Posts

Showing posts from November, 2017

BERPANTANG? HANYA AMALAN ORANG KAYA

Image
BERPANTANG AMALAN TRADISI YANG TAK PERLU?

Pada nadim, ye mungkin kalau kekurangan bajet, and anak ramai takdenya lah nak pantang sampai tak perlu masak, tak perlu buat apa2 masa waktu pantang. Mungkin masa seminggu pertama ye lah kot. Husband take incaj.

Tapi lama2, memang wife akan buat kerja gak. Takkan mungkin dia berehat lama-lama. Semak mata tengok rumah bersepah, anak nak tu nak ni, and hudband pon takkan la nak cuti 40 hari. Hihi  Tu bab buat kerja.

Tapi bab makan, sesungguhnya NO COMPROMISE.

Anak ramai ke anak sikit ke, PANTANG MAKAN ADALAH WAJIB. SUPAYA BADAN BLEY GUNA LAMA. Lagi satu bengkung.

Meh kita tengok pengalaman orang:

situasi 1:
Aku dulu pun makan senyap-senyap bubur pulut hitam dalam peti sejuk sesudu dua,lepas tu ya Rabbi bisa satu badan..sampai anak dh besar pun badan masih lagi rasa sakit

Situasi 2:
Saya pernah curi-curi minum air sejuk dalam peti. Panas sangat, tak tahan dahaga. Malam terus menggigil demam. Kejung satu badan. Sampai sekarang anak dah besar, bil…

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS RUMAH DILANDA BANJIR

Image
Alhamdulillah, banjir di Penang dah semakin pulih. Ramai dah yang boleh kembali ke rumah masing-masing. 
Banjir di Pantai Timur pula menyusul. Berjaga-jaga yer semua.

Ada beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil oleh semua mangsa banjir untuk memastikan keselematan ahli keluarga apabila kembali ke rumah. 
BAHAYA HAIWAN BERBISA DAN ELEKTRIK
Pantau semua tempat termasuk tempat yang haiwan berbisa boleh bersembunyi. Kala jengking, ular dan lipan boleh membahayakan penghuni rumah yer.

Pastikan semua suis peralatan elektrik telah ditutup. Biarkan air kering sepenuhnya menggunakan hair dryer atau dijemur di bawah matahari. Jika ada lumpur, sembur dengan air bertekanan tinggi, berus menggunakan berus cat jika perlu. Peralatan elektrik boleh digunakan semula kalau air betul2 dah kering

AWAS! RISIKO JANGKITAN KUMAN

Air banjir mengandungi pelbagai jenis kuman dan bakteria. Elakkan meminum air yang tidak di masak sempurna untuk mengelakkan cirit birit dan pelbagai penyakit lain termasuk ke…

DIET GULA UNTUK IBU MENYUSU YANG SENTIASA LAPAR

Image
Jadi ibu menyusu, setiap masa lapar. Kan? Pagi dah makan nasi, lepastu nak lagi makan biskut. Pastu makan buah plak. Jajan plak. Macam2 selera! Monster betul la ibu menyusu ni.
Yelah, yang kita makan tu akan jadi susu untuk anak pulak😊. Tapi wajib berwaspada bila makan banyak-banyak ni yer. Risiko penyakit datangnya daripada makanan dan perut😉
Harini saya nak share cara saya berdiet mengurangkan gula dalam makanan saya. Makan saya masih sama macam ibu menyusu yang lain. Setiap saat lapar😅
Kuih kedai memang tolak tepi. Nak makan kuih, buat sendiri dengan sukatan separuh gula daripada resipi. Tu pon kalau rajin nak buat jer. Haha. Most of the time tak rajin😅 Okey jom tengok salah satu resipi kuih favourite Nadim

Nampak tak gula banyak mana? Cuba bayangkan kalau kita setiap pagi makan kuih kononnya nak diet, paling kurang 5 ketul kuih kann. Heee, kiralah sendiri. Minum pagi kuih, minum petang kuih lagi. Memang macam dipam la badan. GULA BANTU BERAT BADAN NAIK CEPAT TAW!
Breakfast, l…

KENCING TIKUS PEMBUNUH SENYAP SEMBUH DALAM 7 HARI

Image
Penyakit kencing tikus atau leptospirosis akhir-akhir ni banyak menyerang rakyat Malaysia. Mangsa yang dijangkiti juga merangkumi banyak peringkat umur tidak kira dewasa mahupon kanak-kanak.

Bahaya Penyakit kencing Tikus

Menurut statistik Kementerian Kesihatan, secara keseluruhannya 34,041 orang dijangkiti virus itu dan 405 maut dalam tempoh enam tahun lalu.

Berdasarkan laporan itu, kes kencing tikus menunjukkan penurunan sepanjang dua tahun lalu berbanding peningkatan dalam tempoh 2011 hingga 2015.

Terdapat 2,268 kes pada 2011, diikuti 3,665 (2012), 4,457 (2013), 7,806 (2014), 8,291 (2015) dan 5,285 (2016).

Penyakit kencing tikus pembunuh senyap

Penyakit kencing tikus adalah dikategorikan sebagai penyakit pembunuh senyap yang boleh disebarkan melalui haiwan dan juga manusia. Dan bakteria tersebut adalah jangkita bakteria Leptospira.

Manusia boleh di­jangkiti bakteria ini melalui luka terbuka, termakan, terminum atau sentuhan secara terbuka kepada air, makanan, atau tanah yang dicemari deng…