When I start to consume Shaklee

Assalamualaikum semua.

Selepas 2 tahun blog ni bersarang dek kerana kesibukan menulis di blog lagi satu, hari ni dengan rasminya blog ni saya akan gunakan untuk menulis apa sahaja pandangan, pendapat dan info untuk produk kegemaran saya iaitu SHAKLEE

Dah lama nak tulis entri Shaklee, tapi tidak pula berkesempatan. (Broadband xde, fon internet je kot). Hee!

Bermula pada hujung Ogos 2013, ketika ni saya tercari-cari apakah vitamin yang sesuai untuk saya since saya memang mempunyai masalah low immune system. Saya pernah mencuba Vitamin C Blacksmore 2 botol, tapi masih tiada hasilnya. Nak jadi kisahnya masa saya sedang tercari-cari apa yang terbaik untuk saya, Sepupu saya ketika itu selalu update statusnya dengan produk-produk Shaklee.

Hari-hari dia update status pasal Shaklee, siapa lah yang tak tertarik kan? So, saya SMS dia. "Kak Ana, ade ape2 produk yang Kak Ana suggest untuk ngah, xde masalah kesihatan pon. Cuma selalu demam dan selsema". So, dia suggest untuk saya ambik Bcomplex dan Zinc. (Masa tu Vitamin C sustained released blum restok lagi lepas setahun habis)

Saya betul-betul start makan Bcomplex dan Zinc ni pada 31/8/2013 (Merdeka dan tarikh yang saya akan ingat sampai bila-bila). Bermula daripada hari tu, saya tidak lagi kene selsema. Kalau x, confirm sebulan 2-3 kali saya akan kene selsema. Kalau selsema setakat sehari xde masalah. Tapi ni kalau selsema hari isnin, hari khamis minggu lagi satu baru lah hilang betul2 mukusnya. Owh, So tension!

Hari demi hari, saya tunggu. Bila saya nak selsema lagi ni bila dah makan Bcomplex dan Zinc ni. Sebulan berlalu, 2 bulan berlalu. Sekarang dah hampir 3 bulan. Saya hanya akan ada masalah mukus ni kalau saya pergi ke rumah yang banyak habuk ja. Tu mmg x boleh nak cakap lah. Dah namanya hidung saya ni sensor habuk. Hahahaha. Tapi alhamdulillah, baru 2 kali sahaja saya jadi detector habuk sepanjang 3 bulan ni. =) 

I'm so happy to know Shaklee walaupon produk yang saya start guna ni murah ja. B Complex (120 biji) dan Zinc (120 biji) baru RM 70 dan ianya bertahan sampai 4 bulan lebih! Lebih la sebab saya makan ikut suka and time ingat je. =p
Ni lah set pertama saya. Siap tulis lagi cara makan dekat botol. hehe

Btw, sebenarnya saya sudah menjadi ahli sebaik sahaja beli 2 produk ni. Yelah, nak murah kan, so apa lagi. RM65 ja seumur hidup, join je la sebagai ahli. Waktu tu memang xterlintas langsung d hati untuk jadi distributor sampai la suatu hari, Kak Ana suruh saya belajar sharing info Collagen (Oktober Promo). 

Yes, di sinilah bermula titik permulaan saya menjadi distributor. Apa saya buat? Share semua yang Kak Ana dan kakak dia Kak Muna post kat fb. Hahaha. Nak karang ayat pasal produk ni memang la saya xtaw langsung. Baru guna dua produk je kan?. Huhu. memang kelakar time ni, saya promote collagen semata-mata kot kat kengkawan Fb saya. Orang tanya pasal supplemen lain, memang gigih la saya tanya Kak Ana and Kak Muna. =p. Thanks a lot for both of you!

Tapi, tapi, tapi. Bukan minat saya untuk jadi distributor ni. Dan bukan untuk jadi ahli bisnes pon. Hanya tujuannya untuk membantu kawan-kawan saya yang bermasalah sahaja. =) Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya masih boleh membantu mereka walaupon pertolongan yang diberikan tidak seberapa.

Harapan saya, saya akan terus menggunakan Shaklee sebagai media perantaraan untuk membantu kalian dalam menyelesaikan masalah kesihatan, kecantikan dan peralatan rumah yang lebih bersifat semulajadi. Tak jadi doktor perubatan pon, jadi nutritionist Shaklee pon bolehla. =p

Jom bersama saya tampil lebih sihat dan berseri. InsyaAllah. Hubungi saya untuk apa-apa pertanyaan di sini

Mendayung sampan sampai ke muara,
Jumpa lagi di lain bicara.


Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA