BERAT NAIK 10KG DI USIA 24 MINGGU HAMIL

Bila disahkan mengandung, ramai wanita alami alahan yang teruk. Tapi ada ramai jugak wanita yang takde sebarang alahan dan boleh makan apa sahaja.



Dalam masa singkat, berat badan akan naik mendadak. 10kg dalam hanya 2-3 bulan sahaja!

Jom ikuti perkongsian daripada pakar perunding maternal, Dr Imelda

..........................................................................
Hari ini seorang doktor yang hamil datang ke klinik saya. Dia bimbang sebab baru saja minggu ke 24 kehamilan dan berat badannya sudah pun bertambah 10kg. Sebelum hamil, BMI nya 27.

Saya juga sudah terima banyak permintaan menjawab soalan ibu hamil yang berpuasa, yang bimbang, sebab berat badan mereka tidak bertambah dan ada yang turun pula sejak mereka berpuasa.

Apakah kenaikan berat badan yang sihat semasa hamil? Apakah akibatnya kenaikan berat badan yang berlebihan? Apakah akibatnya jika berat badan turun semasa hamil?
-------------------------------------------------

Ada had-had yang ditentukan, bergantung kepada berat badan sebelum hamil lagi. Untuk kelahiran bayi yang sihat, berat badan ibu hendaklah sihat sebelum hamil lagi. Kemudian baru dikira apakah pertambahan berat badan yang sesuai semasa hamil supaya mencukupi, dan tidak berlebihan.

Badan yang sihat ialah badan yang mempunyai lemak badan yang cukup. Kita boleh membuat anggaran banyak manakah lemak badan kita dengan mengira Body Mass Index (BMI).

Cara mengira BMI ialah berat badan (kg) dibahagikan dengan ketinggian (dalam metre dan kuasa dua).

Contohnya, jika berat badan 60kg dan ketinggian 150cm, BMI = 60 / (1.5 x 1.5) = 60 / 2.25 = 26.7

BMI boleh meramalkan kesihatan jangkamasa panjang kita dan had-had berikut telah disyorkan untuk kesihatan.

BMI < 18.5        : terlalu kurus
BMI 18.5 -24.9 : sihat
BMI 25 - 29.9   : berlebihan
BMI 30 ke atas : obesiti, lemak badan yang merbahayakan kesihatan. 

Tetapi ini ialah had yang ditetapkan untuk orang Puteh. Untuk masyarakat Asia seperti kita, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengsyorkan kita mengambil BMI 27 ke atas sebagai tahap yang obese.

Ini ialah kerana kejadian penyakit jantung dan diabetes adalah lebih tinggi untuk masyarakat Malaysia pada tahap BMI yang lebih rendah daripada masyarakat orang puteh.

Bila dikaji tulang masyarakat Asia, ia tidak sepadat dan berat seperti orang Puteh, dan itu menyebabkan tulang kita lebih ringan (Bone mineral density). Sebab itu, badan kita pun lebih ringan daripada orang Puteh walaupun kandungan lemak di dalam badan adalah sama.

Untuk orang Puteh, kenaikan berat badan yang sihat semasa hamil bergantung kepada BMI sebelum hamil:

BMI < 18.5        : 12.5 - 18kg
BMI 18.5 -24.9 : 11.5 - 16kg
BMI 25 - 29.9   : 7 - 11.5kg
BMI 30 ke atas : 5 - 9kg

Ini bermakna, jika anda obese sebelum hamil, cuba hadkan kenaikan berat badan semasa hamil tidak lebih daripada 9kg, dan tidak kurang daripada 5kg. Jika anda terlalu kurus sebelum hamil, anda digalakkan mencuba menambahkan berat badan sebanyak 12.5kg tetapi tidak lebih daripada 18kg.

----------------------------------------------------

Kajian antarabangsa ke atas lebih daripada 1 juta wanita hamil, baru diterbitkan minggu ini. Keputusannya telah menunjukkan jika:

1) Jika kenaikan berat badan ibu semasa hamil tidak mencukupi:  Risiko melahirkan bayi yang kecil (< 10th centile) adalah  50% lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita yang kenaikan berat badannya mencukupi.

Risiko kelahiran pramatang juga 70% lebih tinggi daripada wanita yang kenaikan berat badannya mencukupi.

2) Jika kenaikan berat badan ibu semasa hamil adalah lebih daripada garis panduan ini:

Risiko mendapat anak yang terlalu besar menjadi dua kali ganda dan ini meningkatkan risiko mendapat pembedahan Caesarean section sebanyak 30% lebih tinggi daripada ibu hamil yang kenaikan berat badannya tidak melebihi garis panduan ini.

----------------------------------------------------
Tetapi nasihat saya untuk masyarakat Malaysia ialah seperti berikut.

BMI < 18.5        : 12.5 - 18kg
BMI 18.5 -22.9 : 11.5 - 16kg
BMI 23- 26.9    : 7 - 11.5kg
BMI 27 ke atas  : 5 - 9kg

Kebanyakan masyarakat Malaysia memang lebih kecil daripada masyarakat orang Puteh. Disebabkan tahap BMI untuk rakyat Malaysia yang obese ialah 27, bukan 30, saya cadangkan kita mengikut garis panduan menghadkan kenaikan berat badan untuk ibu yang obese pada BMI 27 ke atas.

Jadi untuk patient saya yang tadi yang sudah naik 10kg, saya memberi nasihat bersenam 20 minit sehari setiap hari, sama ada berjalan pantas, berenang, menggunakan basikal yang pegun, ataupun aerobik berimpak rendah.

Bersenam dengan kerap semasa hamil telah terbukti menghadkan kenaikan berat badan yang terlampau banyak, mengurangkan saiz bayi tanpa menjejaskan kesihatannya, dan mengurangkan risiko pembedahan Caesarean section, tanpa meningkatkan risiko kelahiran pramatang.

Pemakanan juga hendaklah di jaga dengan mengurangkan kandungan gula, dan melebihkan sayur-sayuran.

Bagi ibu hamil yang berpuasa, jika berat badan anda turun , atau tidak naik langsung, sila lah mempertimbangkan kesihatan janin anda. Nasihat saya ialah membuka puasa. Ganti lah puasa di masa yang lain.

Prof Dr Imelda
Pakar Perunding Maternal dan Fetal Medicine
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Kuala Lumpur
..............................................

Point penting untuk diambil kira bagi kita mengelakkan berat badan naik mendadak:
1. Bersenam
2. Makan makanan berkhasiat
3. Kurangkan makanan dan minuman yang manis

Craving boleh. Tapi pantau lah pemakanan. Makan sikit2 je. Jangan balun semua😊

Tingkatkan kesihatan ibu dan bayi dalam perut dengan nutrisi lengkap melalui pengambilan set ibu hamil Shaklee. Set ini membantu ibu untuk mengurangkan masalah craving macam-macam serta mengawal kenaikan berat badan di tahap sihat.

Jom ikuti testimoni pelanggan yang mengambil set kehamilan shaklee. Klik video untuk saksikan testimoni set mengandung Shaklee oleh Puan Fitriatul.





Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya.

Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya.

Fb: Nadimah Muhammad
Instagram: Nadimah_Muhammad
Whatsapp: 0149408215

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN