan hak anak dalam mendapatkan susu ibu itu sendiri. Jika tidak mampu, usahakan dalam mencari ibu susuan.

Jika ada peluang untuk mencari ilmu, carilah dari sekarang. Biarlah pernah gagal sebelum ini tapi kita bersedia untuk masa-masa akan datang. 

"Better late than never" yang telah menemukan saya dengan ramai ibu-ibu yang ingin belajar tentang penyusuan susu ibu dikala usia sudah menginjak 40an dan anak dah pun 4 atau 5 orang.

Kerana mereka pernah sesal sekali dan tidak mahu melalui penyesalan lagi.

Nad Masrom


Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)