KISAH KEJAYAAN BISNES SHAKLEE, TIADA SOKONGAN SUAMI BUKAN ALASAN UNTUK GAGAL BISNES

Setiap orang yang berjaya dalam shaklee ni bermula kesemuanya daripada bawah. Dan mesti ada cerita mereka sendiri. 

Harini ambik mood baca kisah jelitawan #GMF anak didik kak NoorAzmiah Mohamad ni.. tak lain tak bukan Kaknis/Keknis Aynies Anies kita...! 

Ni pun sama..setahun makan vitamin Shaklee tapi takde sape offer jadi member.. sampailah jumpa mami Mia dia. Hebat anis ni.. dalam masa tak sampai setahun rank up Coordinator dan complete Car Bonus! 

........................
Assalamualaikum.

Saya hanisa binti abu talib, berumur 34tahun, mommy kepada 4orang cahaya mata, lebih dikenali dengan panggilan kaknis jer, dan tahun ini adalah tahun ke 5 kaknis menceburkan diri dalam bisnes shaklee, dan akan setia selama mana shaklee ini wujud. Insha allah😘

Perkenalan dengan shaklee bermula semasa kaknis berpantang anak ke 3, asbab mencari set penyusuan shaklee, dan sangat berpuashati keberhasilannya. 

selepas hampir setahun menggunakannya, baru lar diperkenankan untuk mendaftar ahli. Selepas jumpa mami mia 

awalnya langsung tak tahu yang shaklee ni boleh daftar ahli bagai, dah beli dengan beberapa SID sebelum nie, langsung tak pernah offer untuk jadi ahli.

Selepas Upline cadangkan untuk daftar ahli, terus ON, dan masa tue daftar ahli sekadar mahukan harga ahli semata, nak lebih berjimat, sebab dah jatuh cinta dengan produk shaklee.

Belian pertama semasa mendaftar ahli tersebut melayakkan kaknis dapat FREE MEMBERSHIP, kerana belian stock vitamin sendiri melebihi 200uv, dan terus save rm65 (jimat lagi) hihi

Walau asalnya langsung tiada niat nak bisnes, tak sangka ini adalah aturan allah untuk menjadikan bisnes shaklee ini sebagai kerjaya.

October daftar ahli shaklee, december kaknis cuba-cuba berbisnes, takde target, just redah dan buat sahaja.

Sebelum tue cerita kat husband, nak cuba buat bisnes shaklee, sebab tak perlu keluar modal besar pon, tak perlu loan bank, masa tue nak tau tak apa respon dia? 

Dia gelakkan kaknis, yelar, sepanjang hidup tak pernah berbisnes, tup tup nak berniaga online pulak dah. 😂

Dia memang tak yakin yang kaknis mampu buat, tapi selamatlar dia izinkan kaknis buat, dan dia kata tengok jelar berapa lama bertahan.

Walaupun tak dapat sokongan terus nekad nak Cuba buat, bulan pertama kaknis cuba buat bisnes shaklee, kaknis terus dapat capai rank pertama dalam shaklee iaitu supervisor, dan masa tu terbuntang mata tengok amount bonus tue 😂

Almaklumlar, buat main redah jer, bonus berapa, uv berapa masih belum faham, yang kaknis tau kejar untung runcit setiap hari, dan sebenarnya untung runcit pon dah banyak dah, dapat pulak bonus time tue dalam rm2+++ , mau tak terkedu kan?😄

Dan 2 bulan selepas tu kaknis naik ke rank senior supervisor, dan bonus juga semakin meningkat, dan dalam 2 3 bulan selepas tue kaknis naik ke rank Coordinator, dan berjaya dapatkan Car Bonus dalam masa setahun bershaklee.

Wow! Hebat sangat kak anis nih!

Apa benda paling indah Kak Anis dapat masa bershaklee?

Benda paling indah dan paling puas bila dapat kejar target car bonus!  Buat 10k guv setiap bulan dalam masa 3 bulan.

Dan kekal dapat car bonus setiap bulan sampai kehari ini.

Bagi yang tak tahu, car bonus shaklee adalah dalam bentuk wang ringgit yang mana dia akan masuk ke dalam akaun bank kita. Tak kisahla anda nak guna duit tu untuk bayar kereta impian anda atau nak guna duit tu beli rumah atau apa sahaja😊. Untung kan setiap bulan dapat extra RM 500 tu hanya daripada car bonus tak termasuk cash bonus dan untung runcit!

Kak nis layak dapat apa lagi dengan shaklee ni?

Dalam 5 tahun bershaklee nie juga setiap tahun kaknis layak terima award dalam shaklee. kaknis berjaya dapatkan trip shaklee setiap tahun secara percuma, KL, langkawi, libra cruise dan bangkok (insha allah hujung tahun ini).

Walau belum capai target untuk ke trip international, kaknis masih berjuang sehabis baik untuk rebut peluang yang shaklee berikan.

Apa nasihat kak anis untuk orang di luar sana yang nak berbisnes? 

Kalau ada surirumah, atau ibu bekerja yang mahukan extra duit untuk gemokkan simpanan, nak tunaikan impian, pilihlar shaklee sebagai bisnes, sebabnya shaklee bole bagi kita bonus tanpa limit, atas usaha kita. 

Kaknis masih mendaki tangga kejayaan,  perjalanan juga masih jauh,  jom semua SID Yang masih belum supervisor sekalipun, jangan pernah mengalah! 

Kena kuatkan diri, Tanya pada, diri,  kenapa orang lain boleh, kita mesti boleh jugak!

Macam kaknis, kalau dah mula rasa down, cepat² cari upline, sideline.. berbincang, mengadu dan meluah rasa. 

Jangan kita down kita p jumpa orang Yang suka lihat kita jatuh,  makin kegaung lar bisnes kita nanti. 😄

Kaknis doakan semua dibawah susur galur Supermom akan menjadi master shaklee suatu hari nanti.  Amin.. Insha allah

******************
Amin aminnn..Terima kasih kak Anis atas perkongsian ni. Perkongsian yang sangat bermakna..

Beliau cantik, dan amalkan vitamin serta youth skincare dengan konsisten. Dialah duta produk yang dijual. Kan mudah begitu, tak perlu bikin produk sendiri, tak perlu cari dan bayar duta lain untuk promot produk, sistem bisnes dah ada, modal hanya untuk join ahli. 

So, apa lagi yang anda tunggu?

Jom bersama kami dalam legasi Supermom untuk berjaya dengan Shaklee. Kita berkongsi kebaikan produk shaklee untuk bantu lebih ramai lagi orang Malaysia kembali sihat dan ceria setiap hari. 

Pendaftaran ahli untuk projek buat duit September 2018 sudah bermula. 

Terus hubungi nadim yer. 
Rakan Shaklee Anda
Nadimah Muhammad (Nadim)

♥ WhatsApp : 011-10408215
♥ FB Page: gerobok Sihat
♥ FB : Nadimah Muhammad
♥ COD : Jalan Kebun, Kg Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning, Shah Alam, Subang Jaya dan sekitarnya

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)