CIKGU TAK BOLEH BISNES, BACA KISAH KEJAYAAN CIKGU ASYEEQ

TAK PERLU MODAL, TAK PERLU SIMPAN STOK, CIKGU JANA INCOME EXTRA TANPA GANGGU KERJA 


Business Shaklee ni senang diuruskan. Modal dah la RM65 or even FREE! Nak uruskan pun mudah.. tak perlu simpan stok, dan urusan penghantaran pun company uruskan.. unless COD. Itupun kita boleh pass pada downlines.

Sebab tu ramai yang bekerja boleh buat biz ni tanpa ganggu tanggungjawab hakiki.. macam R.V. Adyani Ab Rahman dan Cikgu Asheeqmazmi Mahfoz. Jom baca! 

Betul kata pepatah Melayu. Mulut tempayan boleh ditutup. Mulut manusia yang susah nak ditutup.

Bila anak sulung dah berusia 3 tahun dan belum ada tanda-tanda mendapat adik, maka mulalah pertanyaan demi pertanyaan dilontarkan kepada saya. Setelah penat menangkis segala pertanyaan, saya mula menghubungi upline saya aka geng susu ibu saya di Johor. 

Januari 2013 saya mula mengambil set kesuburan dan masalah wanita. Walaupun dah beli supplement, tapi makan tak konsisten. Sayang.

Tapi yang paling saya ingat ialah ESP yang pada mulanya tak sedap bagi tekak saya ni. Kulit saya mula rasa perubahan bila saya paksa diri konsisten minum ESP. Bila dah rasa best, mulalah saya berkongsi rasa best dengan kawan-kawan.

Ketika itu saya ada bisnes lain yang saya buat selain daripada kerjaya hakiki saya sebagai guru. Bukannya bisnes saya itu tidak banyak jualan. Tetapi sistem perniagaannya yang membuatkan saya tidak dapat bertahan. Lain sangat daripada Shaklee.

Dengan Shaklee, saya tak perlukan modal. 
Dengan Shaklee, saya tak perlu menyimpan stok yang banyak. 
Dengan Shaklee saya tak dipaksa untuk membuat pembelian wajib setiap bulan walau tiada pelanggan.
Dengan Shaklee, saya bebas menentukan apa yang perlu saya buat & berapa pendapatan yang saya ingin perolehi.

Seingat saya, income pertama saya hanyalah bernilai 2 angka. Ketika itu saya masih menjalankan perlbagai perniagaan sampingan lain selain Shaklee. Jadi saya tak kesah sangat dengan bonus Shaklee.

Pada mulanya, saya membeli Shaklee beramai-ramai dengan kawan-kawan atas alasan nak jimat duit pos. Siap jual harga ahli lagi masa tu. Maaf sangat. Memang saya telah melanggar P&R syarikat. Ketika itu sayabelum terbuka hati nak serious dengan Shaklee. Beli untuk kegunaan sendiri & kawan-kawan. Jadi memang belum faham seluk beluk bisnes ini.

Suatu hari, tiba-tiba saya mendapat satu parcel daripada upline saya yang berisi telekung. Pada mulanya saya sangkakan itu adalah hadiah hari lahir saya. Tapi rupanya itu adalah hadiah sempena uv bulanan saya yang mencapai target. Masa tu sebenarnya saya masih belum arif lagi tentang flow bisnes ni. Alhamdulillah dengan hadiah tu, saya baru buka mata. Ketika itu saya sedar yang saya boleh pergi jauh dengan Shaklee. Tanpa menoleh ke belakang, saya terus himpit upline saya rapat-rapat untuk korek ilmu Shaklee. 

Tapi biasalah manusia, tak boleh tengok orang lain senang. Tahun 2015, saya baru nak mula berjinak secara serious dalam bisnes Shaklee. Saya terpalit dengan tragedi surat layang di tempat kerja yang mengadu tentang kerjaya kedua saya sebagai Pengedar Shaklee. Dalam surat layang itu ada 3 nama guru yang disebut. Saya salah seorang darinya & sayalah satu-satunya Pengedar Shaklee berbanding 2 lagi nama yang menjalankan bisnes MLM lain.

Walaupun nama saya hanya ditulis sebagai contoh guru yang menjalankan MLM, namun saya tetap dipanggil mengadap pentadbir untuk memberi penjelasan. Ketika itu bonus saya baru dalam tiga-empat ratus sahaja. Saya memang terkesan sangat dengan peristiwa itu kerana setahu saya, saya tak pernah mengabaikan tanggungjawab saya sebagai guru. Saya tak pernah menjawab panggilan & text daripada customer semasa pdpc dijalankan. Saya tak pernah mengiklankan Shaklee kepada anak murid saya. Saya tak pernah tidak menghantar kerja yang dituntut oleh pentadbir. Saya tak pernah membezakan slip gaji saya dengan slip bonus Shaklee di media sosial(ini memang kesalahan besar pegawai kerajaan jika dilakukan)

Selepas insiden itu, saya memang down. Namun saya ada suami yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dari belakang tanpa jemu. Terima kasih kanda. Kepada mami Salwa, saya mengadu & melepaskan apa yang dirasa tentang peristiwa itu. Terima kasih Salwa atas nasihat & sokongan kepada akak selama ini.

Tapi, saya terus cabar diri saya. Kalau orang dah nampak saya berjaya walau mereka tak tahu yang bonus saya baru 3 angka, apa salahnya saya buktikan kepada yang bercerita tu yang saya tak kesah dengan apa yang mereka adukan. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dapat bonus biarlah sampai 5, 6 angka kan. Saya terus cabar diri saya untuk lakukan yang lebih baik selepas itu.

Saya bernasib baik sebab ada suami yang sentiasa menyokong apa yang saya buat. Seingat saya, kelas pertama tentang Shaklee yang kami hadiri ialah kelas bersama Master Norita & Master Naquib di Melaka. Walaupun suami tidak berapa tahu sangat tentang Shaklee, Alhamdulillah dia bekerjasama dengan baik sepanjang kelas itu. Terima kasih kepada mami Salwa kerana membuka peluang kepada saya untuk menghadiri kelas “Business On The Go” itu.

Selepas kelas itu, mata saya lagi terbuka luas. Ada banyak lagi anak tangga yang perlu kami lepasi. Satu persatu kelas & bengkel tentang Shaklee yang kami cuba sertai. Seronok sebab kami dapat tambah rakan kenalan lain dalam family Shaklee yang besar ni. Antara sidelines, downlines, uplines, memang tiada istilah nak berjaya sendiri-sendiri. Semuanya sederap berkongsi ilmu untuk bersama-sama membina empayar. Terima kasih semua.

Memang tak dinafikan, tugas sebagai guru di zaman generasi-Y ini tidak mudah. Saya bangun seawal 4.30 pagi untuk solat sunat dan memasak bekalan kami anak-beranak. Saya mula keluar rumah seawal 6.45 pagi setiap hari. Menghantar pakaian dan bekal anak di rumah pengasuh, kemudian mengahntar anak ke sekolah dan terus ke sekolah sendiri. Rezeki saya baik. Rumah saya, rumah pengasuh, sekolah anak dan sekolah saya sendiri adalah dalam taman perumahan yang sama. Sekolah kami dua beranak hanya bersebelahan sahaja. Untungkan kami. Syukur pada Allah yang mengaturkan semuanya.

Saya menghabiskan masa paling minima 8 jam di sekolah. Pernah juga hingga 10 jam disekolah. Bila tiba di rumah, saya sudah mula penat & mengantuk. Bila masa nak update blog, nak rancang isi kandungan instagram & facebook, nak wasap customer, nak order barang, nak cod. Hmmmm dengar je dah penat kan. Belum lagi kerja di rumah. Mujur ada supplement Shaklee. Saya jadi lebih sihat, bertenaga dan cantik dengan Shaklee. (cantik ke? Hahahaha)

Alhamdulillah, dengan bantuan suami & anak, saya dapat menjalankan tugas saya sebagai isteri, ibu & guru dengan baik. Penting untuk kita yang dah berumah tangga ini untuk mendapat restu suami dalam kita menjalankan bisnes ini. Dengan restunya, InsyaAllah bisnes kita akan lagi berkembang maju. Alhamdulillah pada Ogos 2016 kami telah berjaya menjadi Supervisor. Satu kejayaan buat kami suami isteri. Bersyukur sangat dapat pin Supervisor itu.

Oleh kerana kami dah berjaya rank up, kami dapat menyertai Supermom Team Building 2017. Ketika program itu, saya banyak mendengar pelbagai success story sidelines yang pelbagai jalan ceritanya. Semuanya membuatkan saya selalu berfikir. Kalau mereka boleh lakukannya, kenapa tidak saya? Man Jadda Wa Jada. Yang penting niat & usaha. Kemudian barulah bertawakal kepada Allah. InsyaAllah satu hari nanti kami dapat membina empayar Infinite Family menjadi salah satu empayar yang hebat. Doakan kami ya.

Kepada yang baru nak berjinak dengan bisnes Shaklee, saya nak berpesan. Umpamakan diri kita seperti pelajar sekolah. Kena sentiasa ikut, dengar kata guru (upline) kita untuk kita berjaya. Kalau tak faham, sentiasa jangan malu bertanya. Mana tahu kalau-kalau apa yang kita faham tak sama dengan apa yang sebenarnya kita perlu faham. Jangan malas. Jangan bodoh sombong. Jangan cepat sentap kalau guru menegur. Tegur seorang guru itu tandanya sayang. Lagi kuat kita usaha, lagi manislah kejayaan kita nanti.

Supermom Success Story
Noor Asheeqmazmi Binti Mohd Mahfoz (913863)

********

Amacam? TERUJA? TERBAKAR? Yang buat fulltime atau yang kerja tak berapa nak busy patut rasa segan sebab cikgu yang busy pun boleh komit..

Sama-sama kita doakan cikgu Asheeq terus cemerlang dalam Shaklee dan terus menjadi inspirasi semua. Ameen!
(Yg bertudubg hitam)

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)