Posts

Showing posts from February, 2016

Cara tambahkan susu badan supaya anak tidak minum susu formula

Image
Untuk menjayakan perjalanan penyusuan si manja anda sehingga dua tahun atau sekurang-kurangnya 6 bln, banyak faktor yang mesti diambil perhatian. Ramai ibu sentiasa cepat mengalah untuk menyusukan anak hatta hingga 6 bulan sekalipon bila susu mula berkurang atau anak menangis-nangis tidak cukup susu. Tahukan anda bahawa..tiada isitilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita yang kurang tentang ilmu penyusuan. Menyusu bayi Nampak mudah. Nampak je ibu-ibu susukan anak, senangnyaaaaa. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Janan peduli dengan acik yang suka mengata yer. Lengkapkan ilmu tentang penyusuan. Disini saya kongsikan tips bagaimana cara untuk menambah susu badan. Pemakanan penggalak susu (milk booster) Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster. Antaranya ialah: Lobak putih A - Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga d