RESIPI CONGO BAR AZLINA INA (VERSI KURANG MANIS)
Hai semua. Semalam nadim dok godek-godek resepi congo bar baker terkenal Azlina Ina.
Disebabkan nak versi yang kurang manis, nadim alter sedikit gula daripada resepi beliau. Nyummmyy, siap dan jadi jugak congo bar nadim kali ni.
Ni khas untuk kanak-kanak dan orang yang concern about sugar intake yer. Nadim tulis bersama versi untuk resepi normal.
Let's check it out!
RESEPI CONGO BAR AZLINA INA
150g butter
(nadim gunakan buttercup je. Margerine pon boleh)
3 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 ¾ cawan gula perang lembut
(nadim guna hanya 1 cawan gula sahaja, manisnya sangat light)
1 sudu kecil serbuk penaik (rata jangan membukit)
1 sudu kecil esen vanilla
Coklat chip
(lagi banyak lagi sedap, Nadim tambahkan lagi coklat bar cadbury dipatahkan kecil-kecil)
Kacang yang dihiris (nadim tak letak pon dan gantikan dengan coklat rice yang colorful)
Cara-cara buat:
1. Whiskan gula perang bersama butter dan esen vanilla. Butter tak perlu cairkan. Hanya lembutkan sahaja kalau sebelum ni letak dalam peti ais.
Dah whisk siap nanti dia jadi macam ni. Homogenous mixture!
Nak gunakan gula halus biasa pon boleh. Tapi tu manis la. Dan gula putih ni banyak keburukan dia especially kalau kita nak bagi congo bar ni pada anak kita makan.
So better tukar pada gula perang, atau gula melaka atau gula kabung lebih baik. Dan seperti nadim, hanya 1 cawan sahaja instead of 1 cawan + ¾ cawan lagi.
Tak tawar, masih rasa light sweet gitu. Mak ayah anak makan still okey😊
2. Kemudian, masukkan telur sebiji dulu dan whiskan lagi sehingga sebati. Baru masukkan lagi sebiji, whisk lagi dan lagi sebiji juga whiskan hingga sebati.
3. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk penaik. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan telur tadi sambil whiskan. Bancuhan akan semakin berat dan kental. Boleh tukar whisk kepada senduk selepas tu untuk mudah kacau.
Masukkan tepung hingga habis yer. Dan kacau sebati. Adunan macam buat biskut yer. Tak cair macam buat kek biasa
4. Masukkan coklat bar cincang, coklat chip dan colorful rice serta kekacang kalau ada. Gaul lagi sampai puas hati😍
5. Sapu loyang dengan minyak masak dan taburkan tepung gandum atau terus alaskan loyang dengan kertas baking. Nadim takde kertas baking, so minyak dan tepung jadi pilihan. Dah siap bakar dan sejukkan, terus boleh terbalikkan tanpa congo bar tu melekat langsung pada loyang😁
6. Masukkan adunan tadi dan ratakan. Kemudian taburkan lagi hiasan anda. Lagi banyak lagi sedap oooo. Tapi lagi tak sihat lah. Hahahaha😆
Disebabkan nadim dah kehabisan coklat cip dan nak jimat gula daripada colorful rice tu, maka nadim biarkan tanpa tabur hiasan macam gambar atas ni. Kalau korang tabur hiasan kekacang dan coklat cip, jadilah seperti gambar ni.
7. Bakar dalam oven api atas bawah selama 40 minit pada suhu 160°C. Dah siap!!
And this is mine! Walaupon tak perang macam resepi asal sebab gula dah dikurangkan, tapi still rasanya sedap dan melting makan panas-panas. Ni siap hampir jam 11 malam, tapi anak masih setia tunggu nak makan. Hahaha
Pukimah kau kau group admin ini kali la kamu mati pambunoh rupanya kamu sedia la kamu d Indonesia pambunuhan daging manusia awasssss kamu kumpulan terorest wolf gang
ReplyDelete