TIPS MENCUCI RACUN BUAH DAN SAYURAN BY DR HAFIZ SULAIMAN

Tips ni dikongsikan oleh Dr Hafiz Sulaiman. Pro kesihatan menggunakan supplement dan pemakanan berkhasiat tinggi
--------------------------------------------------------------------------

Racun pada buah dan sayuran mungkin membawa kepada kesan  kesihatan yang serius terutamanya dalam jangka masa panjang. Berikut merupakan tips yang boleh diambil bagi membuang pestisid pada permukaan:
.

1) BASUH DAN GOSOK DENGAN AIR

75-80% sisa pestisid boleh dikurangkan dengan membasuh tanaman dan menggosoknya di bawah aliran air sejuk.

Menurut kajian lain pula, bukan suhu yang penting, tetapi aktiviti menggosok itu lah yang mengurangkan pestisid. Gunakan sarung tangan plastik dan gosok sekurangnya 30 saat.

Pastikan juga menggosok di celahan buah dan sayuran di mana racun serangga ini berkumpul.
.

2) BASUH DENGAN AIR GARAM.

Menurut Centre For Science dan Environment, membasuh menggunakan garam 2% membuang kebanyakan pestisid di permukaan tumbuhan.
.

3) CUKA PUTIH.

Korang nak rendam cuka epal atau cuka kurma pun boleh. Tapi sayur dan buah mungkin jadi gelap menjejaskan rupanya. Cuka putih merupakan pilihan murah dan sesuai.

Cuka membunuh kuman dan juga membuang pestisid.

Caranya: Rendam buah/sayur ke dalam 1 bahagian cuka dan 10 bahagian air selama 30-60 minit.
.

Cuka putih ada kat tesco: rm12.29 untuk 946ml.
.

4) LEMON DAN SODIUM BIKARBONAT(tepung penaik)

Lemon dan baking soda ini membunuh kuman dan juga mampu menyahtoksin pestisid. Malah database Cochrane menilai 8 kajian termasuk RCT menunjukkan baking soda ini mampu meneutralkan toksik daripada pestisid.

Caranya: Masukkan satu cawan jus lemon dan dua camca besar baking soda dalam botol spray. Spray makanan dan lap (buah) atau basuh dengan air.
.

5) AGEN PENGOKSIDA.

Agen pengoksidaan seperti Ozon, hidrogen peroksida dan spesis klorin merupakan radikal bebas yang merosakkan struktur racun menjadikannya lebih selamat. Namun begitu, pastikan anda tidak merendam terlampau lama kerana pengoksidaan mungkin merosakkan zat di dalam makanan juga.

Saya syorkan rendam 10 minit sahaja. Ini berbeza mengikut kekuatan dos mesin ozon anda.
.

5.1) Ozon: Agen pengoksida yang sangat kuat ini meroskkan molekul bahaya di dalam pestisid menjadi lebih selamat dimakan. Di samping sayur dan buah, ia mungkin berkesan juga merosakkan toksin seperti logam berat dan antibiotik yang terkumpul dalam lemak haiwan.

Caranya: Masukkan tiub gas ozon ke dalam air berisi buah/sayur dan rendam selama 10 minit.

Pastikan anda tidak menghidu gas ozon yang terbebas kerana paru-paru sangat sensitif dengan gas ozon. Pendedahan jangka panjang boleh merosakkan paru-paru.

5.2) Hidrogen peroksida: gunakan food grade hidrogen peroksida dan masukkan satu bahagian di dalam 10 bahagian air.

5.3) Spesis klorin : Sodium hypochlorite atau nama manjanya klorox mempunyai kesan pengoksidaan. Ia juga didapati dalam sesetengah setting air kangen.

Namun saya tidak mengesyorkan membasuh menggunakan agen klorin ini kerana kemungkinan kesan gangguan hormon oleh agen klorin yang dianggap xenoestrogen juga oleh sesetengah pengkaji.

.
6) PEMBERSIH ULTRASONIK

Kajian mendapati pembersih ultrasonic merupakan kaedah paling berkesan membersihkan pestisid berbanding menggunakan ozon, merebus dan membasuh dengan air biasa.

Mana nak dapat mesin ni? Lazada ade bro..kurang rm100 pun ada..

.
.
Kaedah di atas hanya berkesan untuk pestisid di permukaan sahaja. Ozon mungkin mampu meresap ke dalam sel tumbuhan dan merosakkan pestisid sistemik namun masih belum ada kajian yang membuktikannya.

Memilih makanan yang disahkan organik merupakan pilih terbaik namun tidak ramai yang mampu dan pengeluarannya juga amat terhad. Diharapkan kaedah di atas ini dapat membantu mengurangkan bebanan toksikan dalam badan yang perlu diproses oleh organ hati kerana pemakanan yang tinggi racun pestisid ini.
.
.

Semoga Allah melindungi kita semua..

Selamat berpuasa dan beribadah!

.
.

Ikhlas,

Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA