HB RENDAH KETIKA HAMIL
Ujian darah untuk menentukan jumlah hemoglobin merupakan ujian yang wajib dilakukan oleh setiap ibu hamil ketika lawatan ke klinik samaada klinik kerajaan atau klinik swasta.
Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.
Bagaimana kekurangan hemoglobin boleh berlaku?
Kekurangan hemoglobin boleh berlaku pada semua golongan termasuk ibu hamil. Kekurangan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi boleh menyebabkan paras hemogobin semakin rendah dalam darah setiap individu. Namun begitu, kekurangan zat besi juga berlaku kerana penyerapan zat besi sangat minimum disebabkan pelbagai kemungkinan.
Adakah hemoglobin rendah itu merbahaya pada ibu dan kandungan saya?
Hemoglobin yang rendah daripada 8-10g/dl boleh menyebabkan bahaya. Keadaan ini merujuk kepada anemia samada semasa hamil atau keadaan biasa. Jika hemoglobin rendah ketika hamil, ia boleh menyebabkan:
- Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
- Tekanan darah tinggi (eklampsia)
- keguguran bayi
- Kematian bayi ketika dalam kandungan
- Kelahiran bayi tidak cukup bulan
- Kelahiran bayi kurang berat badan
- Daya imun bayi sangat lemah
- Ibu kerap pengsan dan penat
Seriuskah masalah saya?
Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:
Paras HB (g/dL)
|
Tahap keterukan anemia
|
< 7
|
Teruk
|
7 - < 9
|
Sederhana
|
9
- < 11
|
Ringan
|
> 11
|
Normal
|
2 cara untuk mengatasi masalah HB rendah:
Cara 1: Tambah darah dengan pil hematinik
Apakah itu pil hematinik?
Pil Hematinik terdiri daripada empat jenis pil:
- pil zat besi (ferrous fumarate)
- pil vitamin B kompleks
- pil asid folik
- pil vitamin c
Mengapakah pil hematinik sangat penting kepada ibu hamil?
Pil hematinik sangat penting kerana:
- Kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik sangat penting untuk pembentukan sel darah merah.
- Vitamin C pula membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi
FAKTA
Pil hematinik membantu anda pulih daripada masalah HB rendah dengan cepat dan janin membesar dengan sihat. Ia tidak menyebabkan saiz bayi besar. Berat lahir bayi yang normal adalah diantara 2.5kg - 4.0kg
FAKTA
Elakkan makan pil hematinik dengan air kopi, susu, minuman berkola, dan minuman bercoklat. Jarakkan pengambilan pil hematinik dengan makanan berasaskan tenusu juga kerana kesemua ini boleh mengganggu penyerapan zat besi
Adakah saya akan mengalami kesan sampingan jika mengambil pil hematinik?
Sesetengah ibu mengalami kesan sampingan seperti sembelit, rasa loya dan pening. Walaubagaimanapon, kesan-kesan ini hanyalah sementara sahaja.
Bagaimana saya boleh mengatasi kesan sampingan pil hematinik?
Anda boleh mengatasi kesan-kesan sampingan dengan petua seperti berikut:
- jika sembelit: Minum banyak air, dan makan lebih sayur-sayuran hijau dan buah-buahan
- jika loya: Makan pil bersama buah atau jus buah
- jika pening: Berehat sebentar selepas makan pil
Pil hematinik digalakkan untuk diambil pada waktu pagi bersama jus buah atau air kosong selepas sarapan pagi. Namun, ia boleh disesuaikan mengikut kesesuaian ibu.
Apa yang perlu ibu lakukan jika pil hematinik tidak menaikkan bacaan HB?
Perkara ini sering berlaku juga pada sesetengah ibu walaupon peraturan makan pil hematinik sudah diikut.
Hal ini terjadi kerana pil hematinik yang dibekalkan oleh klinik mungkin kurang bersesuaian dengan penyerapan pada tubuh individu tersebut.
Dalam kes ini, ibu digalakkan untuk menukar pil hematinik yang diberikan oleh pihak klinik kepada pil hematinik yang ada dalam pasaran.
Cara 2: Makan makanan yang kaya dengan zat besi beserta pil hematinik
Jangan bergantung dan percaya mitos hanya pada makanan sahaja untuk naikkan HB. Makanan seperti hati ayam, sayur bayam, kurma dan delima menaikkan HB. Tapi jika bergantung sepenuhnya pada makanan tersebut tanpa makan pil hematinik, HB mungkin masih maintain rendah.
Makan makanan yang mengandungi zat besi tinggi dan ambil Pil hematinik kerana pil ini mengandungi exact amount setiap vitamin yang pasti akan menaikkan hemoglobin.
Makan makanan yang mengandungi zat besi tinggi dan ambil Pil hematinik kerana pil ini mengandungi exact amount setiap vitamin yang pasti akan menaikkan hemoglobin.
Pil hematinik Shaklee
Di Shaklee, kami faham bahawa perubahan hormon pada ibu mengandung boleh menyebabkan masalah penyerapan vitamin terjadi.
Setiap vitamin dan produk yang Shaklee hasilkan adalah semulajadi dan dipatenkan penyerapannya lebih baik daripada pil hematinik yang dihasilkan secara tindakbalas kimia.
Pil Hematinik Shaklee terdiri daripada:
BComplex
Vitalea
Keistimewaan Shaklee Vitalea:
Keistimewaan Shaklee Vitalea:
Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee mencipta salah satu multivitamin pertama di A.S. Dari asas inilah terhasilnya VitaLea®.
Vitamin C Sustained Released
Keistimewaan Shaklee Vitamin C SR
Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya
Testimoni Set Hematinik Shaklee
Naikkan HB ibu mengandung dengan selamat adalah pilihan anda? Mari saya bantu anda dengan set hematinik / set anemia shaklee.
Rakan Shaklee Anda
Nadimah Muhammad (Nadim)
♥ WhatsApp : 011-10408215
♥ FB Page: gerobok Sihat
♥ FB : Nadimah Muhammad
♥ COD : Jalan Kebun, Kg Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning, Shah Alam, Subang Jaya dan sekitarnya
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Comments
Post a Comment