POTENSI BISNES SHAKLEE - jom ikuti kisah ni

Anda berminat untuk buat bisnes shaklee? Tapi dah buat bisnes lain sebelum ni?

Jom ikuti cerita salah seorang leader di bawah pimpinan Master Zura Betty. 

...........
Salam sayang semua champions!
Hari ni saya nak share tentang salah seorang leader saya iaitu Nik Hazifah. 
Beliau adalah sahabat alam maya saya. Permulaan perkenalan kami ialah ketika saya sebagai customer beliau. 

Masa tu nik ada 3 anak tak salah saya. 
Kemudian bila saya buat bisness shaklee nik merupakan kawan yg sejenis tanya 10 kali beli nya tidak!! 😂😂 

Nasib baiklah saya ni jenis layan je. Kemudian akhirnya beli juga shaklee untuk kurus dan rasa kesan. 

kemudian masa repeat order bulan berikutnya masa promosi OMEGA GUARD beliau akhirnya terbuka hati untuk borong set promosi masa tu Set Omega Guard dan tambahan beberapa produk melayakkan jadi ahli. 

Berkat kesabaran saya melayan peel dia akhirnya dia join dan jadi antara leader yg konsisten di bawah team saya. 

Akhirnya beliau beralih tinggalkan bisness lama beralih kepada bisness shaklee  walaupun bisness lama beliau sudah menjana hingga 5 angka sebulan.

Jom baca kenapa Nik sanggup beralih arah dan memilih Shaklee bisness. 

================================

Bagaimana kisah anda mendaftar sebagai Shaklee Indipedent Distiributor? Setiap orang pasti ada ceritanya sendiri. 

Ini kisah saya. Saya join shaklee atas kerelaan saya. 
Saya sendiri yang pilih untuk sign up sebagi ahli. Saya join shaklee pada Mac 2013. Percaya tak yang saya ambil masa selama 3  bulan untuk saya fikir. Lama kan?

Dalam tempoh 3 bulan tu macam2 saya tanya pada bakal upline saya iaitu Master Herny. Mujur dia layan saya, kalau tak layan, mungkin saya join jugak tapi under orang lain. Saya bukan nak cuba2 tp sebab saya nak 'masuk' dalam dunia shaklee. 

Shaklee bukan bisnes pertama saya. Antara bisnes besar yang saya buat yang mana saya boleh dapat untung bersih sehinggah cecah hampir rm10k sebulan ialah menjual cloth diaper. Tapi nak dapat tu banyak susah dari  senangnya. 

Saya share betapa mudahnya bisnes shaklee berbanding bisnes saya dulu. 

Pertama dari segi modal. Untuk bisnes dulu modal mesti kena jalan dulu sebab nak simpan stok jualan kan. Sekali beli stok paking2 sikit dalam rm3k. Tapi shaklee, nak jadi ahli pun xyah keluar sesen okay sebab baik saya join dengan percuma kalau option itu memang ada. Saya kumpul order2 dari rakan2 terdekat. Perasaan malu memang kena buang jauh2, bukan kena cakap depan2 kan, saya copy paste benefit dan promo aje hntr kat wassap..Lepas hantar dok diam takut nak buka hp. 

Tapi Alhamdullillah niat baik, hasilnya pun baik la. Cukup saya kumpul order untuk layak keahlian percuma. Sales selepas tu pun, tak guna modal jugak sebab beli dengan duit yang customer bayar.

Kedua, bisnes dulu, saya perlu satu ruangan khas untuk simpan stok2 saya. Tapi kini, jual shaklee, stok semua warehouse yang simpan. Ada la sikit2 untuk stok saya cod tapi guna 1 laci aje kat rumah tu. Kalau orang tengok, x macam orang bisnes pun, untungnya di situ. Rumah pun tak semak macam gudang. Stok yang kita beri untuk customer adalah stok fresh yang paling terbaru.

Kalau dulu, setiap kali dapat stok, kena ambil gambar, kena kira selalu stok bila ada orang beli. Memang kena up to date dengan koleksi terbaru, tpi mudahnya shaklee, tak perlu semua tu. 

Selagi Syarikat x announce stok susut, selagi tu stok memang ada. Nak oder, online aje, call pun blh. Siap shaklee sendiri boleh pos. Xde alasan takde transport nak pos barang pun sebab tak perlu nak keluar pos pun.

Pernah sekali stok saya sangkut kat kastam, kena pergi kastam kat klia nak clearkan barang tu. Dengan saya berkerja sampai kena ambil cuti nak buat urusan tu. Shah alam ke KLIA, agak jauh la jugak, tapi bila nak dibandingkan dengan bisnes shaklee yang masuk tahun ke 6 saya ceburi ni, bisnes ni memang terlajak mudah. 

Lagi kerugian bagi siapa yang rasa susahnya bisnes shaklee. 

Tak perlu ada sijil perubatan pun untuk bisnes ini. pada saya , cukup minat, rajin menuntut ilmu, dan kita akan semakin mahir seiring waktu. 

Zaman sekarang mudah, semua InshaAllah dibekalkan dalam suport group. Kena rajin untuk sharing. Semua  ada facebook, ada instagram, ada whatsapp. Itu semua lubuk untuk bisnes. Memang mudah. 

Awal2 tadi saya maklumkan saya join shaklee bulan mac 2013, rasanya dari bulan disember 2012 lagi dah mula bertanya, sebabnya nak compare betul2 kelebihan shaklee ni. Selepas buat pertimbangan, dan pilihan saya memang tepat. Selain dari faktor2 di atas, saya tak sangka, dengan shaklee, saya boleh ke luar negara tajaan shaklee, saya boleh hantar orang tua saya trip umrah percuma tajaan shaklee, saya pandu kereta yang shaklee bayar setiap bulan, saya dapat bonus bulanan 4-5  angka setiap bulan, ada untung jualn runcit, saya dapat ramai kawan2 dan saya lebih yakin dengan konsep rezeki dari Allah. 

Bisnes ini bukan untuk saya seorang tetapi untuk setiap anda yang membaca perkongsian ini. Bukan untuk mereka yang sudah lama menjadi ahli tetapi untuk anda semua!!! 

Timba ilmu dari mereka yang sudah lama dalam shaklee sebagai bekalan dan pembakar semangat.  

Pasti suatu hari nanti, anda akan berterima kasih dengan keputusan untuk berada dalam keluarga shaklee!! 

Nik Hazifah
Key Coordinator.

========================================
saya doakan urusan nik dipermudahkan untuk mencapai rank master coordinator. amin!!!

❤️

#MCCsuccessstory

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA